CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Tuesday, May 26, 2009

manusia mudah terpengaruh - jangan sangkal - ia nyata..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dunia realiti...demit,so cute...

Monday, May 25, 2009

dua lagu kegemaran..layan penuh perasaan..

alyah-Tak mungkin kerna sayang

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Rossa feat. Pasha Ungu - Terlanjur Cinta

waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema
mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan

malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

reff:
aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta

mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

Tuesday, May 19, 2009

Selangkah setahun jagung


Humaira da berjalan...humaira da makin bijak...Humaira da setahun..

"Happy Birthday My Angel,Humaira"

Note:
Nanti bila Humaira da pandai membaca dan menulis..
achikani ajar buat blog k..ataupun humaira tolong update blog ummi je la ye..

Thursday, May 14, 2009

Life Is Not By Chance but By Choice..


sempena hari jumaat ni aku nak berkongsi ilmu pasal Solat Istikharah...

kalo kite dengar org cakap pasal solat istikharah..mesti orang cakap solat itu kita buat masa nak memilih jodoh...sangat sinonim dalam nak buat keputusan memilih bakal suami/isteri...tapi sebenarnya, solat ni skopnya sangat-sangat luas..

Kita hidup di dunia ini bukan terletak pada nasib tetapi kepada pilihan....
sebab itu Allah suruh kita memilih..tapi perlu ada toleransi dalam memilih..

kita berhak...
memilih untuk berjaya dalam kerjaya...
memilih jalan bahagia..
memilih pasangan hidup..
memilih pemimpin kita..
memilih nak beli rumah apa...kereta apa...
macam-macam yang kita bole pilih dalam hidup ni..ALLAH itu maha adil kepada umatnya..

aku mengaku..yang aku ni wajib pun rongak,apatah lagi yang sunat..tapi tak salah kan kalo aku berusaha mohon petunjuk NYA..AMIN..

Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Thursday, May 7, 2009

Sesekali berjumpa ..itu sudah BAGUS!!

cuti hari buruh lepas aku menerima kehadiran 4 orang buruh dari KL datang untuk bercuti di PENANG...Aku memang berharap sangat korang datang sini especially kak ejot yang tak pernah pegi penang lagi..amacam,best tak Penang & kulim?

tapi KL lagi best la kan untuk berlibur..ehh..bukan..berHIBUR..

kalo pegi penang,kene rasa naik FERI..pastu lalu jambatan pulau pinang..semua ini kategori perkara WAJIB! kalau tak,kire lawatan ke penang adalah sgt tak bermakna..

ampunkan achik ani..nak pegi bukit bendera,tapi terpaksa pusing jalan yang sama 2-3 kali..sila salahkan jalan kat penang..signboard kurang jelas..lepas tu semua nak sehala...kesian korang tak jumpa PENANG FREE SCHOOL kan..bukit bendera dah macam kat bangladesh..so,terpaksa la dilupakan hasrat nak naik bukit bendera..jalan-jalan kat GURNEY mall lagi heaven kan..ada aircond..padahal sendiri nak window shopping..
layan wolverine,gua tidur sekejap beb!!

apsal..aku kuar ngn korang..kiri kanan pun aku confuse..hampeh..

paling aku tak bole blah, ali buang sliper kak ejot masa kat traffic light..korang memang gile!! aku yang kene kutip..



Terima Kasih sahabat!


baju putih...sandal merah?? fashion criminal ke aku ni..

agak-agak ada orang nak marah tak??

Monday, May 4, 2009

Hari SUKAN @ stadium batu kawan

aku memang da lama tak pergi hari sukan sekolah.last 2 weeks aku menghabiskan setengah hari berpanas kat stadium batu kawan.1st time masuk stadium ni,rasa nak lari satu stadium..

anak buah aku farah,fairuz & alif..alif main sukaneka..aku duduk tepi bagi sokongan padu kat die..dapat no 3..bole la kan..

aku seperti seorang ibu yang beratur bersama anak dalam kepanasan.kecik-kecik je bebudak ni.masa ni la aku rasa macam aku da tua gile..da patut ada anak ni..huhuhu

alif da ada girlfriend..alif ni dekat rumah punya la manja.dekat sekolah,macho gile.panggil die pun buat dek je.aku peluk2 die,die malu-malu,pandai belakon..ni ikut perangai sapa ni??..comel gak bakal menantu kakak aku..hehehe..dengan bakal achik ani die pun sopan jek..calon yang sesuai ni..tunggu beso ye alia,nanti makcik datang meminang..ahaks...

anak buah aku yang sulung,fatin amik hadiah ke-3 lontar peluru..wah,tangan kakak memang sesuai lontar..kalo mengamuk kat rumah,semua benda dia nak baling..syabas kakak!!

sukan sekolah kat stadium negeri batu kawan,,,kelas gitu...da la panas..takde bumbung..tapi kalo tengok bola kat sini,mesti best..meriah..

farah tengah dukung fasha..bagus farah ni..pandai jaga adik..sambil makcik & maknyer bergaya ala-ala gadis litar..hehheheh..panas weh..

itu la cerita sehari berpanas di BATU KAWAN..

Sunday, May 3, 2009

Tak semua yang kita suka,,orang akan suka kan..


bermulanya disini...


dan berakhir disini...

Tak dinafikan suara aweera sedap..esther pun ok..tapi adat setiap pertandingan hanya ada seorang pemenang..

Tomok juara OIAM 3..