CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Tuesday, December 22, 2009

Si comel yang cool...


Inilah si comel yang sangat cool dan sangat comel rasa macam nak bawa balik kulim...tak larat achikani nak angkat lama-lama...macamana la abah dia mampu dukung iqbal masa kami bershopping..owh..bukan kami,achikani je menyopping macam lepas ni dah takde masa nak pegi ke juru tu lagi..dan tetamu,cikdaun dan suami hanya meng'usha2'..aku rasa mereka sedang berusaha menyimpan wang untuk membeli "RONDO"..


Mereka berdua lah abah & mama kepada si comel iqbal..amacam? mana perginya kuah kalau tak ke nasi...mana pegi lemak cikdaun kalo tak ke iqbal..ahaks...


bersama uncle zam..."apsal uncle zam serabut ni"kata iqbal mewakili achikani..haha..ahaks lagi..


gambar terakhir si pipi kembung...eee...geram nyer...rasa nak kepit bulu mata dia..

note: kali pertama dengar ada orang mengandung mengidam naik beli gitar.minta-minta la masa mengandung aku mengidam nak beli rumah teres setingkat@banglo ditepi laut.amin.

Tuesday, December 15, 2009

sebelum terlupa

semasa isu mas kahwin negeri selangor naik..aku lupa & tak ingat...sekarang aku da ingat balik..hotfm pun ada bangkitkan isu ni,ramai jugak perempuan dan lelaki bagi pendapat...positif & negatif..ahh..rambut sama hitam...

"Mulai 1 Januari 2010,mas kahwin di negeri selangor ditetapkan sebanyak RM300 daripada kadar semasa RM80(anak dara) dan RM40(janda) sejak 1978."

apalah sangat rm300 tu wehh!!! kenaikan ni bagi aku takkan mengganggu langsung budget kawen sesiapa pun...
kalau kau bole beli suar jeans levis harga rm300,apatah lagi setakat tambahan rm300 untuk seorang isteri yang kau nak pakai sampai mati..akal biar panjang!

Monday, December 14, 2009

memenuhi undangan....

disember ini
...musim tengkujuh..musim hujan...musim org kawen...musim banjir..musim cuti sekolah...macam-macam musim...

...disember ini...penamat tahun 2009....


abg juzaili & wife..kawan masa keje KFC rawang..


zulkefeeri & wife...officemate...

"SELAMAT PENGANTIN BARU"....

disember ini..tahun terakhir aku bergelar wanita dua puluhan...aku sudah bersedia mental dan fizikal..age is just a number!!

Tuesday, November 24, 2009

~blissfull~

semalam rasa kurang bahagia...

hari ni baca hasma senang nya dia rasa bahagia...

aku cuba cari sesuatu yang bole buat aku bahagia walaupun seketika.....


ini bukan bahagia seketika..ini beri aku bahagia sentiasa...

untuk menambahkan kebahagiaan ini..anakanda mu ber KORBAN balik ber hari raya..mak abah ada nak KORBAN kan apa-apa ke ye..

Monday, November 23, 2009

Misteri kereta bersemut....

aku dilanda misteri..

puas aku mencari...dari manakah datangnya semut-semut halus...

seekor aku picit,tiga ekor datang melihat kematian rakan mereka..

adakah kerana pemilik kereta yang kadang-kadang dilihat manis-manis masam..ini mungkin..tapi kenapa sekarang baru kau datang,wahai semut..

adakah kerana gula-gula HALLs...aku sangat pasti bukan...

adakah kerana CLORETS yang selalu menjadi mainan humaira didalam kereta..bukan juga..

adakah kerana roti yang aku makan..tapi roti itu aku memang pasti tak semanis aku..

adakah kerana air 100 plus yang tertumpah sedikit..ini aku kurang pasti..kalau betul,pasti semut itu punya tenaga seperti pelari 100 meter...

atau...

adakah kenangan yang sangat MANIS berlaku sepanjang hari minggu lepas...dan semut itu juga merasa keMANISan nya..lalu bersarang dalam kereta itu...

kalau kerana itu wahai semut...bersarang la kau dalam kereta aku selama sepanjang tahun ini..

Tahun 2010,sila berambus!

Saturday, November 14, 2009

rutin cewek lewat usia



Rugi la hari minggu bangun awal.aku mana ada tanggungjawab pada mana-mana lelaki.pagi ni bangun agak tekejut,maklum la tido lewat malam tadi menghabiskan masa berchatting.rutin pagi,sarapan dekat kedai pak long longkang bersama kawan-kawan yang semakin pupus.makan nasi lemak!mesti lemak aku bergembira dan menari-nari di bawah lengan..dem u nasi lemak!

Aku hanya bertanggungjawab pada ABU.ABU kene mandi dan wangi-wangi.ABU sekarang laki pertama aku..apa?ingat lelaki je bole ada bini pertama.makan hati la suami aku nanti bermadu dengan ABU.madu itu manis!

Entry yang lepas cuma terkena tempias pada aku.sumpah!bukan untuk aku.tapi untuk seseorang yang rapat dengan aku.jangan tanya siapa,cuma doakan dia peroleh kebaikan.kawan-kawan jangan risau.aku OK..mak OK!

Balik dari sarapan,aku sangat beremosi..dan mangsanya..seorang kenalan baru yang aku rasa aku bole bercakap apa saja dengan dia..APA SAJA..malu tapi dia je yang aku nampak..biarlah orang nak cakap apa..aku cuma mau jadi diri sendiri.

damn it!patut la teremosi,seminggu lagi.....

Tuesday, November 10, 2009

Jangan Melatah!

kuatkah perempuan bila ditimpa bencana...
lembutkah hatinya bila diri dikhianati..
redhakah dengan apa yang sudah,sedang dan akan berlaku...

aku percaya apa yang berlaku ada hikmahnya..
berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul...

Hadapi hidup ini apa adanya!

Tuesday, October 27, 2009

Tinggal kenangan

jangan fikir lagu ini ada kene mengena dengan aku...

cuma lagu ini aku suka dengar..dan sesekali bole meruntuhkan hati ini..bole membuat airmata tetiba mengalir perlahan-lahan..bukan secara deras k..

lagi sekali aku cakap,takde mengena dengan aku yahh!!!



amacam??menusuk kalbu korang tak??huhuhuhu...

Sunday, October 11, 2009

Apa kata hati....

apa kata hati...perlukah aku turuti...
kerana mulut badan binasa..kerana hati,apa yang akan binasa..
kata orang..ikut hati..mati...
kalau tak ikut hati pun bole mati..mati bukan kerja kita..kerja yang DIATAS..

Sunday, September 27, 2009

Tahun berganti tahun..

tahun ni,sama jugak dengan tahun-tahun lepas, berhari raya bersama keluarga...
tahun ni,tiada pertambahan ahli keluarga...
owh..mungkin tahun depan keluarga akan bertambah..(noi,ani tak kisah kalo ko nak jalan dulu...hehehhe)
tahun ni,terlupa nak amik gambar beramai-ramai...arghhh..sabo je lah..
tahun ni,soalan-soalan dari saudara mara sama jugak macam tahun-tahun lepas...diorang ni takde soalan lain ke..huhuhuhuhu...
tahun ni, jawapan aku sama jugak macam tahun-tahun lepas...

tapi tahun ni,tak sama dengan tahun-tahun lepas..sebab aku da ada ABU yang handsome..
tahun ni,pertama kali, berhari raya dengan ABU....

achikani & 10 orang anak saudara...tetiba terasa tua...hok hok hok...

Tuesday, September 15, 2009

Selamat hari Raya 2009!!

Sempena hari raya yang bakal tiba ini..

saya,mahani binti masran,mohon ampun dan maaf sekiranya tersalah kata,tersilap bahasa,tanpa sengaja dan dengan sengaja sudah menyakitkan hati kawan-kawan semua,sekiranya ada gurauan melampau batas,jika ada kata-kata yang menghiris hati kawan-kawan dalam diam..sesungguhnya sebagai manusia,saya memang sentiasa melakukan kesilapan.. minta dihalalkan makan dan minum...

kalau ada hutang-hutang yang aku terlupa,ingatkan aku ye..

Jika ramadhan & syawal kali ini adalah yang terakhir buat aku..doakan aku dunia & akhirat..amin..



Jom layan iklan raya ni...


Monday, September 7, 2009

layan drama melayu

Aku da habiskan semua episod Wadi Unung dalam youtube...tak sempat la nak tengok hari-hari kat astro..hari-hari melawat pasar ramadhan...balik pun da lambat..nasib baik ada orang tolong upload,kalo tak kempunan achikani..

Aku suka wadi unung tu.aku suka pondok tu...ada sawah,ada air,ada gunung..kalau tempat tu betul-betul wujud,macam nak buat lawatan je..lepak sambil baring-baring..macam azrin(eja) & fatihah(azura)..



masa aku kecik,aku & jiran aku(arwah ijam) ada jugak buat pondok untuk kami lepak...dekat ngn masjid,dalam kebun kelapa sawit..tapi takde pemandangan yang menarik..kalo baring,nampak buah kelapa sawit..duduk pun nampak kelapa sawit..kdg2 lerai sebiji dua,kene kepala aku..tapi kami buat port sekejap je,sebab ada orang lain sibuk nak join gak..pastu kami bawa haluan,main kahwin-kahwin dan main masak-masak kat bawah rumah dia.yang pasti aku ngn dia masa tu memang akan jadi pengantin,,pastu aku jadi mak,dia jadi abah...
kadang-kadang main sorok-sorok..aku ingat lagi..dulu kalo main sorok-sorok,aku akan balik umah tukar baju,seluar/skirt colour coklat..supaya sama colour ngn pokok-pokok dan tempat yang aku nak menyorok..paling aku ingat,aku menyorok atas pokok durian..dulu,masa aku ringan,aku memang suka memanjat...aku menang ok..da la masa tu pakai skirt...saje nak buat free show,seksi tuh!!!

Bagi aku,arwah ijam adalah kawan terbaik aku masa kecik..aku memang suka kawan dengan lelaki berbanding perempuan..kenangan yang aku tak boleh lupa,takkan lupa dan akan aku bawa kemana-mana ialah kesan gigi ijam pada muka aku...parut tak boleh nak hilang...arwah ijam meninggal pada hari konvokesyen diploma aku kat shah alam..paling aku terkilan,masa dia sakit aku tak pergi pun melawat dia kat sebelah rumah..mak aku ajak pun aku tak pergi..kejamkan...
entah la jauh sudut hati aku,memang aku nak tengok dia dan bersembang macam biasa,macam dia tak sakit...tapi aku tau, airmata aku akan jatuh jugak nanti....aku cuma tak sanggup nak tengok kawan baik aku menanggung sakit dan tengok aku terus menangis...sebab aku tau,kalau aku pergi jugak...aku hanya akan menambah kesedihan dia..dari jauh,aku cuma mampu doakan yang terbaik buat dia..

Semoga roh Ijam ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..Amin!

Thursday, August 27, 2009

birthday!

Cite pasal anak buah lagi...makulum la..xde anak..hehhe..
semalam birthday fairuz..so,makcik yang baik hati ni datang la bawa kek & piza..makcik mithali tak?

dia ni special sikit sebab,dia suka cakap apa yang ada dalam kepala dia..bercakap & bersembang dengan dia, buat kita terfikir benda yang tak terlintas dalam fikiran kita..

apa hadiah dia minta kat akak aku??
dia cuma minta satu je..dia minta baju raya dia da siap je masa birthday dia..
owh..berhemah tak anak buah aku..

apa hadiah aku kasi...solat terawikh berjemaah kat surau..hehhe..ok apa!


birthday girl 10 years old..

nak potong kek pun suruh aku amik gambar..terserlah ke"poyo'an

owh..ini fasha alia yang mengaku anak aku.setiap kali tanya..fasha anak siapa?..dia jawab"anak achik"..budget comel je!

Wednesday, August 19, 2009

tak salah mencuba...



aku sedang merancang untuk mencuba sesuatu....

Tuesday, July 28, 2009

Pergi..........



Lirik Pergi - Aizat (OST Talentime)
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

setiap yang hidup akan mati...setiap pertemuan ada perpisahan...
jikalau perpisahan adalah jalan yang terbaik...redha...


mampukah aku terus tersenyum...insya-allah...

Thursday, July 23, 2009

bersenam sambil kejar humaira

semalam pegi jusco perda dengan humaira&ummi...
shopping??no..no..no..bayar bil telefon je..

Aksi humaira
Penat da shopping..kita minum dulu...humaira da berat,tak bole dukung lama-lama..so,achikani letak dalam troli..cara tak???
humaira tengah tulis order kat oldtown white coffee.."ummi makan nasi rendang..achikani makan hor fun.."
Ummi naik bilik..inilah masa sesuai buli humaira..hehheheheh..achik ummi lekat kat dahi dia...bole la pasni gantung kunci kete kat dahi humaira...huhuhuhu..

Esok, humaira&ummi&achikani nak pegi cameron!!

Tuesday, July 21, 2009

My LoveLy Sister

semua orang akan puji orang yang disayang kan...da nama pun sayang...kentut pun wangi...cuba kalo da tak sayang...pakai minyak wangi CK pun bau longkang...realiti!!!
tapi aku memang sayang kakak aku ni,kentut die tetap busuk..kalo dia pakai minyak wangi tetap wangi...

kenapa saya sayang kakak saya????

I love my sister because...
rumah dia lah tempat aku bertandang,kalo da bosan duduk kulim ni..kulim-bt kawan just around 1/2 hour untuk pemandu berhemah..berhemah sangat sampai banyak da tayar masuk lubang..

I love my sister because...
tempat aku makan free...agak-agak tengah bulan..rasa macam makan kat luar itu sangat la membazir..{kalau 20hb ++ tak pulak rasa membazir,duniawi tu}...rumah dia la tempat paling sesuai dituju...abg ipar aku pun pandai masak..yang paling aku tak faham,diorang masak sardin pun sedap..kalau aku yang masak,bagi ayam makan,belum tentu ayam makan...

I love my sister because...
waktu aku sibuk bekerja membanting tulang..{buat layout pakai tulang ye}..balik keje tak menentu...dialah yang tolong aku basuh baju..kalo aku hantar sebakul baju,yang sebahagian baju itu HARUS dibasuh dengan tangan..seminggu lepas tu aku akan dapat sebakul baju yang da siap dilipat cantik...sampai jiran-jiran rumah dia dah tau itu semua baju aku..MALU seh!!
{owh....patut la takde sorang pun jiran dia yang nak rekemen aku jadi adik ipar..hampeh}
kirenye rumah dia adalah DOBI pertama aku..kedua ialah DOBI KERANJI sebelah KLINIK KAMAL..{semua location yang disebut kat kulim ye,yang tak pernak duduk/tinggal kat kulim..sila abaikan..}..
mesti korang assume aku tak basuh baju sendiri kan..owh...semua masalah diatas timbul kerana mesin basuh kat rumah rosak disebabkan banyak syiling dalam mesin basuh{kadang2 syiling juga perlu dibasuh..huhuhuhu}
tapi hari ini mesin dah kembali pulih..dah boleh guna sepenuhnya..tapi kene pastikan tiada syiling sesat dibasuh sekali..

dan paling utama...I love my sister because...
dialah tukang jahit baju kurung aku...oleh sebab aku ni pantang jumpa kain ela yg cantik & MURAH,mesti nak beli..so,dialah orang yang bertanggungjawab menjahit kain-kain itu
{PROMOSI:sepasang baju kurung RM25 ye,kalau ada yang nak tempah la.tapi bulan ni ko hantar,bulan depan belum tentu korang dapat ye,hahah..sebab baju aku 4 pasang lagi tak jahit..sekarang dia da start nak menjahit 8 pasang baju untuk 4 org anak dia.so,maybe baju aku siap lepas raya..lagipun anak dia da sound mak dia"asyik-asyik jahit baju adik dia(aku le tu) je"..hampeh!!}
...walaupun aku ni pakai baju kurung pegi ofis,bole dikira dengan jari..tapi setiap bulan aku mesti nak ada baju kurung baru..ye la kan..mana la tau,lepas ni aku insaf pastu nak pakai baju kurung lak hari-hari..

Tapi walaupun kalau kakak aku tak masak untuk aku,tak basuh baju untuk aku,tak jahitkan baju untuk aku..aku tetap sayang dia...walaupun aku tak pernah cakap...aku harap dia tau aku sayang dia..aku sayang gak abg ipar aku yang sekarang tengah gila sudoku..aku sayang jugak anak-anak dia yang 5 orang tu,walaupun derang suka menge"pow' aku,suka gak kutuk aku belakang2...I love them!

"air dicincang takkan putus"


It's me and my sister...nak jugak letak gambar ni,walaupun jelas nyata dan tak perlu disuluh..I'm FAT!!..tapi aku still nampak macam seorang adik kan...She is 10 years older than me..


The eldest,fatin..wah..wah..makan tak hingat sampai naik juling tu..hihihihi..kadang die on diet,tapi bila makanan depan mata..lupa da nak diet..suara kakak ni kalo menjerit marah adik2 dia,dari simpang masuk umah da dengar..

2nd daughter,fairuz..kuat merajuk,kaki mengampu,mulut kadang2 takde insurans gak,suka marah adik-adik dia,moody..kuat menangis gak..setelah dikaji dan diteliti,dia ni banyak mewarisi perangai makcik dia ni..{makcik mana lagi kan???}

alif,farah,fasha..kakak aku da wasiatkan kalau dia takde,fasha & alif akan dijaga oleh farah..farah ni pendiam,suka buat hal dia je,suka makanan kampung{petai,jering,dll}..kalau makan,dia paling lambat..pandai jaga adik..tabik spring la kalau dia jaga..memang bole diharap..

napa ada kek..ini masa birthday akak aku yang ke 39tahun..bulan 5 hari tu...

Aku gembira,bila tengok orang yang kita sayang gembira...

Sunday, July 19, 2009

Aku memang suka nangis...



so cute!! gile cohmel...

LIRIK - THE LUCKY LAKI (AL EL DUL) - BUKAN SUPERMAN

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus selalu kuat harus selalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta

Buat aku menangis

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah selalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan
Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga

Friday, July 17, 2009

best ke kalau ada hobi?

selama aku semakin dewasa ni..aku tak tahu apa hobi aku...seriously!!

hobi bagi aku adalah perkara yang aku akan buat bila aku ada masa lapang...mendatangkan hasil...tak menyusahkan..dan yang paling pasti..aku akan gembira bila buat hobi aku tu....

antara hobi-hobi..memasak..menjahit..tanam bunga...mengait..menyulam..membaca..dan lain-lain..

argghhhh...weekend ni aku nak cuba satu perkara...tak tau samada bole jadi hobi or not..or cuma hangat-hangat tahi humaira..hehhehehhe...


dulu-dulu hobi aku kumpul setem..tak tahu la kemana semua setem aku..mak aku buang kut..

Wednesday, July 15, 2009

X-clusive for all



Gambar diatas ialah gambar siti,my x-roommate & x-housemate...
siti bersama permenant roommate & housemate nya...
comel kan!!![sila setuju]

"Selamat Pengantin Baru"...

note: siti masih berseri-seri...

Monday, July 13, 2009

Wajah baru...

sesuatu perkara perlukan perubahan...amacam..ok tak?

Tuesday, July 7, 2009

Kepada laut dan matahari kuluahkan rasa hati..


Aku paling suka laut..laut itu luas..
Aku suka matahari..ia memberi cahaya..
gabungan matahari dan laut..buat aku terpukau..

disinilah tempat aku meluahkan rasa hati...

Tuesday, June 30, 2009

Lagu penyedap telinga dikala jambatan pulau pinang sesak



Lirik Ku Pinjam Satu Bintang

Ku rindukan dia
Ku mahu belaian manja
Ku ingin selalu di sisinya

Inikah bahgia
Inikah kasih asmara
Bernyanyilah hatiku dengan cinta

Ku tak ingin lagi berjauhan
Usah kau hampiri perpisahan
Seharusnya kau mengerti kasih
Hanya engkau di hatiku

Andai mampuku menyentuh awan
Akan ku pinjamkan satu bintang
Dan ku pancar seri yang gemilang itu
Kasih ke wajahmu

Ku berjanji sayang
Ku menunggu dikau pulang
Membawa cintamu yang terindah
Dengarlah kata hati
Oooo... oooo...

Ku rindukan kasih Dia
Ku mahu belaian manja
Takkan ku lupa cinta pertama

Ku tak ingin lagi berjauhan
Usah kau hampiri perpisahan
Seharusnya kau mengerti kasih
Hanya engkau di hatiku

Andai mampuku menyentuh awan
Akan ku pinjamkan satu bintang
Dan ku pancar seri yang gemilang itu
Kasih ke wajahmu
Ooooo...

Ku berjanji sayang
Ku menunggu dikau pulang
Membawa cintamu yang terindah
Dengarlah kata hati

Dengarkanlah kata hati
Dengarkanlah bicaraku

Wednesday, June 24, 2009

Kul 1.30 pagi..ada hantu..mana hantu..

25 june 2009..1.30am..
masih kat office...
minum coffee McD...
buat kerja sampai tak bole tidur...
masih banyak yang perlu diperbaiki..difikirkan..dikerjakan..diselesaikan..
kalau diikutkan..kerja memang takkan habis..

esok aku balik kulim,ada dentist appointment..
arghhh..rindu katil..rindu bilik..rindu seseorang..huhuhuhuhu..


gile bosan tahap cipan..amik gambar sendiri dalam lift & toilet...sengal seh!
Agak-agak korang apa yang baru...cuba teka...

Tuesday, June 23, 2009

Semangat Kejiranan..

aku selalu bertegur sapa ngn jiran sebelah rumah aku,belah kiri india..belah kanan cina..uncle india tu selalu tegur aku,tapi bini dia jarang nak tegur,kecuali kalo aku yang tegur dulu..tak kisah la,aku bukan nak ngorat laki dia pun..tapi anak lelaki dia bole tahan la..uncle cina sebelah tu,tak banyak cakap lepas die bagi 1 cd,dan kami tak pulangkan..buat harta..

Nasihat aku,
jangan sombong dengan jiran..sebab..
1. Mereka adalah orang paling dekat dengan kita nak minta tolong..contoh masa umah aku blackout,uncle cina bagi lilin..baik kan..
2. Mereka bole tolong tengok2kan rumah kita kalau kita takde..walaupun kami da bayar RM50 dekat REKAL JAYA SECURITY setiap bulan...
3. Mereka juga bole tolong tukarkan lampu,pinjamkan tangga..
4. Mereka juga prihatin kalau kami mengalami masalah..contohnya..masalah autogate yang tak berapa nak auto dah...sementara nak tunggu tuan rumah datang tengok..uncle india da tolong tengok2 kan..prihatin tak??

ahad lepas, kulim square fasa 3 buat gotong royong..berbekalkan semangat kejiranan aku yang semakin menebal..aku pegi la gotong royong tu dengan ditemani zam..THANKS ZAM!! kalau zam tak nak ikut hari tu,,memang pasti aku akan lari pegi rumah kakak aku la..hahahha..dapat t-shirt free ye...


rajin kan zam...zam,bila nak jadi pemilik rumah kulim square fasa 3..tak sampai 300k..

selesai sudah...bila la rumah corner ni nak siap..

Monday, June 15, 2009

shopping @ sunshine

saya,dengan ini telah mengaku TERBELI 6 helai baju berjenama GOOGLES di SUNSHINE SQUARE BAYAN LEPAS
(GOOGLES jenama baju kegemaran,walaupun tak setanding PADINI mahalnya,dan quality agak kureng..tapi yang pasti tetap CANTIK dimata aku)

selera shopping aku semakin naik mendadak bila aku banyak keje...bila aku bosan..bila aku sakit hati...jiwa kacau..hati memberontak..bila mengalami krisis-krisis dalaman..

Ye, shopping adalah TERAPI TERBAIK untuk aku!

note: menghitung hari ke 20hb
note: SUNSHINE SQUARE juga adalah tempat terbaik untuk menambah koleksi kasut jenama buaya

Thursday, June 11, 2009

Hidup tak seperti biasa..

bila masa banyak dihabiskan dengan bekerja...

hati rasa susah...
hati rasa terbeban...
dan hati cepat merajuk...badan penat..hati juga penat...

bila masa banyak dihabiskan di pejabat....

rasa seperti nak pegi bercuti ke pulau...
pulau jerjak pun jadi la...
rasa nak amik cuti seminggu dua..
habiskan masa balik kampung dan lepak KL bersama kawan2ku..
rindu korang..

tapi bila kerja da siap..takde la pulak aku nak buat semua benda tu..apa kes????

Sunday, June 7, 2009

cerita balik kampung...

Ketika semua geng-geng kulim on the way balik KL..aku still sibuk siapkan kerja..stress achik ani..
gile sengal hati aku....Allah je la yang tahu...
Lepas tu,boss aku cakap hari isnin kene kerja kat penang..
aku pun minta la sabtu & ahad nak cuti..alhamdulillah..dia setuju...
Pukul 5 pagi aku tidur..kul 7.30 pagi aku bangun...8.30 bertolak balik kampung,kul 1tghr sampai..4 1/2 jam..kire ok la..3 kali berhenti..nature calling...

Ini ada lah kali kedua aku balik kampung drive,dan kali pertama drive sorang...huhuhuhu..
kaki aku sakit,baru la aku dapat rasakan tulang aku kurang kalsium..

kaki kanan tekan minyak,kaki kiri aku hentak-hentak ikut irama lagu..supaya..kaki-kaki aku mengecil dengan seimbang..mulut aku lenguh,melalak sorang-sorang...

kawan-kawan,ABU da bole pegi selaju 110km/j..takde pantang..dan kekadang terlebih lak pecutannyer..bergegar cecair dalam otak aku..
ABU juga mampu memotong lori besar..ABU da tak takut...
Harapan,semoga ABU bertukar menjadi HONDA JAZZ berwarna PINK..amin..

Semua sakit & angan-angan & penat hilang lepas tengok semua ahli keluarga ada kat rumah..

I LOVE MY FAMILY..

Note: Oleh kerana aku ni selalu terkena BADI last minute KERJA banyak..perancangan ke KELANTAN untuk hadir kenduri farhan terpaksa dipertimbangkan..


Kalo ini hak milik aku..akan aku namakan dia MISS J...cute..

Tuesday, May 26, 2009

manusia mudah terpengaruh - jangan sangkal - ia nyata..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dunia realiti...demit,so cute...

Monday, May 25, 2009

dua lagu kegemaran..layan penuh perasaan..

alyah-Tak mungkin kerna sayang

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Rossa feat. Pasha Ungu - Terlanjur Cinta

waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema
mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan

malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

reff:
aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta

mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

Tuesday, May 19, 2009

Selangkah setahun jagung


Humaira da berjalan...humaira da makin bijak...Humaira da setahun..

"Happy Birthday My Angel,Humaira"

Note:
Nanti bila Humaira da pandai membaca dan menulis..
achikani ajar buat blog k..ataupun humaira tolong update blog ummi je la ye..

Thursday, May 14, 2009

Life Is Not By Chance but By Choice..


sempena hari jumaat ni aku nak berkongsi ilmu pasal Solat Istikharah...

kalo kite dengar org cakap pasal solat istikharah..mesti orang cakap solat itu kita buat masa nak memilih jodoh...sangat sinonim dalam nak buat keputusan memilih bakal suami/isteri...tapi sebenarnya, solat ni skopnya sangat-sangat luas..

Kita hidup di dunia ini bukan terletak pada nasib tetapi kepada pilihan....
sebab itu Allah suruh kita memilih..tapi perlu ada toleransi dalam memilih..

kita berhak...
memilih untuk berjaya dalam kerjaya...
memilih jalan bahagia..
memilih pasangan hidup..
memilih pemimpin kita..
memilih nak beli rumah apa...kereta apa...
macam-macam yang kita bole pilih dalam hidup ni..ALLAH itu maha adil kepada umatnya..

aku mengaku..yang aku ni wajib pun rongak,apatah lagi yang sunat..tapi tak salah kan kalo aku berusaha mohon petunjuk NYA..AMIN..

Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Thursday, May 7, 2009

Sesekali berjumpa ..itu sudah BAGUS!!

cuti hari buruh lepas aku menerima kehadiran 4 orang buruh dari KL datang untuk bercuti di PENANG...Aku memang berharap sangat korang datang sini especially kak ejot yang tak pernah pegi penang lagi..amacam,best tak Penang & kulim?

tapi KL lagi best la kan untuk berlibur..ehh..bukan..berHIBUR..

kalo pegi penang,kene rasa naik FERI..pastu lalu jambatan pulau pinang..semua ini kategori perkara WAJIB! kalau tak,kire lawatan ke penang adalah sgt tak bermakna..

ampunkan achik ani..nak pegi bukit bendera,tapi terpaksa pusing jalan yang sama 2-3 kali..sila salahkan jalan kat penang..signboard kurang jelas..lepas tu semua nak sehala...kesian korang tak jumpa PENANG FREE SCHOOL kan..bukit bendera dah macam kat bangladesh..so,terpaksa la dilupakan hasrat nak naik bukit bendera..jalan-jalan kat GURNEY mall lagi heaven kan..ada aircond..padahal sendiri nak window shopping..
layan wolverine,gua tidur sekejap beb!!

apsal..aku kuar ngn korang..kiri kanan pun aku confuse..hampeh..

paling aku tak bole blah, ali buang sliper kak ejot masa kat traffic light..korang memang gile!! aku yang kene kutip..



Terima Kasih sahabat!


baju putih...sandal merah?? fashion criminal ke aku ni..

agak-agak ada orang nak marah tak??

Monday, May 4, 2009

Hari SUKAN @ stadium batu kawan

aku memang da lama tak pergi hari sukan sekolah.last 2 weeks aku menghabiskan setengah hari berpanas kat stadium batu kawan.1st time masuk stadium ni,rasa nak lari satu stadium..

anak buah aku farah,fairuz & alif..alif main sukaneka..aku duduk tepi bagi sokongan padu kat die..dapat no 3..bole la kan..

aku seperti seorang ibu yang beratur bersama anak dalam kepanasan.kecik-kecik je bebudak ni.masa ni la aku rasa macam aku da tua gile..da patut ada anak ni..huhuhu

alif da ada girlfriend..alif ni dekat rumah punya la manja.dekat sekolah,macho gile.panggil die pun buat dek je.aku peluk2 die,die malu-malu,pandai belakon..ni ikut perangai sapa ni??..comel gak bakal menantu kakak aku..hehehe..dengan bakal achik ani die pun sopan jek..calon yang sesuai ni..tunggu beso ye alia,nanti makcik datang meminang..ahaks...

anak buah aku yang sulung,fatin amik hadiah ke-3 lontar peluru..wah,tangan kakak memang sesuai lontar..kalo mengamuk kat rumah,semua benda dia nak baling..syabas kakak!!

sukan sekolah kat stadium negeri batu kawan,,,kelas gitu...da la panas..takde bumbung..tapi kalo tengok bola kat sini,mesti best..meriah..

farah tengah dukung fasha..bagus farah ni..pandai jaga adik..sambil makcik & maknyer bergaya ala-ala gadis litar..hehheheh..panas weh..

itu la cerita sehari berpanas di BATU KAWAN..