Thursday, May 14, 2009
Life Is Not By Chance but By Choice..
sempena hari jumaat ni aku nak berkongsi ilmu pasal Solat Istikharah...
kalo kite dengar org cakap pasal solat istikharah..mesti orang cakap solat itu kita buat masa nak memilih jodoh...sangat sinonim dalam nak buat keputusan memilih bakal suami/isteri...tapi sebenarnya, solat ni skopnya sangat-sangat luas..
Kita hidup di dunia ini bukan terletak pada nasib tetapi kepada pilihan....
sebab itu Allah suruh kita memilih..tapi perlu ada toleransi dalam memilih..
kita berhak...
memilih untuk berjaya dalam kerjaya...
memilih jalan bahagia..
memilih pasangan hidup..
memilih pemimpin kita..
memilih nak beli rumah apa...kereta apa...
macam-macam yang kita bole pilih dalam hidup ni..ALLAH itu maha adil kepada umatnya..
aku mengaku..yang aku ni wajib pun rongak,apatah lagi yang sunat..tapi tak salah kan kalo aku berusaha mohon petunjuk NYA..AMIN..
Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
chaiyok!life is not simple as it seems..my blessing will always be with u..love
thanks sayang...
Redhaaaa....!!!
Post a Comment