CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Wednesday, November 21, 2012

rezeki

yang ku dambakan cukuplah sekadar ini
tetapi yang aku dapat ini..
terkedu sekejap..sangat cantik..gembira rasa nak melompat-lompat..
oppsss..nasib baik teringat perut baru lepas kene belah...

ALHAMDULILLAH
TERIMA KASIH SAHABAT


TV 32 inch hadiah perkahwinan  masih elok digunakan..hehe


Saturday, November 17, 2012

anak itu amanah Allah

29 OcToBeR 2012
7.33pm @ HOSPITAL AMPANG
2.93 kg/45cm
Alhamdulillah..semoga menjadi anak yang solehah sayang!

widad binti sahril


“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَآ أَمۡوَٲلُڪُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةٌ۬ وَأَنَّ ٱللَّهَ عِندَهُ ۥۤ أَجۡرٌ عَظِيمٌ۬
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar."- [Surah Al-Anfal 8: Ayat ke 28]

Tuesday, October 23, 2012

My baby wishlist...

My baby wishlist?? haha..sebenarnya lebih kepada Ibu wishlist...

Ada dua benda termasuk dalam my wishlist for my baby....lepas bersalin baru beli lah...sekarang ni, pakai apa yang ada je dulu...sebab, nafsu shopping lepas bersalin mungkin lebih baik..haha

baby cot
 kalau boleh nak ajar baby tidur asing dengan ibu ayah sejak dari baby lagi..lagipun, me & husband atas katil pun dah amik semua ruang..mana nak letak baby lagi kan...dari sebelum mengandung,aku ada 7 bantal atas katil..kalau letak baby lagi, takut plak ada yang tertindih..huhu..

simple je kan baby cot ni,its from ikea..harga pun berbaloi...



soft structured carriers
 plan nak beli SSC from jumpsac , masa pegi expo baby terjumpa tuan kedai jumpsac ni.She show me on how to wear the SSC and at the same time she carry her baby using the SSC.baby dia tidur dengan sangat-sangat selesa... kain dan jahitan nya sangat pun cantik dan berkualiti,sesuai dengan harganya :)..husband cakap harga dia mahal(buat-buat tak dengar je masa ni)..
SSC ni sesuai untuk 3 month to 3.5/4 month years old baby..



I want this!! Ballerina Shoes on Aubergine Straps

Babymoon
kecewa sangat sebab rasanya tak sempat pun nak pegi bercuti ke mana-mana sebelum bersalin...plan sebenarnya nak stay dekat Philea Resort and Sp Melaka...mungkin lepas bersalin la kut...


Aku memang suka pergi bercuti kat melaka,tak pernah rasa jemu..mungkin sebab melaka adalah tempat dimana me & husband berjumpa..;P

Tuesday, October 9, 2012

urutan perineum

Dalam kelas antenatal hari tu, ada satu sessi menceritakan pasal urutan perenium dan demo..urutan ini bertujuan untuk memudahkan proses kelahiran dan mengelakkan episitomi...aku dapat rasakan urutan ini penting untuk diamalkan dan aku perlu mencuba...samada berkesan atau tidak,bagi aku belakang kira...

Apa itu Perineum ?
perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur
(silalah google sendiri untuk tahu lebih detail..:P)

Apa itu episitomi?
Episiotomi merupakan pembedahan kecil yg dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yg lebih besar bagi memudahkan bayi dilahirkan dan membolehkan bayi melaluinya dengan lebih mudah.

Urutan Perineal(sumber majalah PaMa)
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Teknik urutan perineum
1.  Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.

credit to sekilass


untuk lebih jelas cara yang betul untuk buat urutan perineum, sila la tgk youtube ni..

More info : http://www.oxfordradcliffe.nhs.uk/forpatients/090427patientinfoleaflets/090924perinealmassage.pdf

Perineal Gel from Mothercare


Antaranya minyak yang digunakan ialah minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain.sebab aku tak berapa yakin dengan minyak-minyak ini, aku google dan terjumpa pasal perineal gel yang aku rasa lebih yakin nak guna.

Terbaca pasal perineal gel daripada blog ini..terus aku search cawangan mothercare yang terdekat,call mothercare alamanda untuk tanya ada stok atau tak..petang tu jugak aku terus pegi ke alamanda semata-mata beli gel ni
nasihat aku, better call dulu takut takde stok..sebab ini dah macam jadi hot item...
harga: rm36
check store locater di sini 

daripada pengalaman, memula buat tu agak sakit...tapi lepas tu dah rasa ok..boleh juga minta tolong suami yang urutkan :)

Semoga proses kelahiran di permudahkan..amin!





Monday, October 8, 2012

kelas antenatal di hospital ampang

Adakah perlu menghadiri kelas antenatal? Bagi aku, yang pertama kali menjadi ibu..adalah perlu...why?
banyak ilmu yang kita boleh dapat selain dari membaca di internet atau dengar2 cakap orang...
masa aku attend kelas ni, pasangan doktor pun ada masuk sekali kelas ni ye....dan hanya ada 10 pasangan je dalam satu sessi..so, banyak soalan dan lebih tumpuan kita boleh dapat...lagipun kelas ini adalah PERCUMA!!!

 me in the class...mostly yang datang semua 1st time nak jadi ibu & bapa..

aturcara : (8.30am -1pm)
ceramah 1: pengenalan mengenai kehamilan, proses bersalin & perancang keluarga
ceramah 2: pemakanan ibu antenatal & postnatal
ceramah 3 : persiapan bersalin
 minum pagi.....masa untuk en.suami merokok..huhu
ceramah 4: penyusuan susu ibu ( hospital ampang adalah hospital rakan bayi, SAY NO TO FORMULA MILK!!)
ceramah 5: urutan perenium (masa ni penceramah letak patung dekat depan dan suruh kita demo, aku nak je pegi, tapi rasa sgt segan pada suami2 org,kalau semua perempuan,memang aku tak malu..huhu)
ceramah 6: Demostrasi senaman antenatal & postnatal

 me during the antenatal exercise..ini masa kene buat senaman kemut2x..huhu

lawatan ke dewan sebelum bersalin, labour room, dewan lepas bersalin, wad kecemasan dan wad pendaftaran. ( masa ni tgk labour room terus aku rasa berdebar-debar..hehe)

sesiapa yang berminat nak join antenatal class 03-42896087 (Klinik O&G, Hospital Ampang).
class ni weekdays sahaja.

more info : refer blog ni


Thursday, October 4, 2012

36 weeks..almost there!

kandungan sudah berumur 36 minggu....

alhamdulillah...keperluan gegirl dan ibu dah hampir dipenuhi..maybe i can say 80% completed...

and now...persediaan rohani, mental dan fizikal je perlu dimantapkan...takut nak bersalin? perasaan tu memang ada...tapi walau apa pun, itu perkara yang perlu di lalui oleh setiap bakal ibu...

bak kata dr.fauziah masa pergi kelas antenatal dekat hospital ampang, melahirkan anak itu memang SAKIT....

sekarang ni apa yang sangat penting...doa,tawakal dan berfikiran positif sentiasa....

kawan-kawan, Doakan proses bersalin aku nanti, dipermudahkan.
Mohon ampun dan maaf jika ada salah silap.

abaikan keadaan sekeliling..gambar diambil di surau office..beso nyer kau mahan!
tak sure muka ada perubahan atau tidak...orang kata dah nak bersalin ni, hidung makin kembang...tapi yang pasti, mengandung ni,aku memang malas pakai moisturizer ke bedak ke..aku just spray muka dan pakai lip gloss...terus g office..ringkas!

Friday, September 28, 2012

Bantal dan tilam kekabu untuk bayi

aku memang suka tidur guna bantal kekabu...masa aku kawan,mak aku dah buatkan 2 biji bantal kekabu yang gebu dan sangat selesa untuk bilik pengantin...sampai pindah rumah sendiri,2 biji bantal tu memang aku bawa sekali...

apakah kelebihan bantal kekabu? "Ia lebih selesa dan sejuk berbanding serat sintetik atau span yang menyebabkan pengguna berasa panas atau berpeluh di kepala.Selain itu, tilam kekabu juga baik untuk mereka yang mengalami sakit belakang kerana gentiannya lembut dan semula jadi."

Sebagai persediaan awal, aku daripada memang bercadang nak beli tilam dan bantal kekabu untuk anakku. Untuk adik aku dulu , mak aku belikan 2 guni kekabu untuk adik aku buat set tilam bayi. Tapi, untuk anak aku ni, mak aku agak sibuk...jadinya...aku memilih untuk membeli yang ready made...rupanya ada banyak set tilam kekabu yang cantik-cantik diluar sana...





Untuk set tilam sahaja, harganya RM230
Untuk set tilam + comforter, harganya RM280
Untuk set tilam + comforter + postage, harganya RM300
Terpulang pada bajet masing-masing... tapi aku tahu tilam kekabu memang sangat istimewa..

Set tilam untuk anakku, sudah sampai...sangat puas hati..walaupun ada sedikit kerosakan..tapi littledje dah pun menggantikan dengan yang baru..
inilah rupanya set tilam dan bantal daripada kekabu untuk anakku nanti...tidur dengan selesa ye anakku!! 
beli disini : http://littledje.com


Wednesday, September 5, 2012

Doa untuk anak dalam kandungan


Doa yang ibu hamil boleh amalkan selalu.

Thursday, August 30, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

belum terlewat rasanya..nak beri ucapan hari raya....

"salam aidilfitri dari saya dan en.suami
jika ada tersilap kata dan terkasar bahasa...
jika ada ucapan yang menginggung hati dan perasaan secara sedar atau tidak..
jika ada tulisan yang menyakitkan jiwa dan raga...
jika ada hutang-piutang...bagitaulah kami...mungkin kami terlupa...
halalkan makan minum kami... maaf zahir dan batin..."

ini je la gambar hari raya kami yang pertama..itu pun gambar hari raya ke-2..raya pertama sangat sibuk dengan bara-an dan sambut tetamu...

Tuesday, August 14, 2012

update baju raya untuk ibu mengandung

tahun ni, baju raya dah ada 3 helai....rasanya cukuplah buat raya 2012 ni...

baju kurung untuk ibu mengandung adalah sangat limited....jalan-jalan dekat shopping complex kebanyakan nya mencadangkan jubah sebagai baju raya....

disini ada beberapa cadangan untuk ibu mengandung mencari pakaian yang sesuai untuk hari raya

cadangan 1:  mumdreams

ini baju raya saya, dah cuba baju ni dan sangat puas hati walau beli secara online....

cadangan 2 : dynas boutique

ini hasil pembelian saya....disebabkan baju ni sgt sesuai untuk mengandung dan menyusukan bayi...bagi saya sangat berbaloi...kain lycra dan sgt selesa...saya beli masa expo baby di KLCC..dynas sendiri yang layan saya membeli belah...dynas sgt sweet dan kurus, baru 2 bulan lepas bersalin!!


cadangan 3: poplook

beli online juga..dress kosong warna purple...kene cari tudung colourful yang matching dengan baju ni...baju ni bergantung pada saiz perut masing-masing...saya boleh pakai lagi dress ni walaupun dah 7 bulan...


selamat bershopping to all mom-to-be....

Sunday, August 12, 2012

Berbuka puasa 10th Batch SEMESTI at Hotel Midah, KL




Harga buffet di Hotel Midah, KL. antara hotel yang menawarkan buffet pada harga yang berpatutan dengan makanan yang disediakan...buffet terletak di tingkat 6 hotel ini....

aku hanya sempat makan mee kari , kueh -mueh , buah-buahan...yang lain-lain makanan dah tak mampu nak masuk dalam perut..lagi satu tekak org mengandung ni agak cerewet dan tak bole diguna pakai sangat...hehe..dan makan sambil bersembang ni memang cepat kenyang....



Alhamdulillah, hampir 15 tahun tak jumpa kawan-kawan dari SEMESTI(sekolah menengah sains teluk intan)...ada beberapa org berkesempatan jumpa masa kenduri kahwin aku last december..yang lain-lain mostly 15 tahun tak jumpa...lamanya masa berlalu...masing-masing ada haluan sendiri...dan lepas ni moga ada lagi reunion macam ni....boleh buat aktiviti tahunan...

         antara the girls yang dapat hadir....yana,me,nadia(event organizer),zue...
the girls and mizan ( manager Hotel Midah)...disebabkan Mizan GM kat sini, semestian dapatla discount buffet jadi RM45 je...alhamdulillah..siap kami melepak dekat premium suite room lagi...








Wednesday, August 8, 2012

mood raya sudah datang....

tahun ni pastinya ber hari raya dengan suasana yang sangat-sangat berbeza...

sebab :

tetiba raya berdua dgn suami,tahun lepas solo je...dan yang paling seronok raya dengan perut yang semakin hari semakin membesar....strecth mark pun dah kelihatan....:P

owh...dan yang paling tak dapat dibayangkan...raya ke dua dah berhari raya dengan keluarga mertua...

mesti mak aku sedihkan, dah 31 tahun aku sentiasa berhari raya dengan dia...jalan-jalan..shopping-shopping bersama...tiba-tiba raya kedua aku dah takde...ehh...tapi takpe,mak aku ada 2 lagi anak bujang dia beraya bersama...tapi pasti tak sama macam cik ani kan...terbaik!!

baru lepas shopping baju raya..mood shopping baru datang! amacam..cun tak baju raya cik ani...raya mesti mau bergaya!
 baju kurung untuk wanita mengandung disini





Wednesday, August 1, 2012

Buffet Ramadhan 2012 di SRI PAYUNG


Jika bajet anda untuk buka puasa sederhana, cubalah di Sri Payung

Sri payung bersebelahan dengan Restoran Istana Bambu

Baru semalam aku cuba makan kat sini, overall semua makanan ok ( again tekak orang mengandung )

sebab makan nya sikit je,,bersembang dengan member aku je lebih..kami tak habis pun makan nasi dan lauk...tapi sebelum berbuka..semua lauk kami ceduk...dasar nafsu besar...

patut cuba semua makanan dia...oleh sebab sri payung ni menjalankan perniagaan katering, dah biasa masak dan suasana pun ala-ala makan kat kenduri kawen...kawan aku cakap semua lauk dia sedap...

nak cuba...sila la buat tempahan untuk mengelakkan kesesakan terutama di hari minggu..

salam ramadhan.

Tuesday, July 31, 2012

Buffet Ramadhan 2012 Di Restoran Istana Bambu


Buffet ramadhan tahun ni bermula dengan menjamu selera di Istana Bambu pada sabtu lepas.

Oleh sebab, aku pregnant dan tak mampu nak makan banyak-banyak...takde la beriya-iya sangat makan..cukup sekadar merasa...
bagi aku makanan dia OK( ini berdasarkan tekak aku yg sedang mengandung ye)..

ada masak lemak daging salai(makanan nogori), kawan aku tambah sampi 3 kali...dia cakap sodap!

Menu makanan bertukar setiap hari dan yang pasti setiap hari akan ada kambing bakar...peminat kambing, sila lah beratur....

ada lebih kurang 20 jenis lauk-pauk...kuih-muih...buah-buahan..ada gerai keow tiow goreng dan gerai goreng cekodok & pisang ( bagi aku sedap sebab kita makan panas-panas, rasa macam kat kampung je)...

Jika anda mencari suasana berbuka yang santai dan agak romantik...lain daripada yang lain...cubalah di istana bambu...

note: kemudahan tandas dan surau disediakan. wifi ada, tp laju lagi siput sedut jalan... ;)

                                            ~ pintu masuk restoran ~







Monday, July 30, 2012

Buffet Ramadhan 2012 di Selangor dan Kuala Lumpur


Berikut adalah senarai buffet ramadhan 2012 sekitar KL/selangor. credit to urbanite
saya dah senaraikan mengikut bajet masing-masing...
Selamat berpuasa dan salam ramadhan. 

RM60 and below 

Midah Hotel Kuala Lumpur
8 Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2273 9999
Price: RM50 bersih (Dewasa) RM30 bersih (Kanak-kanak)
Hotel Capitol Kuala Lumpur
Jalan Bulan, Off Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Reservations: 603 2698 8302
Price: RM50++ (Dewasa) RM25++ (Kanak-kanak)
Savour all of Malaysia in Kuala Lumpur with our fantastic selection of over 100 traditional, and international dishes, to satisfy your hunger pangs.
Radius International Hotel Kuala Lumpur
51-A, Changkat Bukit Bintang 50200 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2715 3888
Price: RM60 bersih (Adult), RM35 bersih (Child and Senior citizen)
Vistana Hotel Kuala Lumpur
9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur
Reservations: 03 4042 8000
Price: RM50 bersih (Adult), RM33 bersih (Child)
Pago Pago Cafe @ Plaza Hotel Kuala Lumpur
Jalan Raja Laut
Reservations: 03 2698 2255
Price: RM 55.00++ per order (10+1 @ every 10 paying guest get 1 FREE for paying price buffet only)
Goldcourse Hotel Klang
9 Jalan Pasar, 41400 Klang
Reservations: 03 3344 6666
Price: RM45++ (dewasa) , RM28++ (kanak-kanak dan warga emas 60 tahun ke atas)
Prescott Metro Inn Kajang
Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih, 43000 Kajang
Reservations: 03 8737 5555
Price: RM55 nett per person, Buy 9 free 1
INTEKMA Resort & Convention Centre
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, Shah Alam
Reservations: 03 5522 5000
Price: RM49 bersih (dewasa), RM 35 bersih (kanak-kanak), RM44 bersih (OKU dan warga emas 55 tahun ke atas)
Bertemakan ‘Citarasa Malaysia’ utk Buffet Ramadan kali ini, pelbagai juadah menarik menanti anda. Antaranya KAMBING PANGGANG, BUBUR LAMBUK, MURTABAK ISTIMEWA INTEKMA yg mendapat jolokan ‘the biggest murtabak in town’ serta pelbagai masakan Melayu kampung asli. Tdk ketinggalan ROSMA AF bakal memeriahkan suasana berbuka anda.
Concorde Inn Kuala Lumpur International Airport
Jalan KLIA 1/60, KLIA, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan
Reservations: 03 8783 3118
Price: RM55.00++ per adult, RM40.00++ per child below 12 years old and senior citizen age 60 years old and above
Enjoy an authentic Ramadan spread with our very own Citarasa Bazaar Ramadan D’Concorde and play your part in our charity drive with this buffet dinner promotion.
Speciality: Authentic Kuali Ramadan, Soup Gear Box, Roast Lamb, Varieties of Satay, Satay Arnab & Satay Perut (every Friday & Saturday), Udang Goreng Berempah, Cendol Pulut Durian & Varieties of Sushi.
RM1 will be channeled to Charity Home for every adult buffet meal purchase.
Free one person in a group of 11 persons
In-house Surau is available
De Palma Hotel Kuala Selangor
Jalan Tanjung Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Reservations: 03 3289 7070
Price: RM45 bersih (dewasa), RM22.50 bersih (kanak-kanak)

RM60- RM70


Star Points Hotel Kuala Lumpur
149 Jalan Masjid India Kuala Lumpur
Reservations: 03 2698 1866
Price: RM60 nett (Adult) / RM30 nett (Child age 3-12)
Special rate for early bird from 20-27 July 2012
Strengthen ties with family, friends and business associates with a buka puasa dinner in true Asian spirit! One of the best beriani in town. Enjoy our authentic Malay cuisine Gulai Kawah and taste our special Kebab. 10 + 1 promotion available.


Cititel Midvalley
Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur
Reservations: 603 2296 1188
Price: RM60++ (Dewasa) RM30++ (Kanak-kanak) dari 23 hingga 29 Julai 2012, RM70++ (Dewasa) RM35++ (Kanak-kanak) dari 30 Julai hingga 12 Ogos 2012 dan RM60++ (Dewasa) RM30++ (Kanak-kanak) dari 13 hingga 16 Ogos 2012


Ancasa Hotel and Spa Kuala Lumpur
Jalan Tun Tan Cheng Lock
Reservations: 03 2026 6060
Price: RM70 bersih (Dewasa) RM45 bersih (Kanak-kanak)


Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur
117, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2785 1170
Price: RM68++ (Adult), RM34++ (Child and Senior citizen)


Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Jalan Raja Laut
Reservations: 03 2614 8000
Price: RM65++ (Adult), RM35++ (Child)

JW Marriott Hotel Kuala Lumpur
183 Jalan Bukit Bintang · Kuala Lumpur
Reservations: 03 2719 8666
Price: Starhill Conference Centre @ RM60++ , Poolside @ RM70.00++


The Royale Bintang Kuala Lumpur
Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur
Reservations: 03 2143 9898
Price: RM60++ per adult and half price for children 4-12 years


Flamingo by the Lake, Kuala Lumpur
5, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang
Reservations: 03 4256 3288
Price: RM70 bersih (dewasa) , RM40 bersih (kanak-kanak)


De Palma Hotel Shah Alam
Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, P.O. Box 7511, 40718 Shah Alam, Selangor
Reservations: 03 5542 8080
Price: RM68 bersih (dewasa), RM35 bersih (kanak-kanak)


Dewan Perdana Felda
Jalan Maktab Off Jalan Semarak 54000 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2698 8302
Price: RM68
Restoran Felda Villa
Anjung FELDA Jalan Maktab 54000 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2698 8302
Price: RM60

  
Eden’s Ramadhan Buffet at Putrajaya International Convention Centre
Putrajaya International Convention Centre, Dataran Gemilang, Precint 5,
62000 W.P Putrajaya
Reservations: 03 8887 6230 / 03 8887 6231
Price: RM60 nett (adults), RM 29 nett (children 6- 12) and FREE for children below 6 years old



RM70 - RM80


Hotel Grand Continental Kuala LumpurJalan Belia/Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Reservations: 603 2693 9333
Price: RM75++ (Dewasa) RM38 (Kanak-kanak)


Hotel Royal Kuala Lumpur (formerly The Coronade Hotel)
Jalan Walter Grenier, 55100 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2148 6888
Price: RM70++ (Adult), RM35++ (Child)


Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur
No 7 Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2692 9298
Price: RM75.00++ per adult, RM30.00++ per child (4-12 years old), 50% discount for senior citizens (55 years and above)
Buka puasa at La Maison restaurant (certified halal) this Ramadan with sumptuous kampung-style buffet.
Enjoy a special 50% discount on the first week and last week of Ramadan!

Cyberview Resort & Spa
Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya Selangor
Reservations: 03 8312 7091
Price: RM79++ per person
Break fast with an array of local and international delights. Pick your a-la-minute from our live action stalls or other tantalizing dishes from our buffet spread such as Tauhu Sumbat, Acar Rampai, Bubur Lambuk, Kerabu and Ulam, Nasi Arab with Lamb, Ikan Bakar and Air Asam, Dim Sum and BBQ items. Don’t miss out our Roti Canai Durian, Apam BAlik, Putu Piring, Bread and Butter Pudding with many more fulfilling treats.

Summit Hotel USJ
Persiaran Kewajipan USJ 1, 47600 UEP Subang Jaya
Reservations: 03 8023 3000
Price: RM75 bersih (dewasa), RM 38 bersih (kanak-kanak)
Special offer: RM55 bersih (dewasa), RM27 bersih (kanak-kanak) untuk minggu pertama (20 Julai – 26 Julai 2012) dan minggu terakhir (13 Ogos – 18 Ogos 2012)


De Palma Hotel Ampang
Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point Jalan Ampang
Reservations: 03 4270 7070
Price: RM75 bersih (dewasa), RM39 bersih (kanak-kanak)



 The Zon All Suites Residences On The Park Kuala Lumpur
161-D Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2164 8000
Price: RM75 nett (Dewasa) / RM45 nett (Kanak-kanak/Warga Emas)
Setiap 5 orang tempahan PERCUMA 1 orang 


10 Binjai @ PNB Darby Park Executive Suites Hotel, Kuala Lumpur
10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Reservations: 03 7490 3939
Price: RM79++ (Adult)
Throughout this Holy month of Ramadan, PNB Darby Park offers special promotion for group bookings as we invite you to breakfast with your family, friends and associates that is simply rewarding! Special promotion, “9+1” – For 9 persons dine, 1 person gets to dine for absolutely free. This offer is valid from 23 to 27 July 2012.

Shah Alam Convention Centre (SACC Convec)
No 4, Jalan Perbadanan 14/9, 40000 Shah Alam
Reservations: 03 5511 8858
Price: RM75 nett
Seperti Ramadan sebelum ini dan memandangkan sambutan hebat pengunjung, sekali lagi kami akan menghidangkan satu resepi istimewa dari Indonesia iaitu masakan berempah “Kambing Kebuli”. Selain itu, menu kami juga turut dipenuhi dengan lebih daripada 100 hidangan lain.
RM80 above

Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur
Jalan Imbi
Reservations: 03 2117 8000
Price: RM88.00++ (Dewasa) RM48.00++ (Kanak-kanak)
Enjoy a scrumptious ‘Buka Puasa’ Dinner amidst coz ambience and live Keroncong music performance at Big Apple Restaurant from 21 July – 18 August 2012. 


Concorde Hotel Kuala Lumpur
2 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Reservations: 603 2144 2200
Price: First venue @ RM89.00++ per person (‘Dari Dapur Chef Abbas’ @ Melting Pot Café) , second venue @ RM75.00++ per person (‘Teratak Chef Abbas’ @ Ballroom)
It will be an iftar to remember. Concorde unveils two venues with new buffet spreads. The best dishes from 11 states. A big spread at reasonable prices!
Our very own Celebrity Chef Abbas Ali is an expert in Malay cooking and has cooked for royal families and dignitaries. This Ramadan, Chef Abbas showcases handed down family recipes and his very own masterpieces. Delectable ‘World of Briyani’ (briyani with kepala ikan, burung puyuh, daging rusa, telur), Nasi Kerabu Special, Sotong Masak Hitam along with Abbas’ all time-favourites – Sup Gear Box, Ayam Percik Bermadu, Kari Kepala Ikan with Roti Benggali and many more. 


Dorsett Regency Kuala Lumpur
172 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Reservations: 603 2716 1000
Price: RM80.00++
Dorsett Regency will be offering diners with abundant of mouth-watering spread of Ramadan Buffet Dinner at Checkers Café from 17th July till 18th August 2012. 


Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2717 9900
Price: RM108++ per person (A complimentary seat for every 09 paying guests and 30% discount off for dinners from 23 to 29 July 2012 and from 13 to 17 August 2012)
Treat your senses to a gastronomic indulgence as the culinary maestros of Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel bring forth a feast not to be missed! During the Holy month of Ramadan, we invite you to breakfast in style as the halal-certified Essence features a delectable spread of imperial specialities from the nine royal states of Malaysia.


 Corus Hotel Kuala Lumpur @ Dondang Sayang Coffee House
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2161 8888
Price: RM89++ (Adult), RM45++ (Child)
 


Hotel Maya Kuala Lumpur
138, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2711 8866
Price: RM95++ (Adult), RM60++ (Child)
Chef Abdul is back for a third consecutive year to bring signature lip-smacking Nasi Kandar. The buffet will be complemented with an array of traditional Malaysian dishes, both sweet and savoury. 


Sunway Putra
9th Floor, Sunway Putra Place, 100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur
Reservations: 03 4042 9888
Price: RM88.00++ (Adult), RM44.00++ (Child)
For a truly hearty ‘Iftar’ (berbuka puasa) experience, head to Coffee House and join us for this once-a-year tradition of breaking of fast with loved ones and friends. Be spoilt for choice with the bountiful selection of local and international favourites. Don’t miss our chefs in action and choose your favourite dishes from the endless selection at the action stalls where local delights are prepared a-la-minute. 


Makan Kitchen @ Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur
The Intermark, 348 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2172 7680
Price: RM98++ per adult (first week and last three days) , RM108++ per adult (the rest of the days) and half price for children 12 years and below
Break fast this Ramadhan at the halal-certified Makan Kitchen with your associates, friends and family. Our Master Chefs, Fazli and Zul, are cooking up over 190 delicious “Kampung” delights and local favourites everyday; showcasing 600 recipes this season in a bazaar-like ambience. Live ghazal performance every evening. 


The Westin Kuala Lumpur
199, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur
Reservations: 03 2773 8338
Price: RM108 ++ per person, RM54 ++ per child (complimentary for children below the age of 4)
Early bird discount of 20% for diners booking 2 weeks in advance and 10% for diners booking 1 week in advance. Not valid for bookings in Malaya Function Room

Planters Inn Restaurant @ Crowne Plaza Mutiara Hotel
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2146 3820
Price: RM108++ per person, Children 4 to 12 years old dine at 50% off
 
Taman Sari Brasserie @ Hotel Istana Kuala Lumpur
73, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2141 9988
Price: RM115.00++ per person (Monday – Saturday) RM105.00++ per person (Sundays)
During the month of Ramadan, Taman Sari Brasserie at Hotel Istana Kuala Lumpur is turning the heat up and preparing a wide array of “kampong” dishes. The buffet table will be interestingly presented with exciting Ramadan cookies and desserts spread while “warong” (action stalls) are setup at respective areas to serve an anticipating crowd for Buka Puasa. 


Grand Ballroom @ Kuala Lumpur Convention Centre
Jalan Pinang, Kuala Lumpur
Reservations: 03 2333 2866
Price: RM103 ++ per person, RM52 ++ for children aged 4 – 12 years. For a party of 10, one goes for free
Experience a unique buka puasa and enjoy the convenience of a dedicated surau, on-site ablution facility and Imam for Maghrib, Isya’ and Tarawih prayers.Eastin Hotel Petaling Jaya
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Reservations: 03 7665 1111
Price: RM98++ per adult, RM49++ per child, (Buy 5 Free 1 applicable from 21st – 29th July)
Celebrate one of Malaysia’s most talented artists with a special P.Ramlee-themed Ramadhan Buffet Dinner! 


Grand BlueWave Shah Alam
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Reservations: 03 5511 8811
Price: RM89++ (dewasa) , RM50++ (kanak-kanak dan warga emas 55 tahun ke atas)
 


Hotel Armada Petaling Jaya
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Reservations: 03 7954 6888
Price: RM85++ per person
This Ramadhan, Armada Petaling Jaya is bringing the special elements of “Berbuka Puasa” right into the Utara Coffee House. Themed “Sinar Ramadhan Al-Mubarak”, our team of culinary masters is cooking up a gastronomic storm specially for this holy occasion. Featuring International and also local favorites, guests can expect to indulge in only the most authentic method of preparation and ingredients this coming Ramadhan. 


Hilton Petaling Jaya
No 2 Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya
Reservations: 03 7955 9122
Price: First week of Ramadhan (RM99++ per person) The following weeks (RM129++ per person)
Truly a feast to all senses, break fast at Paya Serai’s well-known Ramadhan buffet which features an abundant spread of over 100 sumptuos local delights that satisfy all palates this July 2012. Live cooking stations especially the Roasted Lamb carving station are not to be missed. Pick the ingredients and watch them prepared a la minute and served in a lively and interactive atmosphere at the bustling bazaar. 


Fuzion’s @ Level 1, Sunway Resort Hotel & Spa
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya
Reservations: 03 7495 1888
Price: RM128++ per person
Immerse in a feast of gastronomy wonders at Sunway Resort Hotel & Spa. Delight in a Moroccan feast at Fuzion, which features Carved Lamb, Tagine with Safron and Couscous as well as the Middle Eastern Chef’s famous Ouzi with Saffron Rice, tantalising the palates with a sense of culture and tradition. 


Atrium Café’s @ Lobby Level, Pyramid Tower Hotel
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya
Reservations: 03 7495 1888
Price: RM98++ per person
Indulge in Authentic Malay dishes at Atrium Café’s ‘Warisan Rumpun Melayu’ themed dinner spread serving dishes rooted in tradition. 


Concorde Hotel Shah Alam
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam
Reservations: 03 5512 2200
Price: RM86.00++ per adult, RM43.00++ per child @ Melting Pot Cafe
Price: RM75.00++ per adult, RM37.50++ per child @ Grand Ballroom
Enjoy 25% discount on the first & last 3 days of Ramadan month. Senior citizens enjoy 30% discount on Mondays to Saturdays and 50% discount on Sundays
Ramadan is one of the holiest months in the Islamic calendar. After a long day of fasting, the break fast meal is very important as this is the time when one replenishes the body’s fuel needs.
At Concorde Hotel Shah Alam, we fully understand how much it takes to practice the teaching and intention of this auspicious month physically and spiritually.
Therefore, our culinary brigade at Melting Pot Cafe and our guest chefs headed by Mak Deli are busy whipping up an enthralling feast of authentic Padang mom’s cooking ‘Salero Bundo’. Indulge in her signature dishes such as the ever popular Gulai Urat Kaki Lembu, Satay Padang, Ikan Bakar Berempah and many more!


Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya
Off Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Reservations: 03 8210 2222
Price: RM88++ per adult, RM45++ per child (4 – 12 years) @ Café Lavista
Price: RM75++ per adult, RM37.50++ per child (4 – 12 years) @ Harmoni

Let get together and give a helping hand to those in need. Indeed, the Ramadhan month is a month of giving, caring and performing good deeds. Fulfil your obligations and cravings by savouring our great tasting delicacies from all over the world at Café Lavista and Harmoni. Only 27 minutes from Kuala Lumpur to an enjoyable dining experience with family, friends and colleagues. Hurry! Seats are limited. 


Grand Dorsett Subang
Jalan SS12/1, Subang Jaya, Selangor
Reservations: 03 5031 6060
Price: RM100++ per person at Selera Bonda, Terazza Brasserie | RM95++ per person at Citarasa Malaysia, Melati

Guests are eligible for a 20% off when dining on the first three days and last three days of the holy month.
Grand Dorsett Subang showcases unlimited wide plethora of local and international cuisine for your dining indulgence throughout the holy month of Ramadan. 


Palace of the Golden Horses
Jalan Kuda Emas, MINES Wellness City, 43300 Seri Kembangan
Reservations: 03 8944 3484
Price: RM98++ (Adult), RM48++ (Child), RM 68++ (Senior citizen 60 years old and above)

Free 1 person for every 4 full paying guests 


Première Hotel
Bandar Bukit Tinggi 1/KS6, Jalan Langat 41200 Klang
Reservations: 03 3325 6828
Price: RM85++ (Adult) | RM70++ for first or last week



 Impiana KLCC Hotel
13, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Reservations: 03 2147 1111
Price: RM108++ per person (RM20 off – first 3 days and last 3 days of Ramadan)

Celebrate the holy month of Ramadhan with our sumptuous and mouth watering delicacies exclusively prepared for you and your loved ones. 


The 39 Restaurant @ PNB Darby Park Executive Suites Hotel, Kuala Lumpur
10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Reservations: 03 7490 3939
Price: RM99++ (Adult)

Throughout this Holy month of Ramadan, PNB Darby Park offers special promotion for group bookings as we invite you to breakfast with your family, friends and associates that is simply rewarding! Special promotion, “9+1” – For 9 persons dine, 1 person gets to dine for absolutely free. This offer is valid from 23 to 27 July 2012.

Monday, July 23, 2012

cawangan shaklee di Malaysia

salam..

kepada kawan-kawan yang berminat mahu membeli sendiri barangan SHAKLEE di mana-mana cawangan SHAKLEE berhampiran, berikut adalah senarai alamat untuk rujukan.

JIka kawan-kawan tidak mempunyai ID SHAKLEE sendiri, boleh gunakan ID saya untuk membeli dengan harga ahli.
Sila SMS saya, 012-3640360 untuk dapatkan ID saya.

  • Subang HQ : A-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan. Tel : 603-5622 3188
  • KL Branch : 31 Jalan 2A/27A Section 1 Wangsa maju Setapak, KL. No tel 03-41426442
  • Penang Branch : A-2 Jalan Todak Pusat Bandaraya Seberang Jaya , Perai. No tel 04-3974325
  • Ipoh Branch : 32 Medan Istana 1 Bandar Ipoh Raya , Ipoh . No tel 05-2418260
  • Johor Bahru Branch : 14 Jalan Molek 1110 Taman Molek , JB. No tel 07-3525188
  • Kota Bharu Branch : 319 Section 25 Bandar Kora Bharu Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu. No tel 09-7478688
  • Kota Kinabalu Branch : Lot 7, Ground Floor Wisma Damai jalan Damai Luyang Kota Kinabalu. No tel 088-272087
 Selamat membeli.


Monday, July 9, 2012

I'm shaklee independent distributor...




salam u ollss....


nak bagitau saya  dah terjebak menjual vitamin shaklee...

why shaklee? nanti saya  cerita ikhlas dari pengalaman sendiri..

iklan 1:

Bagi yang sedang mencari supplement untuk diri sendiri, suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak dan insan yang anda sayangi, Shaklee menawarkan pelbagai pilihan vitamin yang sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN, sentiasa MESRA ALAM....

Antara set vitamin yang disediakan: 

Set vitamin untuk IBU MENYUSU( terutama bagi ibu yang bekerja dan ingin menambah stok susu)

Set vitamin untuk IBU MENGANDUNG ( trimester I/II/III) Set vitamin untuk IBU BERPANTANG
Set vitamin untuk BERPUASA
Set vitamin untuk KURUS
Set vitamin untuk KULIT CANTIK
Set vitamin untuk KESUBURAN / PENJAGAAN DALAMAN WANITA
Set vitamin untuk LELAKI
vitamin untuk KESIHATAN TULANG,JANTUNG, PENCERNAAN, HATI, MATA

Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel.

untuk keterangan lanjut dan sila PM saya atau sms 012-3640360 atau email mahani.masran@gmail.com.

Note: Setiap pembelian dari saya, anda akan menerima jadual,cara makan vitamin,tips ekslusif dan consultation percuma.

 

credit picture from nurul

Wednesday, July 4, 2012

kepulangan yang dinanti....



 aku pernah dengar nasihat fadzilah kamsah dalam radio...menurut beliau, jika kita membiarkan ibu bapa kita rindu dan ternanti-nanti panggilan atau kepulangan kita,dikhuatiri kita akan tergolong dalam anak derhaka...

aku mengaku,aku jarang telefon mak abah aku apatah lagi mak abah mertua...insya-allah, aku cuba berubah....

 sabtu ahad, hari cuti aku...en.suami hanya bercuti hari isnin...untuk kami pulang ke kampung bersama agak susah..melainkan antara kami minta cuti tahunan... isnin lepas, aku amik cuti dan balik kg.sempadan,pahang....betolak balik 9 pagi,sampai tengahari,balik KL semula 9 malam....

 sebelum balik, aku minta maaf dekat mak abah mertua sebab balik sekejap je... dan mak mertua aku cakap sesuatu yang hingga hari ini masih terngiang2 di kepala aku..
 " takpelah balik sekejap pun, janji balik tgk mak abah dekat kampung"
 dan aku tgk mak abah mertua aku senyum bahagia......

 bertuahnya kalau ada kawan-kawan duduk dekat atau tinggal sekali dengan mak abah... tapi bagi yang jauh...selalulah telefon dan kalau berpeluang, baliklah ke kampung..bukan wang ringgit yang ibu bapa kita harapkan...jangan jadikan wang ringgit satu halangan, ikhtiarlah..insya-allah....

 dan sabtu ni,en.suami dah amik cuti plak..utk menggembirakan mak abah aku plak...
 hidup suami isteri kan kene ada tolak ansur..insya-allah...

 nota kaki cagu: lagi 4 bulan bakal bergelar ibu dan ayah..nebes giler!!

Monday, June 18, 2012

budak adalah paling jujur berkata-kata

situasi 1

iman: auntie ni, gemuk la...
aku : auntie gemuk sebab ada baby dalam perut...
iman : oh ye ke..(sambil bercakap dengan sepupu dia)..auntie gemuk sebab ada baby la...
aku: (dalam hati..auntie memang gemuk kalo tak mengandung pun)
en.suami : kecik hati la tu orang cakap dia gemuk
aku : takda maknanya...

situasi 2

aku,mak,kakak,adik nak pegi pasar malam tanpa membawa budak kecil..

mak fasha:fasha tak payah la ikut pegi pasar malam, fasha kan pening..nanti kat pasar malam fasha nampak semua orang terbalik
aku: fasha ikut la atuk pegi kedai...
fasha : ok...fasha ikut atuk pegi kedai la...

3 jam kemudian, kami pun balik dari pasar malam. belum pun sempat kami turun kereta..

fasha : mama! mama!  fasha pegi kedai dengan atuk tadi...fasha takde nampak orang terbalik pun, semua elok je...
(fasha  bercakap pelat, 2-3 kali kami suruh ulang apa yang dia kata,sebab kami tak faham..huhuhu)
aku: tu maksudnya fasha dah sihat, tak pening da...

situasi 3

malam tu, fasha pening lagi...sambil menangis-nangis..

baba fasha: kalau sakit kita kene bertenang dan bersabar, kalau menangis akan bertambah sakit...

fasha pun tidur dalam kesakitan....sehingga esok pagi pun masih sakit...
tiba-tiba lepas makan nasi lemak, fasha kembali sihat seperti biasa..dah tak pening...bercakap seperti biasa...

aku: fasha tak pening lagi ke...
fasha: fasha dah tak pening..semalam baba kata kalau sakit kita kene bersabar....
aku :  memangla..kalau kita sakit kita kene bersabar dan jangan menangis..kalau menangis nanti lagi bertambah sakit...ingat Allah banyak-banyak..
fasha : fasha dah bersabar la...(sambil makan mangga cicah petis dengan selambanya..)
aku : ok.(aku tak pasti samada dia faham maksud bersabar itu atau tidak)


Tuesday, June 12, 2012

widad

masa mula dengar nama widad, anak saudara cik semah...rasa suka sangat nama tu...tapi tak pernah search apa maksudnya...

sampailah  hari ini, google nama bayi perempuan..

widad = kasih sayang

mcm biasa...sms en.suami

sms aku :ayg jumpa nama sedap, widad maksudnya kasih sayang

sms en.suami : kalau diterjemahkan dari bahasa inggeris ke melayu = " kami mati "

*****dalam hati gelak dulu,pastu rasa geram plak kan*****

sms aku : takde org terjemahkan macam tu la...

*****sms tamat*****

widad bole jadi "we dead"....

bykkan la bersabar mahani...syurga di bawah tapak suami.... :)

Tuesday, June 5, 2012

pagi yang keliru


Pagi ini, aku sampai di parking ofis dengan rasa yang sangat keliru..
bila tengok seorang perempuan yg aku rasa bukan dari golongan OKU dengan selamba parking di tempat OKU..kalau memang dah takde parking dekat situ aku boleh la terima, tapi ada 4-5 parking kosong lagi berhampiran..
please la weh..pada pandangan aku, kau akan kelihatan bodoh,walaupun kau cantik,bila ko parking dkt OKU walhal kau bukan OKU dan nampak lagi bodoh kalau kau buang tisu lap mulut or lipstik ko ke luar tingkap kereta...Jadi manusia biar ada rasa TANGGUNGJAWAB la weh!!!

ini adalah signboard parking untuk OKU(orang kurang Upaya)..

Wednesday, May 23, 2012

bercuti di tanah tinggi

weekend ni akan ke cameron highland!!!! 

sebelum ni hanya bercuti berdua bersama suami,tapi kali ni agak meriah..pergi dengan makabah mertua dan abg ipar dan keluarga nya....sempena cuti sekolah...kami akan bergerak dari pahang melalui felda sungai koyan...perjalanan mengambil masa 2 jam dari Benta..semoga perjalanan kami nanti selamat!

ada beberapa tempat yg kalau boleh nak pergi jugak kali ni:

1. ladang teh boh sg.palas , sambil duduk minum teh dan menikmati pemandangan.masuk kilang pemprosesan teh.

 inilah tempat yang dimaksudkan...minta-minta jalan masuk tak jem...

2. time tunnel museum , tak pernah masuk sini walaupun dah banyak kali dtg cameron..


3. pasar malam brinchang...shopping!