CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Tuesday, October 23, 2012

My baby wishlist...

My baby wishlist?? haha..sebenarnya lebih kepada Ibu wishlist...

Ada dua benda termasuk dalam my wishlist for my baby....lepas bersalin baru beli lah...sekarang ni, pakai apa yang ada je dulu...sebab, nafsu shopping lepas bersalin mungkin lebih baik..haha

baby cot
 kalau boleh nak ajar baby tidur asing dengan ibu ayah sejak dari baby lagi..lagipun, me & husband atas katil pun dah amik semua ruang..mana nak letak baby lagi kan...dari sebelum mengandung,aku ada 7 bantal atas katil..kalau letak baby lagi, takut plak ada yang tertindih..huhu..

simple je kan baby cot ni,its from ikea..harga pun berbaloi...



soft structured carriers
 plan nak beli SSC from jumpsac , masa pegi expo baby terjumpa tuan kedai jumpsac ni.She show me on how to wear the SSC and at the same time she carry her baby using the SSC.baby dia tidur dengan sangat-sangat selesa... kain dan jahitan nya sangat pun cantik dan berkualiti,sesuai dengan harganya :)..husband cakap harga dia mahal(buat-buat tak dengar je masa ni)..
SSC ni sesuai untuk 3 month to 3.5/4 month years old baby..



I want this!! Ballerina Shoes on Aubergine Straps

Babymoon
kecewa sangat sebab rasanya tak sempat pun nak pegi bercuti ke mana-mana sebelum bersalin...plan sebenarnya nak stay dekat Philea Resort and Sp Melaka...mungkin lepas bersalin la kut...


Aku memang suka pergi bercuti kat melaka,tak pernah rasa jemu..mungkin sebab melaka adalah tempat dimana me & husband berjumpa..;P

Tuesday, October 9, 2012

urutan perineum

Dalam kelas antenatal hari tu, ada satu sessi menceritakan pasal urutan perenium dan demo..urutan ini bertujuan untuk memudahkan proses kelahiran dan mengelakkan episitomi...aku dapat rasakan urutan ini penting untuk diamalkan dan aku perlu mencuba...samada berkesan atau tidak,bagi aku belakang kira...

Apa itu Perineum ?
perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur
(silalah google sendiri untuk tahu lebih detail..:P)

Apa itu episitomi?
Episiotomi merupakan pembedahan kecil yg dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yg lebih besar bagi memudahkan bayi dilahirkan dan membolehkan bayi melaluinya dengan lebih mudah.

Urutan Perineal(sumber majalah PaMa)
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Teknik urutan perineum
1.  Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.

credit to sekilass


untuk lebih jelas cara yang betul untuk buat urutan perineum, sila la tgk youtube ni..

More info : http://www.oxfordradcliffe.nhs.uk/forpatients/090427patientinfoleaflets/090924perinealmassage.pdf

Perineal Gel from Mothercare


Antaranya minyak yang digunakan ialah minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain.sebab aku tak berapa yakin dengan minyak-minyak ini, aku google dan terjumpa pasal perineal gel yang aku rasa lebih yakin nak guna.

Terbaca pasal perineal gel daripada blog ini..terus aku search cawangan mothercare yang terdekat,call mothercare alamanda untuk tanya ada stok atau tak..petang tu jugak aku terus pegi ke alamanda semata-mata beli gel ni
nasihat aku, better call dulu takut takde stok..sebab ini dah macam jadi hot item...
harga: rm36
check store locater di sini 

daripada pengalaman, memula buat tu agak sakit...tapi lepas tu dah rasa ok..boleh juga minta tolong suami yang urutkan :)

Semoga proses kelahiran di permudahkan..amin!





Monday, October 8, 2012

kelas antenatal di hospital ampang

Adakah perlu menghadiri kelas antenatal? Bagi aku, yang pertama kali menjadi ibu..adalah perlu...why?
banyak ilmu yang kita boleh dapat selain dari membaca di internet atau dengar2 cakap orang...
masa aku attend kelas ni, pasangan doktor pun ada masuk sekali kelas ni ye....dan hanya ada 10 pasangan je dalam satu sessi..so, banyak soalan dan lebih tumpuan kita boleh dapat...lagipun kelas ini adalah PERCUMA!!!

 me in the class...mostly yang datang semua 1st time nak jadi ibu & bapa..

aturcara : (8.30am -1pm)
ceramah 1: pengenalan mengenai kehamilan, proses bersalin & perancang keluarga
ceramah 2: pemakanan ibu antenatal & postnatal
ceramah 3 : persiapan bersalin
 minum pagi.....masa untuk en.suami merokok..huhu
ceramah 4: penyusuan susu ibu ( hospital ampang adalah hospital rakan bayi, SAY NO TO FORMULA MILK!!)
ceramah 5: urutan perenium (masa ni penceramah letak patung dekat depan dan suruh kita demo, aku nak je pegi, tapi rasa sgt segan pada suami2 org,kalau semua perempuan,memang aku tak malu..huhu)
ceramah 6: Demostrasi senaman antenatal & postnatal

 me during the antenatal exercise..ini masa kene buat senaman kemut2x..huhu

lawatan ke dewan sebelum bersalin, labour room, dewan lepas bersalin, wad kecemasan dan wad pendaftaran. ( masa ni tgk labour room terus aku rasa berdebar-debar..hehe)

sesiapa yang berminat nak join antenatal class 03-42896087 (Klinik O&G, Hospital Ampang).
class ni weekdays sahaja.

more info : refer blog ni


Thursday, October 4, 2012

36 weeks..almost there!

kandungan sudah berumur 36 minggu....

alhamdulillah...keperluan gegirl dan ibu dah hampir dipenuhi..maybe i can say 80% completed...

and now...persediaan rohani, mental dan fizikal je perlu dimantapkan...takut nak bersalin? perasaan tu memang ada...tapi walau apa pun, itu perkara yang perlu di lalui oleh setiap bakal ibu...

bak kata dr.fauziah masa pergi kelas antenatal dekat hospital ampang, melahirkan anak itu memang SAKIT....

sekarang ni apa yang sangat penting...doa,tawakal dan berfikiran positif sentiasa....

kawan-kawan, Doakan proses bersalin aku nanti, dipermudahkan.
Mohon ampun dan maaf jika ada salah silap.

abaikan keadaan sekeliling..gambar diambil di surau office..beso nyer kau mahan!
tak sure muka ada perubahan atau tidak...orang kata dah nak bersalin ni, hidung makin kembang...tapi yang pasti, mengandung ni,aku memang malas pakai moisturizer ke bedak ke..aku just spray muka dan pakai lip gloss...terus g office..ringkas!