CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Showing posts with label Hal Nak Kahwin-Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Hal Nak Kahwin-Kahwin. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

lagi sebulan....

yes!!! (ini nada berbaur macam-macam rasa)

lagi sebulan nak jadi isteri orang...setiap kali orang tanya pasal persiapan..aku akan cakap OK je...ye,sebab aku tak nak serabut kepala...bukan ambil mudah, tapi kata-kata tu kan doa...semoga semuanya akan OK nanti...

ready or not? entah...aku nak redah je...selebihnya aku redha...kalau nak tunggu ready, tak tau bila..ready dari segi yang macamana? umur semakin meningkat...masa berjalan....

kadang-kadang aku masih bertanya pada diri? betul ke dia...adakah dia yang terbaik untuk aku?untuk keluarga aku? dan dalam masa yang sama..aku tertanya..adakah aku yang terbaik untuk dia? Jika aku mahu yang terbaik, adalah wajib aku juga mampu bagi yang terbaik...sekali lagi aku redha dan doakan kami mampu menjalani hidup bersama nanti...

kad dah siap..dan dah mula nak diedarkan...memang dah terlambat kalau aku nak kata TIDAK!



nampak tak rumah aku atas bukit..so,jangan ada rasa berani nak pakai high heel masa datang kenduri nanti ye..pesanan awal dari bakal pengantin.

Tuesday, October 11, 2011

renjis-renjis di pilis....

inai kire jatuh perkara wajib buat bagi pasangan melayu yang nak kawen...

aku memang tak suka pakai inai,sebab masa pakai tu, kaki tangan aku kebas gile-gile, nanti pasti menggelupur suruh tanggalkan inai tu..harus la makcik-makcik yang pakaikan aku inai nanti rasa nak lempang aku...

tapi, kahwin sekali je yang nak meriahkan..kene la tahan..berkorban...

en.tunang cakap "JANGAN" buat inai macam ni, tapi hakikat memang aku tak suka yang ni...nampak serabut...

lagi satu,nampak tak aku ni macam ada sinar nak jadi isteri solehah,,hahahah

serabut!!!


nampak suci murni kan!!

Drama Queen

tengok drama melayu yand memang sedih,aku begenang air mata...

baca buku kisah cinta menangis tesedu-sedu...

tengok peminta sedekah aku sedih....air mata keluar sikit kat hujung mata...

tengok makcik cleaner yang dah tua tapi terpaksa bekerja dekat ofis..pun buat aku hiba....rasa nak nangis jugak...


hati aku kuat mengatakan aku pasti akan menangis masa majlis pernikahan aku nanti,

dan aku harap,tangisan aku akan nampak comel macam minah korea dalam gambar ni...


Monday, October 3, 2011

betul-betul lupa atau tak pernah ambil tahu atau tak kisah?

hari ahad lepas, keluar dengan dua orang BFF...modus operandi,beli barang hantaran dekat parkson Gurney Mall...memang langkah kanan, parkson buat sale...alhamdulillah!!jimat!

situasi satu

me call: abang punya tahun lahir bila?
en.tunang : ayang tak tau ke? sedihnya...
me : bukan tak tau..tapi nak double confirm...
en.tunang : 1977
me: ha....betul la..ayang jumpa tali pinggang kulit ada letak 1977..nak tak?
en.tunang : cantik ke? dia ada lubang tak? abg tak nak yang ada lubang sebab nanti bla bla bla...abg nak yang takde lubang.
me: emmm..ok.

situasi dua

me call lagi : abg, seluar abg size apa?
en.tunang :size 31, kan baru beli seluar jeans masa raya hari tu...
me : owh..lupa la..
en.tunang: ayang nak beli levi's ke?
me : owh..tak la,tak mampu..nak belikan seluar khakis je untuk abang..senang nanti nak pegi kenduri ke...bla..bla...
en.tunang : size 31,nanti panjang seluar mesti 40cm lebih tau panjang die..lepas tu abg tak suka yg tetiba kecil kat bawah..nak yang lurus dari atas sampai bawah...bla...bla..
me: emm..ok...

situasi tiga

me call lagi dan lagi : abg nak dompet yang macamana?
en. tunang : abg nak yang bole letak banyak kad, nak yang kulit , tak nak PVC , nanti cepat rosak...kalau kulit tahan lama sikit..bla...bla...bla..pastu yang bole letak gambar ayang
(ayat akhir tu..so sweet kan)
me : emmmmm...ok

dalam hati....owhhhh....ada banyak benda rupanya yang aku tak tahu tentang si dia...



Tuesday, September 20, 2011

Kad Kahwin Vs Kad Nikah

sms en.tunang: kad kahwin berapa lama boleh siap?

me reply: (dengan yakin membalas)kad kawen siap lepas nikah dalam sebulan...

sms en.tunang : kad kahwin lepas nikah baru siap? nanti macamana nak jemput tetamu?

me reply : (blur sekejap)..ehhh..tesilap la..kad kawen bl0m tempah lagi...ingat abang tanya kad nikah...

see...i dah gatal nak menikah...


Saturday, September 17, 2011

simple and nice

lawatan semula ke butik pengantin di tg malim bersama bakal suami(en.sarip) berjalan lancar..Pilihan baju memang tak banyak..very limited...arghhh...tapi redha je la..dah takde masa aku nak mencari butik-butik lain dan aku da bayar deposit pun..

en.sarip ---tinggi(170++cm) dan kurus, aku fikir mesti senang nak pilih baju.tapi sebenarnya..susah jugak..banyak baju yang dicuba tangan nya pendek..seluar singkat..hahah...da macam badut aku tengok..nasib baik ada satu baju yang aku suka tu dia muat dan just nice..kire okla..
mungkin kebanyakan pegantin lelaki yang datang butik ni,ketinggian rendang-rendang..

aku---tinggi(162cm) dan gemuk(berisi terlebih dibahagian bawah..huhu)..baju yang en.sarip muat tu,untuk aku kene alter banyak..tak muat nak masuk langsung untuk aku test pakai..hangin!! seminggu sebelum kawen,test baju ikut ukuran badan kerengga ku...

selesai pemilihan baju---make up---pelamin--alhamdulillah

pakej RM1350
1. set pelamin
2. baju bersanding lelaki dan perempuan
3.makeup 1x
4.aksesori lengkap + kasut perempuan

ringkas dan simple kan??? suka sangat...(ini bukan baju aku nanti)

ada satu bakal pengantin lelaki, mak dia suruh dia cuba satu seluar pengantin..lelaki tu pun cuba seluar tu sekali dengan seluar jeans yang di tengah pakai...hahahah..agak-agak la weh,kalau kau kene paksa kahwin pun jangan la bodoh sangat....

Monday, September 12, 2011

kad kawen idaman

pernah tak masa kalau dapat kad kawen..mesti ada je nak komen...cakap tak cantik la,simple sangat lah!..besar giler!!..mahal giler!! (macam ko tau harga sekeping kan)..pastu itu ok lagi..kadang-kadang baca nama ayah,mak,nama pengantin ke...kalau rasa yang pelik-pelik,mesti gelak bedekah-dekah macam langsuir..nama tempat pelik-pelik pun gelak...pastu buang...cesss!!

tapi kad kawen kawan-kawan aku,banyak yang aku simpan...konon-konon bila time aku kawen nanti tak payah minta alamat lagi kat derang..hahaha..nan ado!!!

kad kawen impian aku mesti:

1. bajet-bajet je! kire cari yang paling terendeh dipasaran..ikut bakal suami lagi tak bole blah,dia suh bagi kertas fotostat je..apa igt aku takde kelas ko jah!! aku tak nak la dengar org gelak-gelak dan kutuk aku sebab bagi kad kawen lembik black and white..achik ani nangis nanti u olls...

2.konsep kartun

3. ada 3 color merah,hitam,putih. (ada ke yang murah bawah 50 sen untuk 3 color ni?, lautan api achik ani redah mencari)

so, tunggu je la kad kawen sampai ye...

tapi nak bagitau gak kat sini

nikah -3 dec 2011 , sanding-sanding - 4 dec 2011

kawan-kawan yang terbaca blog ni , jatuh hukum WAJIB datang!!
agak kurang ajar tak kalau aku guna sampul intel untuk kad kawen aku? sampul color putih..so suci!

Tuesday, September 6, 2011

Baju Nikah

kain baju nikah untuk lelaki dan perempuan da beli kat Jakel shah alam masa nak betunang hari tu...owh..mak tejebak! nafsu tak tertahan nak membeli...color grey..aku tak tahu la napa aku beli grey...padahal aku nak color turqoise...huhuhu..redha la..

RM500++ da pun melayang....(jangan kata kain tu mahal,nanti aku sedih..huhu)

sekarang yang jadi masalah....nak buat baju nikah tu samada kebaya atau kurung moden atau baju kurung biasa atau jubah....badan aku yang berbentuk pear ni,bahagian bawah yang terlebih isi ni,perlu disembunyikan dan yang penting nampak sesuai dan aku selesa...

1. kebaya - dalam hati ada 40% .

2. kurung moden - 50% hati nak buat baju ni..tapi kene ty pendapat kak long dan tailor yang nak jahit baju ni..samada sesuai atau tak dengan kain

3. baju kurung - ada 5% hati nak buat baju ni..tapi rasa macam biasa sangat..tp mungkin cantik..mana nak tau kan...pun kene tanya tailor

4.Jubah - ada 5%..tp pakai jubah mcm tak sesuai je dengan aku..

tunang cakap- buat je la baju apa,janji jangan yang pelik-pelik...takkan nak buat baju superwomen guna kain chiffon??


sesuai tak kami bersanding nanti? Ini bukan kain sebenar..ini percubaan..rupa-rupanya macam ni la salesgirl tu akan buat bila orang beli kain nikah..habis dililit badan ko dengan kain..kelas ko jah!

kene cari kain untuk lining..sebab tailor cakap chiffon tu lembut,tak sesuai lining keras.itulah padahnya membeli mengikut hati..kene kuar duit lagi..

baju nikah ni kene buat cantik-cantik,sebab aku nak pakai balik masa majlis bertanding..ehh..majlis bertandang la nyah...jimat!!

Nota Kaki: seelok-eloknya sebelum beli kain, berbincang dulu dengan tailor baju apa kita nak buat dan kain yang sesuai.sebab masa beli kain nikah memang korang akan rambang mata! kecuali korang orang yang kebal hatinya...

kawen 2

Bila tengok tarikh aku nak kahwin lagi 2 bulan 3 minggu, rasa macam nak postpone..cuak banyak benda tak setel....hohoho..rasa nak kawen tahun depan je la...

tapi janji tetap janji aku akan cuba selesaikan apa yang patut mulai sekarang...harus tukar ke gear 3 ni...laju2x mahan..pantas..apsal la lepas tunang aku relax je...

hahahha...rasa macam nak jadi SUPERMAK macam nasha aziz...

mak tolong!!!!!!!!!!(mak jugak ko jerit kan)

abah tolong!!!!!!!!!!( baru la nak jerit abah kan)

adik beradik ku tolong aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

rasa nak pengsan jap!

aku je ke yang rasa macam ni atau semua orang yang nak kawen memang macam ni...




selit sikit gambar aku yang gemuk ni...nasib baik baju nikah tak tempah lagi...

Monday, August 15, 2011

Kawen 1

1. Aku rasa dah sedia nak kawen.Mental.

2. Duit nak kawen, ada tapi cukup-cukup je. Jangan kau berangan nak kawen ala2 garden wedding bagai kalau bajet ciput sedut.Yang penting ko buat majlis nikah, ikhlas bagi orang makan,sudah!

3. Abah aku memang pentingkan makanan nak dihidang masa kenduri.Aku tak nak la nanti ada orang kata.."lauk kenduri mahan macam hampeh jek"..kalau bole aku nak dengar yang wangi-wangi je..contoh ayat"lauk kenduri mahan terbaik dari ladang!" kan indah tu..Kalau bole setahun majlis aku jadi sebutan,haha..

4. Lain-lain persiapan, dalam perancangan.

5. Kursus Kawen - tahun 2008 kut aku da attend,valid seumur hidup ko!tapi guna sekali je aku rasa..ko nak kawen 2-3 kali,kene attend lagi kut...

6. bakal suami - alhamdulilah dah ada. Tak hensem macam Sung Kang, tapi manis ada.Aku terima dia seadanya sebagaimana dia menerima aku seadanya.Selama 7 tahun ni, baru kelmarin aku bagitau dia,,dia lelaki terbaik yang aku pernah jumpa..

Ya Allah, Jika benar dia adalah untuk KU! kau tunjukkan lah jalan...Amin..


Kan aku dah kata..sipi-sipi pun tak de macam Sung kang! he is my SUPERMAN!