CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Wednesday, November 23, 2011

Panduan nak bagi hadiah kahwin

sebenarnya aku kalau bole tak nak kawan-kawan bagi hadiah kat aku, sebab bagi aku kehadiran korang adalah hadiah paling besar untuk aku...serius..tak tipu!!

tapi..kalau nak bagi aku amik..hehheheheh

BUKAN NIAT NAK MINTAK HADIAH NI SEMUA DARI U OLLS. SEBAGAI ORANG ISLAM, BILA NAK KENDURI KITA KENA IKHLAS DAN TIDAK MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN DARIPADA PARA TETAMU.

1. CADAR - aku ni suka sangat ada cadar banyak. benda pertama aku beli untuk kawen ialah quilt cover kat AUSSINO..haha...lagipun, aku rasa kalau dah kawen lagi la kene selalu tukar cadar kan??hahah..:P

2. TUALA - sekarang ni tuala mandi aku sorang ada banyak..dulu aku suka beli tuala,skrg ni kurang sikit..sebab aku rasa tuala aku dah banyak..tapi kalau nak bagi,aku suka..sebab nanti senang kalo ada orang mai umah...ada banyak tuala..

3. MESIN BASUH - kalau ada budget lebih bagi yang automatic PANASONIC yg 15kg..senang nak basuh cadar, toto semua...x yah hantar dobi..

4. PAKEJ HOTEL/PERCUTIAN - sebab aku & tunang tak plan nak pegi honeymoon mana2..maybe pegi yang dekat2 je..so,kalo nak bagi tiket p BALI ke KRABI ke..dialu-alukan...hehehhe

5. VOUCHER SHOPPING - sesapa yang ada voucher JUSCO ke PARKSON ke apa2 la yang bole guna untuk shopping..bole gak buat hadiah kahwin untuk aku..aku SUKA sgt2x..

6. DUIT - aku biasa bagi duit ja kat bakal pengantin. sonang,,kau guna la untuk beli apa saje jah!

SEKIAN.

Tuesday, November 1, 2011

lagi sebulan....

yes!!! (ini nada berbaur macam-macam rasa)

lagi sebulan nak jadi isteri orang...setiap kali orang tanya pasal persiapan..aku akan cakap OK je...ye,sebab aku tak nak serabut kepala...bukan ambil mudah, tapi kata-kata tu kan doa...semoga semuanya akan OK nanti...

ready or not? entah...aku nak redah je...selebihnya aku redha...kalau nak tunggu ready, tak tau bila..ready dari segi yang macamana? umur semakin meningkat...masa berjalan....

kadang-kadang aku masih bertanya pada diri? betul ke dia...adakah dia yang terbaik untuk aku?untuk keluarga aku? dan dalam masa yang sama..aku tertanya..adakah aku yang terbaik untuk dia? Jika aku mahu yang terbaik, adalah wajib aku juga mampu bagi yang terbaik...sekali lagi aku redha dan doakan kami mampu menjalani hidup bersama nanti...

kad dah siap..dan dah mula nak diedarkan...memang dah terlambat kalau aku nak kata TIDAK!



nampak tak rumah aku atas bukit..so,jangan ada rasa berani nak pakai high heel masa datang kenduri nanti ye..pesanan awal dari bakal pengantin.