CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Monday, January 30, 2012

play chess...

semalam sahabat baik berkata

" saya suka main chess, sebab bermain chess ibarat anda sedang mengatur strategi hidup"

semalam aku dengar dia becerita dgn kusyuk pasal chess...

sumpah!!! (apsal ko tetiba nak bersumpah kan? )
aku tak pernah tahu atau nak ambil tahu tentang permainan chess, dan pagi ini aku google cheese...

cheese = keju ye tuan puan...

dan sekarang, aku mahu ambil tahu apa itu chess!

Tuesday, January 17, 2012

It's about life!



rindu laut..rindu ombak..

Wednesday, January 11, 2012

Bawa beristighafar

tadi aku marah..marah kan siapa..tak perlu tahu.
yang pasti marah yang meninggalkan luka..

kalau aku sedang marah.aku akan diam. berkata-kata hanya mengeruhkan keadaan.
Maki hamun,sumpah seranah,bukan cara aku..
diam jalan terbaik.
sampai bila?sampai aku rasa aku dah tak marah.

tadi masa aku marah, emosi menguasai pemikiran aku sekejap.
aku urut dada,beristighfar dan aku cuba tersenyum.

Alhamdulillah.

amik handphone.sms seseorang."saya dah tak marah, hati saya dah ok"

emm..tapi aku rasa,esok kalau dia call? mungkin aku tak angkat :) haha

note: dia - bukan suamiku..tak mau jadi isteri durhaka.tak cium bau syurga.