Lepas kawen mesti orang tanya...honeymoon kat mana???
haha..malu i nak jawab ( sebab aku rasa macam umpama orang tanya aku "bersama" dimana)
aisyy..maaf kawan-kawan yang tak kawen lagi..ayat cenderung ke 18SX...
destinasi bajet bulan madu pertama, naik genting highland. Aku malas nak masuk outdoor, sebab kami dah masuk 7 tahun lepas dan semua game sama je.takde pertambahan,pengurangan game ada la. Balik2 nanti aku naik ulat keliling genting. Malas aku nak berhimpit dengan bangla-bangla, busuk.
benda baru yang WAJIB pergi ialah MUZIUM. baca dan tengok sendiri bagaimana Lim Goh Tong membina Genting Highland. sungguh berinspirasi!

Gambar rapat 1,belakang itu bukan muzium.
Next!!! Bukit Fraser.
Memang sesuai untuk kempen bumi hijau. Memang tenang, kalo kentut orang seberang jalan boleh dengar la.

kata honeymoon, mesti mau amik gambar rapat-rapat.konsep pakaian muslim & muslimah sebab lepas tu nak pergi jabatan agama islam kuala kubu bharu, sijil nikah da siap.

aku pun tak faham kenapa aku mahu makan ais krim potong dekat tempat yang sejuk dan berkabus..sedap & sejuk!
Next!!! Bukit Tinggi. Penat naik bukit. Ginilah pengantin berumur, naik bukit pun dah tak larat kekdahnya. Benda lain larat la...eh...maaf.

Breakfeast paling mahal nih, harus makan hingga ke titisan terakhir. Takde yang murah kat Bukit Tinggi nih! Sila bawa duit lebih.

OK.gambar rapat-rapat lagi. Bukti kami di Colmar Bukit Tinggi.
Yeahhh...Cameron Highland!!!!
Destinasi kesukaan aku..Aku dah pesan kat en.suami, kalau aku merajuk teruk satu hari nanti,cari aku disini.cewahhhh!!!

Ladang Teh yang tutup hari isnin..dan Inilah alasan kami untuk pergi lagi. Apalah ertinya pergi cameron tanpa minum teh sambil menikmati pemandangan ladang teh.Insya-allah kalau ada rezeki nak beli sebiji rumah dekat sini.Buat homestay.Amin.
OK.semua tanah tinggi yang glamour kami dah pegi. Next trip, kita pegi bercanda di tepi pantai pula.Insya-allah.