CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Monday, September 7, 2009

layan drama melayu

Aku da habiskan semua episod Wadi Unung dalam youtube...tak sempat la nak tengok hari-hari kat astro..hari-hari melawat pasar ramadhan...balik pun da lambat..nasib baik ada orang tolong upload,kalo tak kempunan achikani..

Aku suka wadi unung tu.aku suka pondok tu...ada sawah,ada air,ada gunung..kalau tempat tu betul-betul wujud,macam nak buat lawatan je..lepak sambil baring-baring..macam azrin(eja) & fatihah(azura)..



masa aku kecik,aku & jiran aku(arwah ijam) ada jugak buat pondok untuk kami lepak...dekat ngn masjid,dalam kebun kelapa sawit..tapi takde pemandangan yang menarik..kalo baring,nampak buah kelapa sawit..duduk pun nampak kelapa sawit..kdg2 lerai sebiji dua,kene kepala aku..tapi kami buat port sekejap je,sebab ada orang lain sibuk nak join gak..pastu kami bawa haluan,main kahwin-kahwin dan main masak-masak kat bawah rumah dia.yang pasti aku ngn dia masa tu memang akan jadi pengantin,,pastu aku jadi mak,dia jadi abah...
kadang-kadang main sorok-sorok..aku ingat lagi..dulu kalo main sorok-sorok,aku akan balik umah tukar baju,seluar/skirt colour coklat..supaya sama colour ngn pokok-pokok dan tempat yang aku nak menyorok..paling aku ingat,aku menyorok atas pokok durian..dulu,masa aku ringan,aku memang suka memanjat...aku menang ok..da la masa tu pakai skirt...saje nak buat free show,seksi tuh!!!

Bagi aku,arwah ijam adalah kawan terbaik aku masa kecik..aku memang suka kawan dengan lelaki berbanding perempuan..kenangan yang aku tak boleh lupa,takkan lupa dan akan aku bawa kemana-mana ialah kesan gigi ijam pada muka aku...parut tak boleh nak hilang...arwah ijam meninggal pada hari konvokesyen diploma aku kat shah alam..paling aku terkilan,masa dia sakit aku tak pergi pun melawat dia kat sebelah rumah..mak aku ajak pun aku tak pergi..kejamkan...
entah la jauh sudut hati aku,memang aku nak tengok dia dan bersembang macam biasa,macam dia tak sakit...tapi aku tau, airmata aku akan jatuh jugak nanti....aku cuma tak sanggup nak tengok kawan baik aku menanggung sakit dan tengok aku terus menangis...sebab aku tau,kalau aku pergi jugak...aku hanya akan menambah kesedihan dia..dari jauh,aku cuma mampu doakan yang terbaik buat dia..

Semoga roh Ijam ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..Amin!

1 comment:

Coach Aura said...

akue pun layan gak cerita ni, sambil dok dodoi nashwa...