CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Monday, January 25, 2010

ada aku kisah?

Ye.aku tak pernah kisah dengan hidup orang lain.

aku pernah di panggil BLUR kadang-kadang.lambat pickup.semua gara-gara.aku tak pernah nak amik kisah pasal apa yg aku nampak.apa yang aku dengar.kadang-kadang aku jadi lupa apa yang aku cakap,apa yang orang cakap.seolah-olah,otak aku berhenti befungsi bila semua tu berlaku.atau sebenarnya.aku telah diserang penyakit orang tua yang mudah lupa.entah.Tapi aku tak pernah lupa siapa aku.itu aku kira cukup baik.

Aku tak pernah kisah dengan hidup orang lain.selagi hidup orang lain itu tak pernah mengganggu hidup aku.aku memang takkan kisah.kau kaya ke.kau cun ke.kau susah ke.kau bahagia ke.kau berduka ke.
kalo aku ada rasa nak tolong aku tolong.aku bukan orang yang berhati mulia.sungguh.
sebab aku tau,kisah hidup manusia itu berbeza.yang penting bagaimana kita lalui.

Tapi,kalau kisah hidup kau dah mengganggu kisah hidup aku,keluarga aku. Itu memang aku kisah!sangat-sangat2.titik.

arah mana sekalipun hidup kita.janji jangan kacau & ganggu hidup orang lain.kalau ada yang rasa aku da mengganggu hidup sesiapa.khabarkan.mungkin aku terlalai.

Sunday, January 10, 2010

mandi tak basah..tido tak lena...

tak tahu kenapa...dimana silapnya..
yang pasti setelah meninggalkan bilik selama seminggu..
sudah dua hari tido ku terganggu..
hari pertama..dua tiga kali terjaga dari tidur...
hari kedua..seperti ada benda merayap atas badan...

firasat mengatakan, ini petanda yang dihantar untuk aku bersihkan bilik.wajib!

Thursday, January 7, 2010

hantu betul la....

semalam ada agen insurans call..

selepas setengah jam mendengar..dengan selamba aku berkata..YA..

owh!!!marah nyer dengan diri sendiri...benci!!

Monday, January 4, 2010

ImPIaN

..."buai...buai ku laju....aku nak kawen dengan anak raja"..

P/S: adik aku nak bertunang..mak cakap,kalau bole nak sandingkan aku sekali..emm..tinggi impian mak tu..

Sunday, January 3, 2010

R.E.D

2010.

Aku dah ada buku merah. Ada sesiapa nak ajak aku pegi melancong?? mari-mari...

Aku baru tahu,lesen memandu yang bergambar perlu dibawa bersama bila memandu..nasib baik selama ini,belum ada lagi polis yang tahan aku tanya pasal lesen memandu..kalau tidak,mesti polis akan gelak teguling-guling macam tenggiling sebab aku akan tunjuk slip sahaja..itulah kalau orang kurang membaca...

"SLIP INI HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA LESEN MEMANDU"

Aku hadiahkan diri sendiri wangi-wangian.suka sangat!


On The Way balik kampung,aku sempatkan diri singgah JUSCO ipoh..buat pelaburan dan pembaziran...


Semoga warna M.E.R.A.H akan menceriakan permulaan hidup aku di tahun 2010!!!

Note: 2010.nak jadi lebih baik.lain-lain azam,simpan dalam hati.