CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Wednesday, May 23, 2012

bercuti di tanah tinggi

weekend ni akan ke cameron highland!!!! 

sebelum ni hanya bercuti berdua bersama suami,tapi kali ni agak meriah..pergi dengan makabah mertua dan abg ipar dan keluarga nya....sempena cuti sekolah...kami akan bergerak dari pahang melalui felda sungai koyan...perjalanan mengambil masa 2 jam dari Benta..semoga perjalanan kami nanti selamat!

ada beberapa tempat yg kalau boleh nak pergi jugak kali ni:

1. ladang teh boh sg.palas , sambil duduk minum teh dan menikmati pemandangan.masuk kilang pemprosesan teh.

 inilah tempat yang dimaksudkan...minta-minta jalan masuk tak jem...

2. time tunnel museum , tak pernah masuk sini walaupun dah banyak kali dtg cameron..


3. pasar malam brinchang...shopping!



Jagalah tulang belakang anda

satu hari, dalam perjalanan ke satu tempat..aku dengar DJ radio cakap...duduk bersilang kaki bole menyebabkan sakit tulang belakang...aku perhatikan,ramai perempuan(termasuk aku) suka duduk bersilang kaki...kepada kawan-kawan cegah sebelum parah...mungkin kita boleh perbaiki postur badan kita sebelum terlambat...

so, ini info yg aku cari...sharing is caring...(contoh gambar semuanya diambil dari website ibu mengandung, tapi jika anda tidak mengandung pun mesti amalkan cara duduk dan berdiri yang betul)



Tip duduk dengan betul (from harian metro)


  • Pastikan anda duduk menghala ke depan.
  • Jangan duduk pada bahagian hujung kerusi.
  • Duduk sama aras antara atas dan bawah kerusi. Jangan terlalu rendah atau tinggi.
  • Apabila duduk, pastikan siku dekat dengan badan.
  • Elak duduk di kerusi yang tiada penghadang (kerusi bulat).
  • Amalkan duduk di kerusi yang mempunyai penyokong belakang badan.
  • Saturday, May 19, 2012

    mood shopping

    shopping for baby??? belum ada mood...

    shopping for mummy?? mood sekejap ada..sekejap takde..macam biskut...tapi kalau ia datang, macam dirasuk syaitan..masya-allah...

    dari dulu-dulu kalau beli baju, kalau berkenan dengan satu baju tapi tak tau nak pilih color apa..aku akan beli dua-dua sekali...

    dan masa mengandung ni, daripada terpaksa beli dua, aku dah terbeli empat sebab aku nak semua color...

    dan baru sgt2 la berlaku, aku dah terbeli lima helai pulak...kalau bahagian dalam-dalam aku boleh terima, ini yg diluar..masalah..nya, rasa sesal menyesal tu cuma datang 5 minit..lepas tu aku tak rasa apa...huhuhu

    Ya-allah.. bantu hambamu ini..amin.
    perempuan kalau dapat shopping..macam satu kejayaan kan...ehhh..ke aku je yg rasa...

    Thursday, May 17, 2012

    16 minggu usia kandungan

    fatal development - 16 weeks
    info : Your baby is now about the size of an avocado (about 5 inches / 11.6 centimetres long from crown to rump and weighing approximately 4 ounces / 100 grams). In the next three weeks he'll go through a tremendous growth spurt, doubling his weight and adding inches to his length. 

    1st trimister(1-3 bulan pertama) sudah berlalu, alhamdulillah takde adegan muntah-muntah diwaktu pagi, tengahari atau malam yang melampau. muntah hanya terlebih makan, tgk org muntah rasa nak muntah jugak, terlebih minum air dalam satu masa..dan kurang selera makan...TETAPI hanya berselera makan jika ianya dimasak dirumah,malah makan bertambah-tambah tanpa sedar..

     rutin pemakanan yg diamalkan:

    1. aku makan shaklee supplement untuk ibu mengandung. aku rasa aku perlukan vitamin. sebab pemakanan aku tak cukup sihat dan kurang khasiat. dan alhamdulillah, aku rasa sihat dan bertenaga  sepanjang 3 bulan ni.semoga aku dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang mengandung hingga melahirkan...amin.

    2. en.suami suruh makan banyak ikan, sikit ayam dan kurangkan daging. reason, kurang kolestrol dan kurang lemak..ok, kolestrol aku memang tinggi masa tak mengandung..so, aku memang takut kalau kolestrol aku naik masa mengandung ni

    3. mak aku ada darah tinggi, aku berdoa sangat aku dijauhkan penyakit darah tinggi ni masa pregnant..aku dah dengar banyak kes darah tinggi datang masa megandung je..minta dijauhkan..insya-allah

    4. en.suami tiap-tiap hari suruh minum air soya, reason nak anak putih..tak boleh blah..saya menurut perintah.

    5. minum susu anmum materna untuk pembentukan tulang, kalsium etc ...kalau ikutkan tak nak pun minum susu, tapi bila ingat baby dalam perut, dengan rasa positif mesti nak minum susu...

    6. lunch mesti mau nasi + ikan/ayam/daging + sayur ....makan nasi sekali je sehari...dan tak bole makan yg berkuah-kuah ni, amik yg lauk kering-kering je...kalo ada kuah,x lalu makan..(pengecualian makanan masak dirumah ye)

    7. makan malam, makan roti putih atau buah dan minum susu..ehhh..pengecualian malam ni, tetiba mengidam maggi+telur,masak guna rice cooker..habis plak tu...tahun depan plak aku akan maggi, maggi tak baik untuk kesihatan walau kamu tidak mengandung ye...

    rutin harian : setiap hari mesti mau sampai rumah sebelum pukul 7mlm..mau layan SEINDAH SAKURA, dah jatuh WAJIB plak rasanya dengan kehadiran cikgu PahrinAmat....sekian.

    Sunday, May 13, 2012

    cool

    peristiwa 1

    jam 1.30 pagi, dapat panggilan dr en.suami...masa tu tido dekat umah along dekat seri kembangan.en.suami dekat ampang..

    en.suami:ayg..abg accident..
    aku: haaa!!!(memang tekejut..) abg ok ke tak ni?cedera ke tak?
    en.suami: abg ok..takde apa2..abg langgar motor..motor bdk tu teruk la..skrg ada kat hospital ampang hantar budak tu...
    aku: tapi abg ok kan...takde apa2?
    en.suami: abg OK...
    aku: oklah kalau camtu...abg setelkan la apa yg patut..ada apa2 sms/call ayg...bye

    terus sambung tido.

    peristiwa 2

    pukul 2 pagi, dengar bunyi orang mengerang macam sakit perut...en.suami kejut, ajak p klinik..doc cakap keracunan makanan...adakah keracunan itu drpd murtabak yg aku beli kat pasar malam? atau nescafe ais dan mangga yg dimakan di restoran? lepas makn ubat, en.suami muntah lagi teruk..hasil tindak balas ubat kut...yang tak patut dengan aku sekali muntah, sebab bau busuk..huhuhu..sejak mengandung ni aku sgt sensitif dengan bau2 busuk ni...

    lepas tu aku terus tido.

    kesimpulan
    aku rasa aku tak pandai layan org sakit dan aku memang mengantuk dan kuat tido kebelakangan ni.

    en.suami, mengalami trauma akibat kemalangan dan keracunan makanan. Tiada makanan dari pasar malam selepas ini,harap maklum~

    Sunday, May 6, 2012

    semuanya baik-baik belaka

    tiada perkataan yang paling sesuai melainkan ALHAMDULILLAH...

    berada disamping orang-orang yg disayangi dan tercinta..

    adik beradik duduk dekat,selalu berkumpul..makabah datang KL tgk anak2..tiap2 minggu jumpa makabah...sumpah seronok tengok orang tua gembira...

    berada di tempat kerja baru yang semua orang baik-baik dan sangat positif..

     perjalanan ke tempat kerja yang setakat ini sangat lancar...tiada tekanan...ampang-cyberjaya..sejam perjalanan weh..

    kandungan dah masuk bulan ke 4..anak dan ibu sihat..walaupun selera makan agak kurang,perkara biasa kata-kata orang yang da jadi ibu..ok, aku tak perlu gelabah...

    oh yeah..perut dah nampak seperti membuncit...tapi buncit kali ini tak perlu risau,malahan terasa cantik plak...

    sekian.

    P/s- tetap rindu orang-orang yang tersayang di utara.owh kulim!

    6 bulan berlalu...thanks friend...