semalam kristina(sale assistant bodyshop) tu tegur aku nyer white head and black head banyak...arrgggghhh...aku datang nak beli moisturizer je la...semalam siap buat facial kat aku pegi picit black head aku..sakit siooott...rasa nak tampar orang!
hari ni aku google, ada a few cara nak buang black head degil di muka...
macamana whitehead and blackhead terjadi?
refer to this blog,penerangan yang jelas..kesimpulannya, blackhead terjadi kerana liang roma tersumbat dengan kotoran dan teroksida menjadi hitam.
whitehead juga terjadi disebabkan liang roma tersumbat dengan kotoran tapi tidak teroksida kerana liang roma kecil
apa pun,aku benci dua-dua ni...
beberapa cara nak hilangkan dua benda durjana di muka ini(semua aku google)
aku rasa cara paling berkesan, wapkan muka dengan air mendidih.tujuannya untuk membuka liang roma.bila muka dah berair dengan wap.barulah kita boleh lakukan salah satu cara yang sesuai.
1. rendam tisu muka dalam sebiji telur.tampalkan tisu pada muka yang ada blackhead/whiehead.dalam 15 minit setelah kering,tanggalkan.Bersihkan muka dengan air bersih dan pencuci muka. pastikan anda menutup balik liang muka yang terbuka dengan memakai krim.(belum cuba lagi-tapi macam leceh)
credit pic to this
blog
2. sila ke mana-mana farmasi dan belilah black pore pack.dan tampalkan dihidung.15 minit,tanggalkan. At guardian,10 pieces for rm8.90. (dah cuba,tapi kat hidung je kuar,bahagian lain kene keluarkan jugak)
3. google kat
blog ni , dia gunakan BIOGLO cleansing mask..macam best..mesti cari dan cuba..product ni da google ada kat cosway,petang ni ingat nak singgah cosway sunway carnival.RM28 di cosway
more info:
Bioglo ClearPore is formulated with:
- Charcoal - Absorbs excess sebum and impurities for a clear, shine-free complexion
- Aloe, Chamomile, Cucumber extract and Hyaluronic Acid - Soothes and moisturizes to keep skin soft and hydrated during deep cleansing treatment
- Witch Hazel extract - Tightens cleansed pores for refined skin texture and to prevent formation of blackheads and whiteheads
4. ada lagi satu product BIOGLO yang macam best aku rasa..RM38 di cosway
kalau OK product BIOGLO ni,harus la aku apply member card.hahhahha!
selamat mencuba la korang ye!!!
nota kaki: jangan picit blackhead/whitehead korang dengan kuku.gunakanlah black head removal.
The bodyshop brand RM15.50. Nak yang murah,cari kat guardian/watson/sinma etc.