CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Wednesday, August 27, 2014

Rindu sgt2.....

Jumaat(22 Aug 2014)

Ya Allah...pernah tak rasa rindu sampai macam dada sakit dan nak pecah...
Masa tu nak drive balik dari keje..dalam sejam gak aku rasa macam tu dalam kereta....air mata mengalir..rasa nafas berhenti...pastu masa bayar tol..cepat2 lap airmata...sampai umah along pun cepat-cepat lap muka bagai...

Malam tu aku tekad, hari sabtu nak balik kampung jugak!
Sabtu pagi aku drive, dengan widad je..berdua..adik beradik lain ada urusan...
sepanjang seri kembangan-sungai tengi...airmata ni mengalir sama macam hujan kat luar masa tu....sampaikan widad pun senyap je..bila tengok aku nangis...

Ya Allah..semoga widad juga akan rindukan aku sentiasa...

Dada jadi lagi sakit bila sampai kampung...orang yang kita rindu tu dah takde..dah tak bole nak salam..dah tak boleh nak peluk...dah tak rasa masakan dia...semuanya dah takde...melainkan kenangan yang ditinggalkan...

Emak, Ani rindu emak..Semoga emak berada dikalangan orang-orang yang beriman.

Ahad(24 Aug 2014)

Rasa macam tak puas duduk rumah, teringat katil mak duduk masa sakit tu...tandas yang mak guna...biasa pagi mak bangun siram pokok..lepas tu mak membebel sebab semua orang bangun lambat..biasanya ani la yang paling lambat bangun..sekarang pun sama..
semua kenangan yang tak mungkin hilang..

Dalam perjalanan balik, hati berbelah bagi nak pegi kubur ke tak..sebab aku dengan widad je..risau jugak..
Tapi kerana rasa rindu yang tak boleh dibendung lagi....Aku dukung widad jalan dalam gerimis..hanya semata nak tengok batu nisan yang tertulis nama emak...baca alfatihah dan terus aku gerak balik kl...

Sungguh!!! aku rindu kamu...

Semoga emak tenang disana.
Al-fatihah.


Tuesday, April 15, 2014

Assalamualaikum...

Dengan rasminya nak bagitau..cik ani dah jadi agen takaful PRUDENTIAL BSN..

Contact cik ani ye jika anda :

1. berminat untuk memiliki plan perlindungan untuk diri sendiri, suami/isteri , anak-anak

2. agen lama dah hilang atau tak dapat dihubungi..cik ani bole tolong...

3. Kalau nak tau apa2 pasal medical card, or claim hospital or life, or apa2 pasal takaful

4. nak tau pasal education plan/saving plan  untuk anak-anak ( umur anak 18 tahun, korang ada simpanan untuk anak masuk U dalam RM100K)..nak tau tak cane??

5. medical card Prudential baru ada yang cover untuk 9 komplikasi kehamilan...menarikkan?

6. Wang wasiat untuk keluarga jika berlaku kematian, sakit kritikal atau cacat kekal...(minta dijauhkan) tapi kemungkinan untuk berlaku ada kan? 

7. dan lain-lain...

Sila lah PM/whatsup cik ani @ 012-3640360


Thursday, February 27, 2014

Ikim fm

Membahagiakan pasangan menurut ustaz dalam radio ikim pagi tadi.

1. Jangan membandingkan suami/isteri dengan orang lain.
   contoh: dengan x-boypren,dengan jiran sebelah, dengan mak/pak.
   NEVER EVER!!

2. Jangan buka cerita-cerita lama.
   contoh : Pegi lepak dengan suami/isteri dekat tasik titiwangsa.pastu bgtau  kat sini lah tempat dating dulu-dulu...ustaz kata tak payah gatal bagitau...
Pastu kalau ada diari tu,hapuskan...

3. tak ingat apa..hehe

Salam Jumaat.

Wednesday, February 19, 2014

facebook

dulu mak pernah dan selalu kata

"nanti kalau mak sakit, jangan masuk facebook..mak tak nak.."

Baik mak.

Arwah mak suka pesan benda-benda yang comel tau..

Sunday, February 9, 2014

kau pergi

Al-fatihah...

Ani rindu mak sangat-sangat...


Lirik Pergi – Aizat

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi

Pergi

Thursday, January 16, 2014

kisah emak

semalam..

mak mengadu dah tak selera nak makan..semua benda yang dia makan,rasa pahit..

Aku bagitau itu adalah kesan sampingan radioterapi hari tu..

Mak diam..aku diam..aku tak pandang muka mak..

perlahan mak cakap "Ohh..doktor ada cakap ye hari tu"

ye mak..

Ohh..hati kene kental..hati tak boleh macam tau fu fa..

Tuesday, January 14, 2014

2013

2013..

aku menangis..
aku keliru..
aku marah...
aku sabar...
aku redha...
aku bahagia...
dan kini aku menangis lagi...

16 December 2013 :

Emak disahkan menghidap carcinoma of thyroid with metastasis to lungs,liver,spleen and T3 spine.
Atau kesimpulan yang lebih mudah, ringkas dan sebak..
Emak disahkan kanser thyroid tahap 4,dimana sel kanser telah merebak ke paru-paru,hati, dan tulang belakang.

2014

semoga aku dan keluarga, sabar dan tabah menjalani tahun ini.

AMIN.