CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Thursday, March 1, 2012

U-TURN

jarak desa maju sungai tengi ke restoran istana bambu = 91.5km bersamaan dengan 1 jam 26 minit menurut google map...

oleh kerana dah dua minggu tak jumpa suami...terasa nak jadi mithali jap..nak carikan makanan kegemaran dia, ayam tuk janggut....

sepanjang perjalanan..tak jumpa langsung key eff see..pelik..kalau tak cari tu ada je...

perjalanan yang sepatutnya sejam dah jadi 2 jam 5 min,dan jarak meningkat ke 130km.

korang pernah buat ke nak pegi KL buat U-TURN kat genting sempah?



walaupun dah pergi sejauh itu...tetap tak jumpa key eff see..huhuhu

Wednesday, February 22, 2012

alhamdulillah!

alhamdulillah...

selepas merantau lima tahun di utara...

Akhirnya..

I'm going back to KL!!!


tunggu aku kuala lumpur!!!

Kuala lumpur itu ialah sesak,jem, dan TIDAK INDAH....

tapi berada disisi suami itu SANGAT INDAH..hehe..versi isteri mithali..

dialog suami isteri yang excited:
suami: lg 2 bulan kita duduk sekali..
aku: abg dah besedia ke nak terima apa saja perangai ayg bila serumah nanti?
suami: apa la ayg ni,kitakan dah nikah.aygkan isteri abg.
aku:(diam)

Thursday, February 2, 2012

Kenapa panggil bulan madu?

Lepas kawen mesti orang tanya...honeymoon kat mana???

haha..malu i nak jawab ( sebab aku rasa macam umpama orang tanya aku "bersama" dimana)

aisyy..maaf kawan-kawan yang tak kawen lagi..ayat cenderung ke 18SX...

destinasi bajet bulan madu pertama, naik genting highland. Aku malas nak masuk outdoor, sebab kami dah masuk 7 tahun lepas dan semua game sama je.takde pertambahan,pengurangan game ada la. Balik2 nanti aku naik ulat keliling genting. Malas aku nak berhimpit dengan bangla-bangla, busuk.
benda baru yang WAJIB pergi ialah MUZIUM. baca dan tengok sendiri bagaimana Lim Goh Tong membina Genting Highland. sungguh berinspirasi!

Gambar rapat 1,belakang itu bukan muzium.

Next!!! Bukit Fraser.
Memang sesuai untuk kempen bumi hijau. Memang tenang, kalo kentut orang seberang jalan boleh dengar la.

kata honeymoon, mesti mau amik gambar rapat-rapat.konsep pakaian muslim & muslimah sebab lepas tu nak pergi jabatan agama islam kuala kubu bharu, sijil nikah da siap.

aku pun tak faham kenapa aku mahu makan ais krim potong dekat tempat yang sejuk dan berkabus..sedap & sejuk!

Next!!! Bukit Tinggi. Penat naik bukit. Ginilah pengantin berumur, naik bukit pun dah tak larat kekdahnya. Benda lain larat la...eh...maaf.

Breakfeast paling mahal nih, harus makan hingga ke titisan terakhir. Takde yang murah kat Bukit Tinggi nih! Sila bawa duit lebih.

OK.gambar rapat-rapat lagi. Bukti kami di Colmar Bukit Tinggi.

Yeahhh...Cameron Highland!!!!
Destinasi kesukaan aku..Aku dah pesan kat en.suami, kalau aku merajuk teruk satu hari nanti,cari aku disini.cewahhhh!!!

Ladang Teh yang tutup hari isnin..dan Inilah alasan kami untuk pergi lagi. Apalah ertinya pergi cameron tanpa minum teh sambil menikmati pemandangan ladang teh.Insya-allah kalau ada rezeki nak beli sebiji rumah dekat sini.Buat homestay.Amin.

OK.semua tanah tinggi yang glamour kami dah pegi. Next trip, kita pegi bercanda di tepi pantai pula.Insya-allah.

Monday, January 30, 2012

play chess...

semalam sahabat baik berkata

" saya suka main chess, sebab bermain chess ibarat anda sedang mengatur strategi hidup"

semalam aku dengar dia becerita dgn kusyuk pasal chess...

sumpah!!! (apsal ko tetiba nak bersumpah kan? )
aku tak pernah tahu atau nak ambil tahu tentang permainan chess, dan pagi ini aku google cheese...

cheese = keju ye tuan puan...

dan sekarang, aku mahu ambil tahu apa itu chess!

Tuesday, January 17, 2012

It's about life!



rindu laut..rindu ombak..

Wednesday, January 11, 2012

Bawa beristighafar

tadi aku marah..marah kan siapa..tak perlu tahu.
yang pasti marah yang meninggalkan luka..

kalau aku sedang marah.aku akan diam. berkata-kata hanya mengeruhkan keadaan.
Maki hamun,sumpah seranah,bukan cara aku..
diam jalan terbaik.
sampai bila?sampai aku rasa aku dah tak marah.

tadi masa aku marah, emosi menguasai pemikiran aku sekejap.
aku urut dada,beristighfar dan aku cuba tersenyum.

Alhamdulillah.

amik handphone.sms seseorang."saya dah tak marah, hati saya dah ok"

emm..tapi aku rasa,esok kalau dia call? mungkin aku tak angkat :) haha

note: dia - bukan suamiku..tak mau jadi isteri durhaka.tak cium bau syurga.

Tuesday, December 27, 2011

Jutaan Terima Kasih Tak Terhingga sampai Tak Tahu nak balas macamana.....



"BIG THANKS" to...

suamiku kerana sudi terima isterimu ini menjadi teman hidupmu..semoga kamu cinta terakhirku...

mak abah yang setuju dengan pilihan anakmu yang agak degil ini..

adik beradik tersayang yang sanggup melayan kerenah adik/akak yang banyak songeh ni...

keluarga mentua yang buat kenduri sambut menantu mu yang tak tahu masak ni...

sahabat baik yang membantu dari hari sebelum kahwin hingga lah ke kenduri belah lelaki...

sahabat baik selamanya yang buat kan hantaran..

sahabat baik yang datang memeriahkan majlis kenduri...datang dari jauh...dari JB, melaka , kedah samata-mata datang kenduri..kamu buat saya menangis!

sahabat baik yang sanggup meredah banjir..meredah jem...yang sesat...

sahabat-sahabat yang tak dapat hadir,,,terima kasih atas doa kamu...

Sayang kamu semua...!!!

NOTA: nak minta tolong lagi ni, tolong doakan kami cepat dapat zuriat pulak. terima kasih. Amin.