aku pernah dengar nasihat fadzilah kamsah dalam radio...menurut beliau, jika kita membiarkan ibu bapa kita rindu dan ternanti-nanti panggilan atau kepulangan kita,dikhuatiri kita akan tergolong dalam anak derhaka...
aku mengaku,aku jarang telefon mak abah aku apatah lagi mak abah mertua...insya-allah, aku cuba berubah....
sabtu ahad, hari cuti aku...en.suami hanya bercuti hari isnin...untuk kami pulang ke kampung bersama agak susah..melainkan antara kami minta cuti tahunan... isnin lepas, aku amik cuti dan balik kg.sempadan,pahang....betolak balik 9 pagi,sampai tengahari,balik KL semula 9 malam....
sebelum balik, aku minta maaf dekat mak abah mertua sebab balik sekejap je... dan mak mertua aku cakap sesuatu yang hingga hari ini masih terngiang2 di kepala aku..
" takpelah balik sekejap pun, janji balik tgk mak abah dekat kampung"
dan aku tgk mak abah mertua aku senyum bahagia......
bertuahnya kalau ada kawan-kawan duduk dekat atau tinggal sekali dengan mak abah... tapi bagi yang jauh...selalulah telefon dan kalau berpeluang, baliklah ke kampung..bukan wang ringgit yang ibu bapa kita harapkan...jangan jadikan wang ringgit satu halangan, ikhtiarlah..insya-allah....
dan sabtu ni,en.suami dah amik cuti plak..utk menggembirakan mak abah aku plak...
hidup suami isteri kan kene ada tolak ansur..insya-allah...
nota kaki cagu: lagi 4 bulan bakal bergelar ibu dan ayah..nebes giler!!
No comments:
Post a Comment