CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Thursday, May 17, 2012

16 minggu usia kandungan

fatal development - 16 weeks
info : Your baby is now about the size of an avocado (about 5 inches / 11.6 centimetres long from crown to rump and weighing approximately 4 ounces / 100 grams). In the next three weeks he'll go through a tremendous growth spurt, doubling his weight and adding inches to his length. 

1st trimister(1-3 bulan pertama) sudah berlalu, alhamdulillah takde adegan muntah-muntah diwaktu pagi, tengahari atau malam yang melampau. muntah hanya terlebih makan, tgk org muntah rasa nak muntah jugak, terlebih minum air dalam satu masa..dan kurang selera makan...TETAPI hanya berselera makan jika ianya dimasak dirumah,malah makan bertambah-tambah tanpa sedar..

 rutin pemakanan yg diamalkan:

1. aku makan shaklee supplement untuk ibu mengandung. aku rasa aku perlukan vitamin. sebab pemakanan aku tak cukup sihat dan kurang khasiat. dan alhamdulillah, aku rasa sihat dan bertenaga  sepanjang 3 bulan ni.semoga aku dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang mengandung hingga melahirkan...amin.

2. en.suami suruh makan banyak ikan, sikit ayam dan kurangkan daging. reason, kurang kolestrol dan kurang lemak..ok, kolestrol aku memang tinggi masa tak mengandung..so, aku memang takut kalau kolestrol aku naik masa mengandung ni

3. mak aku ada darah tinggi, aku berdoa sangat aku dijauhkan penyakit darah tinggi ni masa pregnant..aku dah dengar banyak kes darah tinggi datang masa megandung je..minta dijauhkan..insya-allah

4. en.suami tiap-tiap hari suruh minum air soya, reason nak anak putih..tak boleh blah..saya menurut perintah.

5. minum susu anmum materna untuk pembentukan tulang, kalsium etc ...kalau ikutkan tak nak pun minum susu, tapi bila ingat baby dalam perut, dengan rasa positif mesti nak minum susu...

6. lunch mesti mau nasi + ikan/ayam/daging + sayur ....makan nasi sekali je sehari...dan tak bole makan yg berkuah-kuah ni, amik yg lauk kering-kering je...kalo ada kuah,x lalu makan..(pengecualian makanan masak dirumah ye)

7. makan malam, makan roti putih atau buah dan minum susu..ehhh..pengecualian malam ni, tetiba mengidam maggi+telur,masak guna rice cooker..habis plak tu...tahun depan plak aku akan maggi, maggi tak baik untuk kesihatan walau kamu tidak mengandung ye...

rutin harian : setiap hari mesti mau sampai rumah sebelum pukul 7mlm..mau layan SEINDAH SAKURA, dah jatuh WAJIB plak rasanya dengan kehadiran cikgu PahrinAmat....sekian.

Sunday, May 13, 2012

cool

peristiwa 1

jam 1.30 pagi, dapat panggilan dr en.suami...masa tu tido dekat umah along dekat seri kembangan.en.suami dekat ampang..

en.suami:ayg..abg accident..
aku: haaa!!!(memang tekejut..) abg ok ke tak ni?cedera ke tak?
en.suami: abg ok..takde apa2..abg langgar motor..motor bdk tu teruk la..skrg ada kat hospital ampang hantar budak tu...
aku: tapi abg ok kan...takde apa2?
en.suami: abg OK...
aku: oklah kalau camtu...abg setelkan la apa yg patut..ada apa2 sms/call ayg...bye

terus sambung tido.

peristiwa 2

pukul 2 pagi, dengar bunyi orang mengerang macam sakit perut...en.suami kejut, ajak p klinik..doc cakap keracunan makanan...adakah keracunan itu drpd murtabak yg aku beli kat pasar malam? atau nescafe ais dan mangga yg dimakan di restoran? lepas makn ubat, en.suami muntah lagi teruk..hasil tindak balas ubat kut...yang tak patut dengan aku sekali muntah, sebab bau busuk..huhuhu..sejak mengandung ni aku sgt sensitif dengan bau2 busuk ni...

lepas tu aku terus tido.

kesimpulan
aku rasa aku tak pandai layan org sakit dan aku memang mengantuk dan kuat tido kebelakangan ni.

en.suami, mengalami trauma akibat kemalangan dan keracunan makanan. Tiada makanan dari pasar malam selepas ini,harap maklum~

Sunday, May 6, 2012

semuanya baik-baik belaka

tiada perkataan yang paling sesuai melainkan ALHAMDULILLAH...

berada disamping orang-orang yg disayangi dan tercinta..

adik beradik duduk dekat,selalu berkumpul..makabah datang KL tgk anak2..tiap2 minggu jumpa makabah...sumpah seronok tengok orang tua gembira...

berada di tempat kerja baru yang semua orang baik-baik dan sangat positif..

 perjalanan ke tempat kerja yang setakat ini sangat lancar...tiada tekanan...ampang-cyberjaya..sejam perjalanan weh..

kandungan dah masuk bulan ke 4..anak dan ibu sihat..walaupun selera makan agak kurang,perkara biasa kata-kata orang yang da jadi ibu..ok, aku tak perlu gelabah...

oh yeah..perut dah nampak seperti membuncit...tapi buncit kali ini tak perlu risau,malahan terasa cantik plak...

sekian.

P/s- tetap rindu orang-orang yang tersayang di utara.owh kulim!

6 bulan berlalu...thanks friend...

Friday, March 23, 2012

excited!!

macam-macam rasa..tapi yang pasti gembira and speechless...semua bakal ibu akan rasa macam tu ke?

ok..i'm 6 weeks...;)

benda pertama beli untuk pregnancy islah susu annum materna..

kawan-kawan, doakan saya.

dan dah dua malam mimpi bersalin..terlalu awal ke?


sangat cool!!!

Sunday, March 4, 2012

nasi lemak + ikan bakar


wajah en.suami yang riang gembira melayan isteri yang lapar makan nasi lemak dulu sebelum ikan bakar sampai..aku kalau lapar,tsunami melanda...ikan bakar ngn sotong goreng tepung je en.suami order,kedek**!

tempat ni memang best..kalau bercuti di melaka, pergi la makan ikan bakar dekat umbai ni..sodap!! kalau mak mentua lalu memang tak perasan la..kecuali kalau memang kau bawa mak mentua makan sekali,kalau kau tak perasan gak, berenti la jadi menantu...ahaks...

details click sini

masa sebakul nasi lemak sampai,en.suami boleh amik 2 bungkus nasi lemak kat dada dia sambil sengih2x..malas aku nak layan!!

tengah-tengah makan, x-boyfriend telefon dalam 10 minit bercakap..tgk ikan bakar tinggal tulang je..aku sangat yakin, en.suami sengaja je makan cepat-cepat supaya aku rasa menyesal..siap cakap,siapa suh bercakap dengan lelaki lain bila suami depan mata! kene sebijik..aku?terus diam sambil kuis2x tulang ikan..

nota: kepada x-boyfren, i dah kahwin la.i dah lupa pun hal dulu-dulu.dosa u pun i dah maafkan.dulu-dulu u memang la bunga ros,skrg u bunga tahi ayam je kat i.hihihi

Thursday, March 1, 2012

U-TURN

jarak desa maju sungai tengi ke restoran istana bambu = 91.5km bersamaan dengan 1 jam 26 minit menurut google map...

oleh kerana dah dua minggu tak jumpa suami...terasa nak jadi mithali jap..nak carikan makanan kegemaran dia, ayam tuk janggut....

sepanjang perjalanan..tak jumpa langsung key eff see..pelik..kalau tak cari tu ada je...

perjalanan yang sepatutnya sejam dah jadi 2 jam 5 min,dan jarak meningkat ke 130km.

korang pernah buat ke nak pegi KL buat U-TURN kat genting sempah?



walaupun dah pergi sejauh itu...tetap tak jumpa key eff see..huhuhu

Wednesday, February 22, 2012

alhamdulillah!

alhamdulillah...

selepas merantau lima tahun di utara...

Akhirnya..

I'm going back to KL!!!


tunggu aku kuala lumpur!!!

Kuala lumpur itu ialah sesak,jem, dan TIDAK INDAH....

tapi berada disisi suami itu SANGAT INDAH..hehe..versi isteri mithali..

dialog suami isteri yang excited:
suami: lg 2 bulan kita duduk sekali..
aku: abg dah besedia ke nak terima apa saja perangai ayg bila serumah nanti?
suami: apa la ayg ni,kitakan dah nikah.aygkan isteri abg.
aku:(diam)