CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Monday, November 23, 2009

Misteri kereta bersemut....

aku dilanda misteri..

puas aku mencari...dari manakah datangnya semut-semut halus...

seekor aku picit,tiga ekor datang melihat kematian rakan mereka..

adakah kerana pemilik kereta yang kadang-kadang dilihat manis-manis masam..ini mungkin..tapi kenapa sekarang baru kau datang,wahai semut..

adakah kerana gula-gula HALLs...aku sangat pasti bukan...

adakah kerana CLORETS yang selalu menjadi mainan humaira didalam kereta..bukan juga..

adakah kerana roti yang aku makan..tapi roti itu aku memang pasti tak semanis aku..

adakah kerana air 100 plus yang tertumpah sedikit..ini aku kurang pasti..kalau betul,pasti semut itu punya tenaga seperti pelari 100 meter...

atau...

adakah kenangan yang sangat MANIS berlaku sepanjang hari minggu lepas...dan semut itu juga merasa keMANISan nya..lalu bersarang dalam kereta itu...

kalau kerana itu wahai semut...bersarang la kau dalam kereta aku selama sepanjang tahun ini..

Tahun 2010,sila berambus!

3 comments:

hasMania said...

atau mungkin tinggalan peluh manis kita yg menitik slps berpenat lelah menyepak angin dan kdg2 terkena bola pd minggu lps..? hOhOhO

a.c.H.i.k.A.n.i said...

sedia maklum,perempuan single lanjut usia memang sentiasa berdarah manis..tentu saja peluhnya manis..aouuuw...

Anonymous said...

Kenapa lum apa2 dah nak suruh 2010 berambus??