Apa itu Perineum ?
perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur
(silalah google sendiri untuk tahu lebih detail..:P)
Apa itu episitomi?
Episiotomi merupakan pembedahan kecil yg dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yg lebih besar bagi memudahkan bayi dilahirkan dan membolehkan bayi melaluinya dengan lebih mudah.
Urutan Perineal(sumber majalah PaMa)
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Teknik urutan perineum
1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.
credit to sekilass
untuk lebih jelas cara yang betul untuk buat urutan perineum, sila la tgk youtube ni..
More info : http://www.oxfordradcliffe.nhs.uk/forpatients/090427patientinfoleaflets/090924perinealmassage.pdf
Perineal Gel from Mothercare
Antaranya minyak yang digunakan ialah minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain.sebab aku tak berapa yakin dengan minyak-minyak ini, aku google dan terjumpa pasal perineal gel yang aku rasa lebih yakin nak guna.
Terbaca pasal perineal gel daripada blog ini..terus aku search cawangan mothercare yang terdekat,call mothercare alamanda untuk tanya ada stok atau tak..petang tu jugak aku terus pegi ke alamanda semata-mata beli gel ni
nasihat aku, better call dulu takut takde stok..sebab ini dah macam jadi hot item...
harga: rm36
check store locater di sini
daripada pengalaman, memula buat tu agak sakit...tapi lepas tu dah rasa ok..boleh juga minta tolong suami yang urutkan :)
Semoga proses kelahiran di permudahkan..amin!
1 comment:
Wah info yang bagus! :)
Tumpang lalu ye tuan tanah..
Saya ada menjual set ingin hamil, menyusu, bersalin & set kecantikan :)
http://thevitamomshop.blogspot.com
http://facebook.com/vitamom
Post a Comment