CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Monday, September 30, 2013

sweet

cerita dulu-dulu.

awal-awal bercinta dulu, en.suami selalu bagi 3 ketul ferrero rocher setiap kali jumpa. rasa sweet sangat masa tu.

kalau sekarang minta, dia cakap tak elok untuk kesihatan."tak suka manis-manis" katanya...

Dulu- dulu , Ferrero Rocher tu tak manis ehh..??


Thursday, September 19, 2013

telekung cantik

Achik ani nak beli telekung baru...sekarang ni memang in trend telekung warna selain putih...kalau dulu asal telekung,putih la warnanya...asal putih mesti ingat telekung gitewww...

so, achik ani pun tak nak ketinggalan la ikut trend ni kan...kata nak vogue KAN...tapi rasa-rasanya bila pakai telekung warna-warni, letak lace bagai akan mengganggu orang lain nak solat tak? ke biasa je...takut plak nanti dikatakan riak pakai telekung vogue...padahal rasa biasa je...

kalau pegi keluar jalan-jalan nak cantik, kalau mengadap Allah nak rasa cantik jugak..boleh kan?? kan?? kan?? Lagi mau tanya kan...padahal kalau dah rasa cantik tu,selalunya jarang-jarang nak dengar pendapat orang, mesti mau beli...

 

cantik bangat!!

Tuesday, September 10, 2013

Tips aku atasi stress ketika jalan jem

Dulu-dulu, masa duduk kat Kulim.memang tak kenal apa itu traffic jem. kulim sangat tenang hokayyyy...tapi, kalau tetiba jem tu, samada ada kilang terbakar, ada accident dan semua orang sibuk nak tengok atau kejadian pokok-pokok tumbang atau dahan yang patah dek sebab ribut...owhh dan tak lupa juga jika ada pasar malam atau pasar ramadhan...selain tu, kulim memang sesuai untuk diduduki oleh orang-orang pencen yang nak hidup tenang dan bahagia.

Sekarang, bila duduk di kota metropolitan yang serba moden,canggih-manggih, shopping complex yang tumbuh melata,rumah kos mewah yang gile cantik berbentuk urban yang hanya mampu dimiliki oleh orang yang kaya nak mampus sampai duit tak tau nak buat apa,jadi belilah rumah 3 tingkat yang banyak kaca yang harganya nak dekat RM1 juta. Semua ketenangan itu semakin pudar dan hilang.

tips dibawah sesuai untuk atasi rasa perasaan yang tak elok,seperti dengki dengan rumah orang kaya, marah sebab banyak gile kereta atas jalan raya,maki hamun sebab jalan banyak lubang taik dan mengumpat siapa yang mencipta jalan 4 lorong tetiba jadi 2 lorong dan semua orang nak cepat sebab nak masuk opis padahal sampai opis bukan terus buat keje,makan nasi lemak dulu. :)

Berikut adalah tips dari achik ani:

1. sebelum memulakan perjalanan, sama-sama angkat tangan berdoa dan baca doa naik kenderaan. contoh doa yang achik ani amalkan " Ya Allah, permudahkan perjalanan ku ini.Amin" Ringkas dan padat. Jangan lupa ajak penumpang doa sekali(kalau ada).

widad dan upin..jom sama-sama baca doa.

2. Fokus kepada pemanduan, abaikan pemandangan alam sekitar seperti rumah orang kaya, kemalangan dan elakkan memandang pemandu belakang melalui cermin. sebab kalau hensem sangat, kita boleh hilang focus.

3. Pastikan ada makanan dan minuman di dalam kereta. Seperti nasi lemak,karipap, air tin nescafe, air mineral. JIka tiada, singgah lah dimana-mana stesen minyak dan di gerai makcik jual nasi lemak di tepi jalan. aroma nasi lemak mampu menenangkan anda.percayalah!

4. Setiap kali anda rasa nak marah,sebab kereta depan tak bagi signal nak masuk lorong anda.Minumlah seteguk air mineral, In Shaa Allah membantu.Kalau lebih 10 orang, memang kita boleh kenyang minum air mineral je..terus boleh diet. Alhamdulillah.

5. Tolong bagi signal jika nak tukar lorong. lepas tu angkatlah tangan, tanda terima kasih. Bahasa kan budaya kiteeeewwww.

6. Jika ada orang depan anda yang dah lama bagi signal tapi takde orang nak bagi laluan, apa kata anda yang bagi laluan. Pagi-pagi ni orang kata buat baik dibalas baik.

7. Kalau kesesakan lalu lintas tu, tahap melampau. Makanlah nasi lemak yang beraroma tu.Hilang stress.(Pastikan minta dekat makcik tu sudu/garfu plastik)

8. Gantikan perkataan, seperti bodoh,%&%(,(apalah2 yang berbentuk maki hamun) dengan Astaghfirullahalazim. Anda akan terus rasa insaf sekejap.

9. Ikut peraturan jalan raya, jangan langgar lampu traffic light, sila ikut arahan polis traffic yang berdiri tengah jalan raya tu.(ini untuk mengelakkan kemlangan, bila kemalangan, jalan akan jem tahap melampau)

10. Jika anda sudah sampai ke destinasi atau lebih tepat, OFFICE. ucaplah ALHAMDULILLAH.

okeh.Semoga membantu.

nota penting:
Ketika memandu waktu pagi(pergi keje) pastikan anda membuka radio kegemaran masing-masing dan layan semua lawak-lawak penyampai sambil gelak tutup mulut.Memang mampu menceriakan hari anda.
Ketika memandu waktu petang(balik keje) bukalah radio berbentuk keagamaan seperti radio IKIM. Dah maghrib  tak elok nak ketawa mengilai tak tentu pasal. Sekian.