Selamat berpuasa semua...Tahun ni berbeza dengan tahun lepas sebab dah ada widad..
makan macam nak berperang...tahun lepas duduk dalam perut elok je..
Sekarang widad dah pandai bermain dengan emosi..kejap merajuk..kejap suka..kejap marah..pastu gelak...
Paling tak bole tahan kalau dia nak susu!!
semua orang pun cakap...widad ni semua ok..tapi kalau menangis nak susu tu yang tak boleh blah!
ikut perangai siapalah tu!
Buffet 2013 dimulakan di Restoran Istana Bambu...of coz!!! dah suami chef dekat situ kan...
Kawan-kawan saya cakap - Sedap dan nak datang lagi.
Komen saya - selagi encik suami kerja dekat situ, memang akan datang lagi. haha.
Juadah yang disediakan
- pelbagai jenis kuih muih ( kami hampir rasa semua kuih, dan sedap!)
- lauk pauk spt siakap sweet sour,butter prawn, beancurd , sotong goreng ikan masin , ulam-ulaman, tomyam , daging salai masak lemak , dan macam-macam lagi la.
-gerai yang disediakan kambing panggang , cucur pisang/lekor/tepung, mee kari, keow teow, sate
- air panas / sejuk , ABC , Cendol , Ice- cream
Selamat Menjamu Selera di Bulan Ramadhan!