CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Tuesday, December 22, 2009

Si comel yang cool...


Inilah si comel yang sangat cool dan sangat comel rasa macam nak bawa balik kulim...tak larat achikani nak angkat lama-lama...macamana la abah dia mampu dukung iqbal masa kami bershopping..owh..bukan kami,achikani je menyopping macam lepas ni dah takde masa nak pegi ke juru tu lagi..dan tetamu,cikdaun dan suami hanya meng'usha2'..aku rasa mereka sedang berusaha menyimpan wang untuk membeli "RONDO"..


Mereka berdua lah abah & mama kepada si comel iqbal..amacam? mana perginya kuah kalau tak ke nasi...mana pegi lemak cikdaun kalo tak ke iqbal..ahaks...


bersama uncle zam..."apsal uncle zam serabut ni"kata iqbal mewakili achikani..haha..ahaks lagi..


gambar terakhir si pipi kembung...eee...geram nyer...rasa nak kepit bulu mata dia..

note: kali pertama dengar ada orang mengandung mengidam naik beli gitar.minta-minta la masa mengandung aku mengidam nak beli rumah teres setingkat@banglo ditepi laut.amin.

Tuesday, December 15, 2009

sebelum terlupa

semasa isu mas kahwin negeri selangor naik..aku lupa & tak ingat...sekarang aku da ingat balik..hotfm pun ada bangkitkan isu ni,ramai jugak perempuan dan lelaki bagi pendapat...positif & negatif..ahh..rambut sama hitam...

"Mulai 1 Januari 2010,mas kahwin di negeri selangor ditetapkan sebanyak RM300 daripada kadar semasa RM80(anak dara) dan RM40(janda) sejak 1978."

apalah sangat rm300 tu wehh!!! kenaikan ni bagi aku takkan mengganggu langsung budget kawen sesiapa pun...
kalau kau bole beli suar jeans levis harga rm300,apatah lagi setakat tambahan rm300 untuk seorang isteri yang kau nak pakai sampai mati..akal biar panjang!

Monday, December 14, 2009

memenuhi undangan....

disember ini
...musim tengkujuh..musim hujan...musim org kawen...musim banjir..musim cuti sekolah...macam-macam musim...

...disember ini...penamat tahun 2009....


abg juzaili & wife..kawan masa keje KFC rawang..


zulkefeeri & wife...officemate...

"SELAMAT PENGANTIN BARU"....

disember ini..tahun terakhir aku bergelar wanita dua puluhan...aku sudah bersedia mental dan fizikal..age is just a number!!

Tuesday, November 24, 2009

~blissfull~

semalam rasa kurang bahagia...

hari ni baca hasma senang nya dia rasa bahagia...

aku cuba cari sesuatu yang bole buat aku bahagia walaupun seketika.....


ini bukan bahagia seketika..ini beri aku bahagia sentiasa...

untuk menambahkan kebahagiaan ini..anakanda mu ber KORBAN balik ber hari raya..mak abah ada nak KORBAN kan apa-apa ke ye..

Monday, November 23, 2009

Misteri kereta bersemut....

aku dilanda misteri..

puas aku mencari...dari manakah datangnya semut-semut halus...

seekor aku picit,tiga ekor datang melihat kematian rakan mereka..

adakah kerana pemilik kereta yang kadang-kadang dilihat manis-manis masam..ini mungkin..tapi kenapa sekarang baru kau datang,wahai semut..

adakah kerana gula-gula HALLs...aku sangat pasti bukan...

adakah kerana CLORETS yang selalu menjadi mainan humaira didalam kereta..bukan juga..

adakah kerana roti yang aku makan..tapi roti itu aku memang pasti tak semanis aku..

adakah kerana air 100 plus yang tertumpah sedikit..ini aku kurang pasti..kalau betul,pasti semut itu punya tenaga seperti pelari 100 meter...

atau...

adakah kenangan yang sangat MANIS berlaku sepanjang hari minggu lepas...dan semut itu juga merasa keMANISan nya..lalu bersarang dalam kereta itu...

kalau kerana itu wahai semut...bersarang la kau dalam kereta aku selama sepanjang tahun ini..

Tahun 2010,sila berambus!

Saturday, November 14, 2009

rutin cewek lewat usia



Rugi la hari minggu bangun awal.aku mana ada tanggungjawab pada mana-mana lelaki.pagi ni bangun agak tekejut,maklum la tido lewat malam tadi menghabiskan masa berchatting.rutin pagi,sarapan dekat kedai pak long longkang bersama kawan-kawan yang semakin pupus.makan nasi lemak!mesti lemak aku bergembira dan menari-nari di bawah lengan..dem u nasi lemak!

Aku hanya bertanggungjawab pada ABU.ABU kene mandi dan wangi-wangi.ABU sekarang laki pertama aku..apa?ingat lelaki je bole ada bini pertama.makan hati la suami aku nanti bermadu dengan ABU.madu itu manis!

Entry yang lepas cuma terkena tempias pada aku.sumpah!bukan untuk aku.tapi untuk seseorang yang rapat dengan aku.jangan tanya siapa,cuma doakan dia peroleh kebaikan.kawan-kawan jangan risau.aku OK..mak OK!

Balik dari sarapan,aku sangat beremosi..dan mangsanya..seorang kenalan baru yang aku rasa aku bole bercakap apa saja dengan dia..APA SAJA..malu tapi dia je yang aku nampak..biarlah orang nak cakap apa..aku cuma mau jadi diri sendiri.

damn it!patut la teremosi,seminggu lagi.....

Tuesday, November 10, 2009

Jangan Melatah!

kuatkah perempuan bila ditimpa bencana...
lembutkah hatinya bila diri dikhianati..
redhakah dengan apa yang sudah,sedang dan akan berlaku...

aku percaya apa yang berlaku ada hikmahnya..
berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul...

Hadapi hidup ini apa adanya!