CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Wednesday, December 11, 2013

K-POP

anak buah aku Fasha baru beli baju sekolah, nak masuk darjah satu la katakan..semua excited..malam tu, dia pakai seragam sekolah nak tunjuk dekat nenek..mak aku la tu...

Mak aku suka la..sebab pakai sekali dengan tudung..kasut baru..stokin..baju..kain..beg..kira dah lengkap la..tinggal nak ke sekolah je..ergghhh...budak-budak sekarang beg sekolah beso-beso..

Nenek cakap " macam nilah baru boleh jadi anak solehah"

Tiba-tiba aku nampak beg sekolah tu tulis K-POP..huhu..pengaruh apakah ini?

huhu..setahun la ko pakai beg k-pop tu fasha...achik takut ada je orang panggil ko fasha sandha atau fasha k-pop..

aiissshhh...rasa nak belikan beg baru...

Friday, November 29, 2013

Vitamin Shaklee -VIVIX

 

Tema: Sayang ayah,Sayang Ibu, Sayang diri sendiri.

Jika ada ibu/bapa/anda sendiri mengalami masalah kesihatan dan berminat untuk ikhtiar dengan cara lain( selain ubat doktor). Mungkin boleh cuba mengambil vitamin shaklee -yang dinamakan vivix.

Vivix daripada Shaklee atau lebih terkenal dengan jolokan nama 'tonik anti-penuaan' Shaklee merupakan suplemen unggul dalam bentuk cecair yang sangat pekat dan berwarna merah. Tonik hebat ini terhasil oleh gabungan anggur muskat (muscadine), elderberi eropah, polygonum cuspidatum, dan lobak ungu yang kaya polifenol;  serta tidak mengandungi alkohol.

Tonik anti-penuaan ini berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA yang mana membantu memberi kesan positif kepada genetik.

10 Manfaat Vivix

    Menggalakkan penuaan yang sihat
    Membantu mengelakkan kanser
    Mengurangkan risiko penyakit jantung
    Mengurangkan komplikasi diabetes/kencing manis
    Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi
    Membantu mengurangkan insiden penyakit nyanyuk
    Menggalakkan kehilangan berat badan
    Meningkatkan sistem imun
    Menyokong kesihatan mata
    Menggalakkan kesihatan keseluruhan

# Vivix mendapat sijl halal yang disahkan oleh JAKIM

Berminat untuk mencuba:
sms/call: 012-3640360

******Beli lebih dari satu dapat harga special*******


Wednesday, October 23, 2013

Ragam Muka Buku

assalamualakum u ollsss....
aku saja nak share satu video lawak yang tengah meletopss...
suka sgt minah ni... Jenal, opismate suh tgk video ni..

pastu bila kak Jumie suh subscribe minah ni..terus aku nak buat entry psl video ni...

sumpah lawak..video dia yg lain pun layan jugak...layanzzzz...

Tuesday, October 22, 2013

Stroller Comptine - Witney

seminggu dua ni memang aku tengah mencari stroller murah & ringan untuk widad...dah tak larat nak dukung dan ber"jumpsac", rasa nak patah pinggang...widad dah 10kg++...

so,google stroller semua..tetiba dalam facebook nampak strollerworld buat promotion... Rm199. CASH & CARRY!! terus aku call kedai...ty ada lagi tak...drg ckp ada lagi stok...siap-siap, terus terjah kedai...nasib baik pegi cepat...stok tinggal 2 je lagi...baru perasan perkataan cash...huhu...dalam wallet ada 5 hengget jerkkk...

cari ATM machine...dtg balik kedai...terus bayar and angkut masuk boot...memang sedang elok masuk boot kete Myvi aku...ada raincover, pastu boleh baring..kirenya tak la duduk je...

Tapi nak cakap gak..stroller kat situ semua cantik-cantik jenama McLaren..banyak warna merah...nangis tengok..tunggu ibu kaya sikit ye widad, nnt kita beli yg tu ye...

Alhamdulillah...urusan dipermudahkan....

Harga asal : RM499 Harga sale: RM199

Made in France.



promosi sampai 31 oktober. stroller rm199, tak sure ada tak lagi. mungkin drg akan update stock kan? mana tau ada rezeki lagi kan. 
call them and ask.

Monday, September 30, 2013

sweet

cerita dulu-dulu.

awal-awal bercinta dulu, en.suami selalu bagi 3 ketul ferrero rocher setiap kali jumpa. rasa sweet sangat masa tu.

kalau sekarang minta, dia cakap tak elok untuk kesihatan."tak suka manis-manis" katanya...

Dulu- dulu , Ferrero Rocher tu tak manis ehh..??


Thursday, September 19, 2013

telekung cantik

Achik ani nak beli telekung baru...sekarang ni memang in trend telekung warna selain putih...kalau dulu asal telekung,putih la warnanya...asal putih mesti ingat telekung gitewww...

so, achik ani pun tak nak ketinggalan la ikut trend ni kan...kata nak vogue KAN...tapi rasa-rasanya bila pakai telekung warna-warni, letak lace bagai akan mengganggu orang lain nak solat tak? ke biasa je...takut plak nanti dikatakan riak pakai telekung vogue...padahal rasa biasa je...

kalau pegi keluar jalan-jalan nak cantik, kalau mengadap Allah nak rasa cantik jugak..boleh kan?? kan?? kan?? Lagi mau tanya kan...padahal kalau dah rasa cantik tu,selalunya jarang-jarang nak dengar pendapat orang, mesti mau beli...

 

cantik bangat!!

Tuesday, September 10, 2013

Tips aku atasi stress ketika jalan jem

Dulu-dulu, masa duduk kat Kulim.memang tak kenal apa itu traffic jem. kulim sangat tenang hokayyyy...tapi, kalau tetiba jem tu, samada ada kilang terbakar, ada accident dan semua orang sibuk nak tengok atau kejadian pokok-pokok tumbang atau dahan yang patah dek sebab ribut...owhh dan tak lupa juga jika ada pasar malam atau pasar ramadhan...selain tu, kulim memang sesuai untuk diduduki oleh orang-orang pencen yang nak hidup tenang dan bahagia.

Sekarang, bila duduk di kota metropolitan yang serba moden,canggih-manggih, shopping complex yang tumbuh melata,rumah kos mewah yang gile cantik berbentuk urban yang hanya mampu dimiliki oleh orang yang kaya nak mampus sampai duit tak tau nak buat apa,jadi belilah rumah 3 tingkat yang banyak kaca yang harganya nak dekat RM1 juta. Semua ketenangan itu semakin pudar dan hilang.

tips dibawah sesuai untuk atasi rasa perasaan yang tak elok,seperti dengki dengan rumah orang kaya, marah sebab banyak gile kereta atas jalan raya,maki hamun sebab jalan banyak lubang taik dan mengumpat siapa yang mencipta jalan 4 lorong tetiba jadi 2 lorong dan semua orang nak cepat sebab nak masuk opis padahal sampai opis bukan terus buat keje,makan nasi lemak dulu. :)

Berikut adalah tips dari achik ani:

1. sebelum memulakan perjalanan, sama-sama angkat tangan berdoa dan baca doa naik kenderaan. contoh doa yang achik ani amalkan " Ya Allah, permudahkan perjalanan ku ini.Amin" Ringkas dan padat. Jangan lupa ajak penumpang doa sekali(kalau ada).

widad dan upin..jom sama-sama baca doa.

2. Fokus kepada pemanduan, abaikan pemandangan alam sekitar seperti rumah orang kaya, kemalangan dan elakkan memandang pemandu belakang melalui cermin. sebab kalau hensem sangat, kita boleh hilang focus.

3. Pastikan ada makanan dan minuman di dalam kereta. Seperti nasi lemak,karipap, air tin nescafe, air mineral. JIka tiada, singgah lah dimana-mana stesen minyak dan di gerai makcik jual nasi lemak di tepi jalan. aroma nasi lemak mampu menenangkan anda.percayalah!

4. Setiap kali anda rasa nak marah,sebab kereta depan tak bagi signal nak masuk lorong anda.Minumlah seteguk air mineral, In Shaa Allah membantu.Kalau lebih 10 orang, memang kita boleh kenyang minum air mineral je..terus boleh diet. Alhamdulillah.

5. Tolong bagi signal jika nak tukar lorong. lepas tu angkatlah tangan, tanda terima kasih. Bahasa kan budaya kiteeeewwww.

6. Jika ada orang depan anda yang dah lama bagi signal tapi takde orang nak bagi laluan, apa kata anda yang bagi laluan. Pagi-pagi ni orang kata buat baik dibalas baik.

7. Kalau kesesakan lalu lintas tu, tahap melampau. Makanlah nasi lemak yang beraroma tu.Hilang stress.(Pastikan minta dekat makcik tu sudu/garfu plastik)

8. Gantikan perkataan, seperti bodoh,%&%(,(apalah2 yang berbentuk maki hamun) dengan Astaghfirullahalazim. Anda akan terus rasa insaf sekejap.

9. Ikut peraturan jalan raya, jangan langgar lampu traffic light, sila ikut arahan polis traffic yang berdiri tengah jalan raya tu.(ini untuk mengelakkan kemlangan, bila kemalangan, jalan akan jem tahap melampau)

10. Jika anda sudah sampai ke destinasi atau lebih tepat, OFFICE. ucaplah ALHAMDULILLAH.

okeh.Semoga membantu.

nota penting:
Ketika memandu waktu pagi(pergi keje) pastikan anda membuka radio kegemaran masing-masing dan layan semua lawak-lawak penyampai sambil gelak tutup mulut.Memang mampu menceriakan hari anda.
Ketika memandu waktu petang(balik keje) bukalah radio berbentuk keagamaan seperti radio IKIM. Dah maghrib  tak elok nak ketawa mengilai tak tentu pasal. Sekian.




Tuesday, August 27, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rasanya belum terlambat nak ucap selamat hari raya aidilfitri.

Mohon maaf zahir dan batin.

Ada banyak peristiwa duka yang berlaku sepanjang Ramadhan dan  Syawal tahun ini.

Allah turunkan dugaan untuk umatnya sebagai peringatan, dan aku tahu setiap ujian/dugaan itu ada hikmahnya.

Dan kini , aku sedang merasai hikmahnya. ALHAMDULILLAH.


Sunday, July 14, 2013

Ramadhan buffet di Istana Bambu 2013

Selamat berpuasa semua...Tahun ni berbeza dengan tahun lepas sebab dah ada widad..
makan macam nak berperang...tahun lepas duduk dalam perut elok je..

Sekarang widad dah pandai bermain dengan emosi..kejap merajuk..kejap suka..kejap marah..pastu gelak...

Paling tak bole tahan kalau dia nak susu!!

semua orang pun cakap...widad ni semua ok..tapi kalau menangis nak susu tu yang tak boleh blah!

ikut perangai siapalah tu!

Buffet 2013 dimulakan di Restoran Istana Bambu...of coz!!! dah suami chef dekat situ kan...

Kawan-kawan saya cakap - Sedap dan nak datang lagi.

Komen saya - selagi encik suami kerja dekat situ, memang akan datang lagi. haha.

Juadah yang disediakan
- pelbagai jenis kuih muih ( kami hampir rasa semua kuih, dan sedap!)
- lauk pauk spt siakap sweet sour,butter prawn, beancurd , sotong goreng ikan masin , ulam-ulaman, tomyam , daging salai masak lemak , dan macam-macam lagi la.
-gerai yang disediakan kambing panggang , cucur pisang/lekor/tepung, mee kari, keow teow, sate
- air panas / sejuk , ABC , Cendol , Ice- cream

Selamat Menjamu Selera di Bulan Ramadhan!






Tuesday, May 28, 2013

pertama kali

isu ini mungkin dah basi..

pertama kali mengundi, rasa sangat bertanggungjawab. sama perasaan masa macam duduk atas pelamin.

rasa macam satu undi aku ni mungkin bakal boleh meng'ubah'

Jam 3pm, lengang. mungkin semua org dah pegi mengundi waktu pagi.

Tetiba rasa rugi, tak datang pagi, bole berhimpit-himpit. merasa beratur.boleh pasang telinga orang mengumpat  bercakap.bole cuci mata.dan mungkin boleh jumpa kawan-kawan lama.

Terus bagi IC, semak nama. Nama aku no.2 dan tetiba aku sedih.

Hanya nama aku yang digariskan dalam kertas tu. ada banyak nama lagi kat bawah aku.

ARggghhh..tetiba tension...

Jangan salahkan cina kalau melayu sendiri tak keluar mengundi. Terima Kasih.

Note: Abg polis yang jaga undi tu cakap, lepas ni boleh beratur kat bilik JKKK, ambil duit. Aku jalan dan senyum.



kita tunggu 5 tahun lagi.

Wednesday, May 8, 2013

sindrom merajuk wanita pertengahan umur

saya merajuk.

ini janji saya " dua minggu ni, takkan masak cekodok"

Tips : bila merajuk,

1. kita jangan harap pasangan tahu yang kita sedang merajuk

2. kita jangan harap serta merta untuk di pujuk

3. Dalam masa yang sama cuba positif kan diri dan minda, lapangkan dada.

4. Sampai masanya, bagitahu pasangan sebab-sebab kita merajuk dengan cara paling lemah lembut. supaya pasangan dengar apa yang kita cuba sampaikan.

5. Jangan merajuk lama-lama lah! kita yang rugi.. :)

sekian.





Thursday, April 25, 2013

cerita suka

1
Jam 12.30 malam
isteri : (sambil makan) abg...esok ayg masak lain pulak ye...
suami : tak payah..hari-hari kita makan cekodok pun takpe, abg suka
isteri: ALHAMDULILLAH!!!! (sambil tadah tangan dan rasa nak buat sujud syukur masa tu jugak) 

2
masih makan lagi.
isteri : abg...ayg ni selalu teman abg makan malam..gemuk la ayg..nak diet lah!
suami: dah beberapa tahun abg dengar nak diet.
isteri : jahat tau.... (buat muka ala2 duck face) 

3
esoknya, jam 12 ++ malam
isteri: abg makan la dulu,ayg nak tukar pampers widad ni
suami : tak nak lah. abg nak tunggu ayg. ayg boleh tunggu abg 3 jam balik kerja, apalah sgt abg kene tunggu ayg beberapa minit.
isteri : syg abg....

4
lepas makan , minum .kami sembang - sembang. cerita tentang kawan mat bangla kahwin dgn minah indon.
gosip!
suami : lupa nak bagitau ayg, isteri Mukmin dah lari balik kampung.
isteri: haaa!ye ke!!! (kalau gosip,mmg i suka)
suami : aah. sebelum ayg pegi Paris, bini dia balik kampung pastu tak balik-balik sini dah
isteri : sian mukmin, mesti angau kan...
suami : mau tak angau, tapi lama-lama menyampah jugak..
isteri : tak baik tau bang, sian dia
suami : ye lah..kdg2 tak sedar diri..dia cakap" sana perempuan bangladesh hitam lepas tu gemuk.sini Malaysia, perempuan banyak cantik,kurus,lagi putih"
isteri :owhhhhh!!! memang patut Mukmin kene tinggal!!

dua-dua : HAHAHAHAHA ( gelak sakan, lupa dah jam 1.30pagi)

5
sambungan.
isteri : ermmm..cakap pasal mukmin angau, abg ada rasa angau tak masa ayg g paris
suami : angau jugak lah! balik rumah duduk sorang-sorang. Biasanya abg balik, tengok ayg n widad ada dalam bilik,walaupun dah tido tak sambut abg balik, tapi ada depan mata.
isteri : HAHHAHAH..abg angau...( rasa bahagia)

6
widad tiba-tiba bangun.
isteri : giliran abg tidokan widad
suami : OK. takde hal!
bagi susu , baringkan widad, tepuk buntut. Isteri dah nak lena diulit mimpi,tiba-tiba

"MERAH membara semangat waja PUTIH mu bersih budi pekerti KUNING berdaulat payung negara BIRU perpaduan kita semua..."
HAHAHAHAH...
korang ada suami tidokan anak nyanyi lagu patriotik? huhuhu...aku ada...
Widad : senyum - senyum sambil mata terbeliak tgk ayah menyanyi...
Suamiku dan anakku, dah pukul 2pagi. Ibu nak tidur.....

7
Isteri tidur tak sedarkan diri.

SEKIAN.

Thursday, February 21, 2013

love maroon!

tengok gambar ni, shit!

samada aku kene diet(yang sememangnya jarang-jarang berjaya) atau simpan semua yang ketat-ketat.

Thursday, January 24, 2013

go or not go...

Saya seorang wanita yang baru menjadi isteri dan baru-baru ini sudah menjadi ibu..Alhamdulillah....
Tiada kata atau ungkapan yang tepat untuk setiap rasa...Allah maha besar...

Lepas hampir dua bulan berkepit dengan widad, nak masuk keje pun malas...alangkah gembiranya penjawat awam dapat cuti bersalin 3 bulan..

seminggu sebelum masuk keje HR tanya " nak g paris tak?"

paghhhisss ok..paris...pariss...macam tak percaya...

kalau aku bujang , jawapan nya harus la sepantas kilat "YA"

lagi sekali di ingatkan, aku adalah "ISTERI & IBU"

perasaan bercampur aduk dan perlu berfikir panjang sebelum memberi jawapan.

aku punya suami yang tahu isi hati isteri, dia tahu perasaan aku dan dia tahu segalanya.
 Dan dia kata "PERGILAH"

widad??? aku tanyakan pendapat pada kak long dan semua ahli keluarga...

dan mereka kata " PERGILAH" kak long jaga widad...

dan dengan restu semua, aku sampai disini. 

Jangan kata aku tak punya hati kerna tinggalkan anak yang baru 2 bulan dan suami.

Jangan kata aku takde naluri keibuan.

Hati aku akan luka parah.

Hidup adalah tentang pilihan

Aku punya impian

Dan impian ini perlukan perngorbanan.

Tabahlah wahai hati....