semalam rasa kurang bahagia...
hari ni baca hasma senang nya dia rasa bahagia...
aku cuba cari sesuatu yang bole buat aku bahagia walaupun seketika.....
ini bukan bahagia seketika..ini beri aku bahagia sentiasa...
untuk menambahkan kebahagiaan ini..anakanda mu ber KORBAN balik ber hari raya..mak abah ada nak KORBAN kan apa-apa ke ye..
Tuesday, November 24, 2009
~blissfull~
Monday, November 23, 2009
Misteri kereta bersemut....
aku dilanda misteri..
puas aku mencari...dari manakah datangnya semut-semut halus...
seekor aku picit,tiga ekor datang melihat kematian rakan mereka..
adakah kerana pemilik kereta yang kadang-kadang dilihat manis-manis masam..ini mungkin..tapi kenapa sekarang baru kau datang,wahai semut..
adakah kerana gula-gula HALLs...aku sangat pasti bukan...
adakah kerana CLORETS yang selalu menjadi mainan humaira didalam kereta..bukan juga..
adakah kerana roti yang aku makan..tapi roti itu aku memang pasti tak semanis aku..
adakah kerana air 100 plus yang tertumpah sedikit..ini aku kurang pasti..kalau betul,pasti semut itu punya tenaga seperti pelari 100 meter...
atau...
adakah kenangan yang sangat MANIS berlaku sepanjang hari minggu lepas...dan semut itu juga merasa keMANISan nya..lalu bersarang dalam kereta itu...
kalau kerana itu wahai semut...bersarang la kau dalam kereta aku selama sepanjang tahun ini..
Tahun 2010,sila berambus!
Saturday, November 14, 2009
rutin cewek lewat usia

Rugi la hari minggu bangun awal.aku mana ada tanggungjawab pada mana-mana lelaki.pagi ni bangun agak tekejut,maklum la tido lewat malam tadi menghabiskan masa berchatting.rutin pagi,sarapan dekat kedai pak long longkang bersama kawan-kawan yang semakin pupus.makan nasi lemak!mesti lemak aku bergembira dan menari-nari di bawah lengan..dem u nasi lemak!
Aku hanya bertanggungjawab pada ABU.ABU kene mandi dan wangi-wangi.ABU sekarang laki pertama aku..apa?ingat lelaki je bole ada bini pertama.makan hati la suami aku nanti bermadu dengan ABU.madu itu manis!
Entry yang lepas cuma terkena tempias pada aku.sumpah!bukan untuk aku.tapi untuk seseorang yang rapat dengan aku.jangan tanya siapa,cuma doakan dia peroleh kebaikan.kawan-kawan jangan risau.aku OK..mak OK!
Balik dari sarapan,aku sangat beremosi..dan mangsanya..seorang kenalan baru yang aku rasa aku bole bercakap apa saja dengan dia..APA SAJA..malu tapi dia je yang aku nampak..biarlah orang nak cakap apa..aku cuma mau jadi diri sendiri.
damn it!patut la teremosi,seminggu lagi.....
Tuesday, November 10, 2009
Jangan Melatah!
kuatkah perempuan bila ditimpa bencana...
lembutkah hatinya bila diri dikhianati..
redhakah dengan apa yang sudah,sedang dan akan berlaku...
aku percaya apa yang berlaku ada hikmahnya..
berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul...
Hadapi hidup ini apa adanya!
Tuesday, October 27, 2009
Tinggal kenangan
jangan fikir lagu ini ada kene mengena dengan aku...
cuma lagu ini aku suka dengar..dan sesekali bole meruntuhkan hati ini..bole membuat airmata tetiba mengalir perlahan-lahan..bukan secara deras k..
lagi sekali aku cakap,takde mengena dengan aku yahh!!!
amacam??menusuk kalbu korang tak??huhuhuhu...
Sunday, October 11, 2009
Apa kata hati....
apa kata hati...perlukah aku turuti...
kerana mulut badan binasa..kerana hati,apa yang akan binasa..
kata orang..ikut hati..mati...
kalau tak ikut hati pun bole mati..mati bukan kerja kita..kerja yang DIATAS..
Sunday, September 27, 2009
Tahun berganti tahun..
tahun ni,sama jugak dengan tahun-tahun lepas, berhari raya bersama keluarga...
tahun ni,tiada pertambahan ahli keluarga...
owh..mungkin tahun depan keluarga akan bertambah..(noi,ani tak kisah kalo ko nak jalan dulu...hehehhe)
tahun ni,terlupa nak amik gambar beramai-ramai...arghhh..sabo je lah..
tahun ni,soalan-soalan dari saudara mara sama jugak macam tahun-tahun lepas...diorang ni takde soalan lain ke..huhuhuhuhu...
tahun ni, jawapan aku sama jugak macam tahun-tahun lepas...
tapi tahun ni,tak sama dengan tahun-tahun lepas..sebab aku da ada ABU yang handsome..tahun ni,pertama kali, berhari raya dengan ABU....
achikani & 10 orang anak saudara...tetiba terasa tua...hok hok hok...