CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Friday, September 28, 2012

Bantal dan tilam kekabu untuk bayi

aku memang suka tidur guna bantal kekabu...masa aku kawan,mak aku dah buatkan 2 biji bantal kekabu yang gebu dan sangat selesa untuk bilik pengantin...sampai pindah rumah sendiri,2 biji bantal tu memang aku bawa sekali...

apakah kelebihan bantal kekabu? "Ia lebih selesa dan sejuk berbanding serat sintetik atau span yang menyebabkan pengguna berasa panas atau berpeluh di kepala.Selain itu, tilam kekabu juga baik untuk mereka yang mengalami sakit belakang kerana gentiannya lembut dan semula jadi."

Sebagai persediaan awal, aku daripada memang bercadang nak beli tilam dan bantal kekabu untuk anakku. Untuk adik aku dulu , mak aku belikan 2 guni kekabu untuk adik aku buat set tilam bayi. Tapi, untuk anak aku ni, mak aku agak sibuk...jadinya...aku memilih untuk membeli yang ready made...rupanya ada banyak set tilam kekabu yang cantik-cantik diluar sana...





Untuk set tilam sahaja, harganya RM230
Untuk set tilam + comforter, harganya RM280
Untuk set tilam + comforter + postage, harganya RM300
Terpulang pada bajet masing-masing... tapi aku tahu tilam kekabu memang sangat istimewa..

Set tilam untuk anakku, sudah sampai...sangat puas hati..walaupun ada sedikit kerosakan..tapi littledje dah pun menggantikan dengan yang baru..
inilah rupanya set tilam dan bantal daripada kekabu untuk anakku nanti...tidur dengan selesa ye anakku!! 
beli disini : http://littledje.com


Wednesday, September 5, 2012

Doa untuk anak dalam kandungan


Doa yang ibu hamil boleh amalkan selalu.