CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Tuesday, November 24, 2009

~blissfull~

semalam rasa kurang bahagia...

hari ni baca hasma senang nya dia rasa bahagia...

aku cuba cari sesuatu yang bole buat aku bahagia walaupun seketika.....


ini bukan bahagia seketika..ini beri aku bahagia sentiasa...

untuk menambahkan kebahagiaan ini..anakanda mu ber KORBAN balik ber hari raya..mak abah ada nak KORBAN kan apa-apa ke ye..

Monday, November 23, 2009

Misteri kereta bersemut....

aku dilanda misteri..

puas aku mencari...dari manakah datangnya semut-semut halus...

seekor aku picit,tiga ekor datang melihat kematian rakan mereka..

adakah kerana pemilik kereta yang kadang-kadang dilihat manis-manis masam..ini mungkin..tapi kenapa sekarang baru kau datang,wahai semut..

adakah kerana gula-gula HALLs...aku sangat pasti bukan...

adakah kerana CLORETS yang selalu menjadi mainan humaira didalam kereta..bukan juga..

adakah kerana roti yang aku makan..tapi roti itu aku memang pasti tak semanis aku..

adakah kerana air 100 plus yang tertumpah sedikit..ini aku kurang pasti..kalau betul,pasti semut itu punya tenaga seperti pelari 100 meter...

atau...

adakah kenangan yang sangat MANIS berlaku sepanjang hari minggu lepas...dan semut itu juga merasa keMANISan nya..lalu bersarang dalam kereta itu...

kalau kerana itu wahai semut...bersarang la kau dalam kereta aku selama sepanjang tahun ini..

Tahun 2010,sila berambus!

Saturday, November 14, 2009

rutin cewek lewat usia



Rugi la hari minggu bangun awal.aku mana ada tanggungjawab pada mana-mana lelaki.pagi ni bangun agak tekejut,maklum la tido lewat malam tadi menghabiskan masa berchatting.rutin pagi,sarapan dekat kedai pak long longkang bersama kawan-kawan yang semakin pupus.makan nasi lemak!mesti lemak aku bergembira dan menari-nari di bawah lengan..dem u nasi lemak!

Aku hanya bertanggungjawab pada ABU.ABU kene mandi dan wangi-wangi.ABU sekarang laki pertama aku..apa?ingat lelaki je bole ada bini pertama.makan hati la suami aku nanti bermadu dengan ABU.madu itu manis!

Entry yang lepas cuma terkena tempias pada aku.sumpah!bukan untuk aku.tapi untuk seseorang yang rapat dengan aku.jangan tanya siapa,cuma doakan dia peroleh kebaikan.kawan-kawan jangan risau.aku OK..mak OK!

Balik dari sarapan,aku sangat beremosi..dan mangsanya..seorang kenalan baru yang aku rasa aku bole bercakap apa saja dengan dia..APA SAJA..malu tapi dia je yang aku nampak..biarlah orang nak cakap apa..aku cuma mau jadi diri sendiri.

damn it!patut la teremosi,seminggu lagi.....

Tuesday, November 10, 2009

Jangan Melatah!

kuatkah perempuan bila ditimpa bencana...
lembutkah hatinya bila diri dikhianati..
redhakah dengan apa yang sudah,sedang dan akan berlaku...

aku percaya apa yang berlaku ada hikmahnya..
berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul...

Hadapi hidup ini apa adanya!