CHeKlist Persiapan Ibu dan Anak

Tuesday, December 27, 2011

Jutaan Terima Kasih Tak Terhingga sampai Tak Tahu nak balas macamana.....



"BIG THANKS" to...

suamiku kerana sudi terima isterimu ini menjadi teman hidupmu..semoga kamu cinta terakhirku...

mak abah yang setuju dengan pilihan anakmu yang agak degil ini..

adik beradik tersayang yang sanggup melayan kerenah adik/akak yang banyak songeh ni...

keluarga mentua yang buat kenduri sambut menantu mu yang tak tahu masak ni...

sahabat baik yang membantu dari hari sebelum kahwin hingga lah ke kenduri belah lelaki...

sahabat baik selamanya yang buat kan hantaran..

sahabat baik yang datang memeriahkan majlis kenduri...datang dari jauh...dari JB, melaka , kedah samata-mata datang kenduri..kamu buat saya menangis!

sahabat baik yang sanggup meredah banjir..meredah jem...yang sesat...

sahabat-sahabat yang tak dapat hadir,,,terima kasih atas doa kamu...

Sayang kamu semua...!!!

NOTA: nak minta tolong lagi ni, tolong doakan kami cepat dapat zuriat pulak. terima kasih. Amin.

Wednesday, November 23, 2011

Panduan nak bagi hadiah kahwin

sebenarnya aku kalau bole tak nak kawan-kawan bagi hadiah kat aku, sebab bagi aku kehadiran korang adalah hadiah paling besar untuk aku...serius..tak tipu!!

tapi..kalau nak bagi aku amik..hehheheheh

BUKAN NIAT NAK MINTAK HADIAH NI SEMUA DARI U OLLS. SEBAGAI ORANG ISLAM, BILA NAK KENDURI KITA KENA IKHLAS DAN TIDAK MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN DARIPADA PARA TETAMU.

1. CADAR - aku ni suka sangat ada cadar banyak. benda pertama aku beli untuk kawen ialah quilt cover kat AUSSINO..haha...lagipun, aku rasa kalau dah kawen lagi la kene selalu tukar cadar kan??hahah..:P

2. TUALA - sekarang ni tuala mandi aku sorang ada banyak..dulu aku suka beli tuala,skrg ni kurang sikit..sebab aku rasa tuala aku dah banyak..tapi kalau nak bagi,aku suka..sebab nanti senang kalo ada orang mai umah...ada banyak tuala..

3. MESIN BASUH - kalau ada budget lebih bagi yang automatic PANASONIC yg 15kg..senang nak basuh cadar, toto semua...x yah hantar dobi..

4. PAKEJ HOTEL/PERCUTIAN - sebab aku & tunang tak plan nak pegi honeymoon mana2..maybe pegi yang dekat2 je..so,kalo nak bagi tiket p BALI ke KRABI ke..dialu-alukan...hehehhe

5. VOUCHER SHOPPING - sesapa yang ada voucher JUSCO ke PARKSON ke apa2 la yang bole guna untuk shopping..bole gak buat hadiah kahwin untuk aku..aku SUKA sgt2x..

6. DUIT - aku biasa bagi duit ja kat bakal pengantin. sonang,,kau guna la untuk beli apa saje jah!

SEKIAN.

Tuesday, November 1, 2011

lagi sebulan....

yes!!! (ini nada berbaur macam-macam rasa)

lagi sebulan nak jadi isteri orang...setiap kali orang tanya pasal persiapan..aku akan cakap OK je...ye,sebab aku tak nak serabut kepala...bukan ambil mudah, tapi kata-kata tu kan doa...semoga semuanya akan OK nanti...

ready or not? entah...aku nak redah je...selebihnya aku redha...kalau nak tunggu ready, tak tau bila..ready dari segi yang macamana? umur semakin meningkat...masa berjalan....

kadang-kadang aku masih bertanya pada diri? betul ke dia...adakah dia yang terbaik untuk aku?untuk keluarga aku? dan dalam masa yang sama..aku tertanya..adakah aku yang terbaik untuk dia? Jika aku mahu yang terbaik, adalah wajib aku juga mampu bagi yang terbaik...sekali lagi aku redha dan doakan kami mampu menjalani hidup bersama nanti...

kad dah siap..dan dah mula nak diedarkan...memang dah terlambat kalau aku nak kata TIDAK!



nampak tak rumah aku atas bukit..so,jangan ada rasa berani nak pakai high heel masa datang kenduri nanti ye..pesanan awal dari bakal pengantin.

Tuesday, October 11, 2011

renjis-renjis di pilis....

inai kire jatuh perkara wajib buat bagi pasangan melayu yang nak kawen...

aku memang tak suka pakai inai,sebab masa pakai tu, kaki tangan aku kebas gile-gile, nanti pasti menggelupur suruh tanggalkan inai tu..harus la makcik-makcik yang pakaikan aku inai nanti rasa nak lempang aku...

tapi, kahwin sekali je yang nak meriahkan..kene la tahan..berkorban...

en.tunang cakap "JANGAN" buat inai macam ni, tapi hakikat memang aku tak suka yang ni...nampak serabut...

lagi satu,nampak tak aku ni macam ada sinar nak jadi isteri solehah,,hahahah

serabut!!!


nampak suci murni kan!!

Drama Queen

tengok drama melayu yand memang sedih,aku begenang air mata...

baca buku kisah cinta menangis tesedu-sedu...

tengok peminta sedekah aku sedih....air mata keluar sikit kat hujung mata...

tengok makcik cleaner yang dah tua tapi terpaksa bekerja dekat ofis..pun buat aku hiba....rasa nak nangis jugak...


hati aku kuat mengatakan aku pasti akan menangis masa majlis pernikahan aku nanti,

dan aku harap,tangisan aku akan nampak comel macam minah korea dalam gambar ni...


Monday, October 3, 2011

betul-betul lupa atau tak pernah ambil tahu atau tak kisah?

hari ahad lepas, keluar dengan dua orang BFF...modus operandi,beli barang hantaran dekat parkson Gurney Mall...memang langkah kanan, parkson buat sale...alhamdulillah!!jimat!

situasi satu

me call: abang punya tahun lahir bila?
en.tunang : ayang tak tau ke? sedihnya...
me : bukan tak tau..tapi nak double confirm...
en.tunang : 1977
me: ha....betul la..ayang jumpa tali pinggang kulit ada letak 1977..nak tak?
en.tunang : cantik ke? dia ada lubang tak? abg tak nak yang ada lubang sebab nanti bla bla bla...abg nak yang takde lubang.
me: emmm..ok.

situasi dua

me call lagi : abg, seluar abg size apa?
en.tunang :size 31, kan baru beli seluar jeans masa raya hari tu...
me : owh..lupa la..
en.tunang: ayang nak beli levi's ke?
me : owh..tak la,tak mampu..nak belikan seluar khakis je untuk abang..senang nanti nak pegi kenduri ke...bla..bla...
en.tunang : size 31,nanti panjang seluar mesti 40cm lebih tau panjang die..lepas tu abg tak suka yg tetiba kecil kat bawah..nak yang lurus dari atas sampai bawah...bla...bla..
me: emm..ok...

situasi tiga

me call lagi dan lagi : abg nak dompet yang macamana?
en. tunang : abg nak yang bole letak banyak kad, nak yang kulit , tak nak PVC , nanti cepat rosak...kalau kulit tahan lama sikit..bla...bla...bla..pastu yang bole letak gambar ayang
(ayat akhir tu..so sweet kan)
me : emmmmm...ok

dalam hati....owhhhh....ada banyak benda rupanya yang aku tak tahu tentang si dia...



Tuesday, September 20, 2011

Kad Kahwin Vs Kad Nikah

sms en.tunang: kad kahwin berapa lama boleh siap?

me reply: (dengan yakin membalas)kad kawen siap lepas nikah dalam sebulan...

sms en.tunang : kad kahwin lepas nikah baru siap? nanti macamana nak jemput tetamu?

me reply : (blur sekejap)..ehhh..tesilap la..kad kawen bl0m tempah lagi...ingat abang tanya kad nikah...

see...i dah gatal nak menikah...


Monday, September 19, 2011

indah

**********cinta itu indah*******
penuh mesra dan kasih sayang
cinta itu unik
datang tanpa sedar,pergi tanpa rela
cinta itu rindu, cinta juga luka
cinta itu ada banyak rasa

cinta itu komitmen,ya,dan aku sudah bersedia
kata orang, tanpa cinta, sebuah perkahwinan akan mati,umpama rumah tanpa penghuni



Saturday, September 17, 2011

simple and nice

lawatan semula ke butik pengantin di tg malim bersama bakal suami(en.sarip) berjalan lancar..Pilihan baju memang tak banyak..very limited...arghhh...tapi redha je la..dah takde masa aku nak mencari butik-butik lain dan aku da bayar deposit pun..

en.sarip ---tinggi(170++cm) dan kurus, aku fikir mesti senang nak pilih baju.tapi sebenarnya..susah jugak..banyak baju yang dicuba tangan nya pendek..seluar singkat..hahah...da macam badut aku tengok..nasib baik ada satu baju yang aku suka tu dia muat dan just nice..kire okla..
mungkin kebanyakan pegantin lelaki yang datang butik ni,ketinggian rendang-rendang..

aku---tinggi(162cm) dan gemuk(berisi terlebih dibahagian bawah..huhu)..baju yang en.sarip muat tu,untuk aku kene alter banyak..tak muat nak masuk langsung untuk aku test pakai..hangin!! seminggu sebelum kawen,test baju ikut ukuran badan kerengga ku...

selesai pemilihan baju---make up---pelamin--alhamdulillah

pakej RM1350
1. set pelamin
2. baju bersanding lelaki dan perempuan
3.makeup 1x
4.aksesori lengkap + kasut perempuan

ringkas dan simple kan??? suka sangat...(ini bukan baju aku nanti)

ada satu bakal pengantin lelaki, mak dia suruh dia cuba satu seluar pengantin..lelaki tu pun cuba seluar tu sekali dengan seluar jeans yang di tengah pakai...hahahah..agak-agak la weh,kalau kau kene paksa kahwin pun jangan la bodoh sangat....

Monday, September 12, 2011

kad kawen idaman

pernah tak masa kalau dapat kad kawen..mesti ada je nak komen...cakap tak cantik la,simple sangat lah!..besar giler!!..mahal giler!! (macam ko tau harga sekeping kan)..pastu itu ok lagi..kadang-kadang baca nama ayah,mak,nama pengantin ke...kalau rasa yang pelik-pelik,mesti gelak bedekah-dekah macam langsuir..nama tempat pelik-pelik pun gelak...pastu buang...cesss!!

tapi kad kawen kawan-kawan aku,banyak yang aku simpan...konon-konon bila time aku kawen nanti tak payah minta alamat lagi kat derang..hahaha..nan ado!!!

kad kawen impian aku mesti:

1. bajet-bajet je! kire cari yang paling terendeh dipasaran..ikut bakal suami lagi tak bole blah,dia suh bagi kertas fotostat je..apa igt aku takde kelas ko jah!! aku tak nak la dengar org gelak-gelak dan kutuk aku sebab bagi kad kawen lembik black and white..achik ani nangis nanti u olls...

2.konsep kartun

3. ada 3 color merah,hitam,putih. (ada ke yang murah bawah 50 sen untuk 3 color ni?, lautan api achik ani redah mencari)

so, tunggu je la kad kawen sampai ye...

tapi nak bagitau gak kat sini

nikah -3 dec 2011 , sanding-sanding - 4 dec 2011

kawan-kawan yang terbaca blog ni , jatuh hukum WAJIB datang!!
agak kurang ajar tak kalau aku guna sampul intel untuk kad kawen aku? sampul color putih..so suci!

Friday, September 9, 2011

Petua menghilangkan whitehead dan blackhead

semalam kristina(sale assistant bodyshop) tu tegur aku nyer white head and black head banyak...arrgggghhh...aku datang nak beli moisturizer je la...semalam siap buat facial kat aku pegi picit black head aku..sakit siooott...rasa nak tampar orang!

hari ni aku google, ada a few cara nak buang black head degil di muka...

macamana whitehead and blackhead terjadi?
refer to this blog,penerangan yang jelas..

kesimpulannya, blackhead terjadi kerana liang roma tersumbat dengan kotoran dan teroksida menjadi hitam.

whitehead juga terjadi disebabkan liang roma tersumbat dengan kotoran tapi tidak teroksida kerana liang roma kecil

apa pun,aku benci dua-dua ni...

beberapa cara nak hilangkan dua benda durjana di muka ini(semua aku google)

aku rasa cara paling berkesan, wapkan muka dengan air mendidih.tujuannya untuk membuka liang roma.bila muka dah berair dengan wap.barulah kita boleh lakukan salah satu cara yang sesuai.

1. rendam tisu muka dalam sebiji telur.tampalkan tisu pada muka yang ada blackhead/whiehead.dalam 15 minit setelah kering,tanggalkan.Bersihkan muka dengan air bersih dan pencuci muka. pastikan anda menutup balik liang muka yang terbuka dengan memakai krim.(belum cuba lagi-tapi macam leceh)
credit pic to this blog

2. sila ke mana-mana farmasi dan belilah black pore pack.dan tampalkan dihidung.15 minit,tanggalkan. At guardian,10 pieces for rm8.90. (dah cuba,tapi kat hidung je kuar,bahagian lain kene keluarkan jugak)


3. google kat blog ni , dia gunakan BIOGLO cleansing mask..macam best..mesti cari dan cuba..product ni da google ada kat cosway,petang ni ingat nak singgah cosway sunway carnival.RM28 di cosway
















more info:
Bioglo ClearPore is formulated with:
  • Charcoal - Absorbs excess sebum and impurities for a clear, shine-free complexion
  • Aloe, Chamomile, Cucumber extract and Hyaluronic Acid - Soothes and moisturizes to keep skin soft and hydrated during deep cleansing treatment
  • Witch Hazel extract - Tightens cleansed pores for refined skin texture and to prevent formation of blackheads and whiteheads
4. ada lagi satu product BIOGLO yang macam best aku rasa..RM38 di cosway
kalau OK product BIOGLO ni,harus la aku apply member card.hahhahha!

selamat mencuba la korang ye!!!

nota kaki: jangan picit blackhead/whitehead korang dengan kuku.gunakanlah black head removal.
The bodyshop brand RM15.50. Nak yang murah,cari kat guardian/watson/sinma etc.

Tuesday, September 6, 2011

Baju Nikah

kain baju nikah untuk lelaki dan perempuan da beli kat Jakel shah alam masa nak betunang hari tu...owh..mak tejebak! nafsu tak tertahan nak membeli...color grey..aku tak tahu la napa aku beli grey...padahal aku nak color turqoise...huhuhu..redha la..

RM500++ da pun melayang....(jangan kata kain tu mahal,nanti aku sedih..huhu)

sekarang yang jadi masalah....nak buat baju nikah tu samada kebaya atau kurung moden atau baju kurung biasa atau jubah....badan aku yang berbentuk pear ni,bahagian bawah yang terlebih isi ni,perlu disembunyikan dan yang penting nampak sesuai dan aku selesa...

1. kebaya - dalam hati ada 40% .

2. kurung moden - 50% hati nak buat baju ni..tapi kene ty pendapat kak long dan tailor yang nak jahit baju ni..samada sesuai atau tak dengan kain

3. baju kurung - ada 5% hati nak buat baju ni..tapi rasa macam biasa sangat..tp mungkin cantik..mana nak tau kan...pun kene tanya tailor

4.Jubah - ada 5%..tp pakai jubah mcm tak sesuai je dengan aku..

tunang cakap- buat je la baju apa,janji jangan yang pelik-pelik...takkan nak buat baju superwomen guna kain chiffon??


sesuai tak kami bersanding nanti? Ini bukan kain sebenar..ini percubaan..rupa-rupanya macam ni la salesgirl tu akan buat bila orang beli kain nikah..habis dililit badan ko dengan kain..kelas ko jah!

kene cari kain untuk lining..sebab tailor cakap chiffon tu lembut,tak sesuai lining keras.itulah padahnya membeli mengikut hati..kene kuar duit lagi..

baju nikah ni kene buat cantik-cantik,sebab aku nak pakai balik masa majlis bertanding..ehh..majlis bertandang la nyah...jimat!!

Nota Kaki: seelok-eloknya sebelum beli kain, berbincang dulu dengan tailor baju apa kita nak buat dan kain yang sesuai.sebab masa beli kain nikah memang korang akan rambang mata! kecuali korang orang yang kebal hatinya...

kawen 2

Bila tengok tarikh aku nak kahwin lagi 2 bulan 3 minggu, rasa macam nak postpone..cuak banyak benda tak setel....hohoho..rasa nak kawen tahun depan je la...

tapi janji tetap janji aku akan cuba selesaikan apa yang patut mulai sekarang...harus tukar ke gear 3 ni...laju2x mahan..pantas..apsal la lepas tunang aku relax je...

hahahha...rasa macam nak jadi SUPERMAK macam nasha aziz...

mak tolong!!!!!!!!!!(mak jugak ko jerit kan)

abah tolong!!!!!!!!!!( baru la nak jerit abah kan)

adik beradik ku tolong aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

rasa nak pengsan jap!

aku je ke yang rasa macam ni atau semua orang yang nak kawen memang macam ni...




selit sikit gambar aku yang gemuk ni...nasib baik baju nikah tak tempah lagi...

Monday, September 5, 2011

raya 2011

meriah u olls raya tahun ni...tahun ni raya solo je..harap-harap tahun depan raya berdua..bertiga...berempat..berlima...biar raya ramai-ramai, beronok-ronok jadinya...

kasihmu tiada tandingan,pengorbananmu takkan dilupakan
kerana mu aku disini
love mak abah




sayang bangat sama kamu semua!

Thursday, August 25, 2011

baliklah...

baliklah..balik kampung..

tebayang-bayang,sessi bermaafan bila tiba hari raya...kebiasaannya aku n family tak bermaafan masa pagi raya..kami akan bekumpul bermaafan bila semua ahli keluarga dah ada..tahun ni agak sedih,abang aku tak balik raya,belajar pondok kat surabaya..3 tahun lagi baru balik..takpelah,menuntut ilmu perlukan pengorbanan...minggu lepas baru jumpa mak abah,tapi itulah yang buat aku lagi rindu nak balik dan jumpa mereka..dasar anak cengeng!

pada yang ada mak abah lagi..baliklah beraya bersama mereka..selagi mereka masih hidup,masih bernyawa..jangan menyesal bila mereka dah meninggalkan kita..menangis air mata darah sekalipun,mereka tidak akan kembali..mak abah kita semakin tua, sudah tiba masanya kita menggembirakan mereka...

baliklah kekampung pada pada mereka yang sedang bergaduh atau bermasam muka dengan mak abah, balik lah...sudah sudah la merajuk..sudah tiba masanya kita mengalah..setiap manusia itu melakukan kesilapan,tapi setiap manusia juga perlu diberikan kemaafan...

baliklah cium mereka...Ingat lah,masa kita kecil mereka sudah jenuh bersusah-payah untuk kita..beri makan,beri pendidikan,beri pelajaran, segala-segalanya untuk kita...mereka tidak pernah meminta untuk dihargai,disanjung,dihargai...malahan mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan kita...

baliklah jenguk mereka...jangan lagi persoalkan kesalahan mereka pada kita..tapi persoalkan pada diri,apa kesalahan yang dah kita buat pada mereka? apa sumbangan kita pada mereka? apa tanggungjawab kita?

aku tak dapat bayangkan hari raya aku tanpa mak dan abah.. :(
ya allah permudahkan perjalananku balik ke kampung...sesungguhnya aku rindu mak abah aku!

Selamat Hari Raya sahabat.Maaf jika terkasar bahasa.

iklan yang buat aku bergenang air mata kat office ni...







Wednesday, August 24, 2011

Semalam yang haru biru


Semalam, makan ayam paha black pepper KRR buat aku pening..serius pening tiba-tiba..macam orang pening kene darah tinggi aku rasa...tetiba teringat mati..mak insaf!

on the way back, mengantuk tahap cipan..macam ada 2 ekor babi duduk kat kelopak mata..

pegi giant kulim, beli pizza untuk majlis makan-makan bisnes..tapi lupa nak beli kek yg kedainya hanya sebelah piza..serius rasa bodo..

dan yang paling bodoh, aku pun keluar lagi sekali,pegi kedai kek rahsia dekat BKE, pukul 10pm da tutup. Serius confuse..

sebab kan aku confuse + pening ayam black pepper + rasa bodo tadi,,,,aku da terbuat perkara yg 100x bodoh..berbahaya sungguh!!




Monday, August 22, 2011

Mati itu Pasti

Aku tidak pernah menghadapi kematian saudara paling dekat dengan aku..jadi aku kurang rasa...

Tapi pemergian orang yang aku tidak pernah bersua muka, tapi aku tahu punya hubungan istimewa dengan sahabatku, agak mengejutkan. Aku belum pernah bersua muka dengannya, hampir berjumpa,tapi aku pasti orang nya mulia.

aku tak percaya, tapi ianya nyata.Mati itu pasti.

Semoga roh sahabat, zanita zamry dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Hamizam sahabatku, tabahkan hati dan sama-sama kita berdoa. Amin.

Kerjaya Yang Menjamin Masa Depan

Kalau ada orang tanya aku apakah kerjaya paling menjamin masa depan?

Jawapan aku pasti Berniaga.

kenapa?

Aku takde jawapan yang tepat buat masa ini. tapi ini apa yang aku rasa.


Semoga Impian menjadi kenyataan untuk punya Kedai Makan sendiri.Yang penting,Aku BOSS.

Sunday, August 21, 2011

Marah itu sakit

marah itu sakit. aku marah diri aku bila marah itu datang. PMS buat aku lagi marah.aku tak suka marah.

aku marah bila orang buang sampah keluar kereta.sungguh biadap!lagi biadap kalau yang kau buang tu pampers anak kau..

aku marah sangat-sangat bila kereta aku kene langgar orang...tapi aku besyukur kalau aku takde dalam kereta masa tu...

aku marah gila bila orang tak pedulikan aku..lagi-lagi kalau dia adalah orang yang aku sayang...

aku marah bila orang gunakan aku untuk kepentingan dan kesenangan, tapi aku tak mampu berbuat apa..aku marah dengan diri sendiri..sumpah!

aku marah dan dalam masa yang sama hati aku sakit.

You "marah"..pergi jauh-jauh..

Monday, August 15, 2011

Kawen 1

1. Aku rasa dah sedia nak kawen.Mental.

2. Duit nak kawen, ada tapi cukup-cukup je. Jangan kau berangan nak kawen ala2 garden wedding bagai kalau bajet ciput sedut.Yang penting ko buat majlis nikah, ikhlas bagi orang makan,sudah!

3. Abah aku memang pentingkan makanan nak dihidang masa kenduri.Aku tak nak la nanti ada orang kata.."lauk kenduri mahan macam hampeh jek"..kalau bole aku nak dengar yang wangi-wangi je..contoh ayat"lauk kenduri mahan terbaik dari ladang!" kan indah tu..Kalau bole setahun majlis aku jadi sebutan,haha..

4. Lain-lain persiapan, dalam perancangan.

5. Kursus Kawen - tahun 2008 kut aku da attend,valid seumur hidup ko!tapi guna sekali je aku rasa..ko nak kawen 2-3 kali,kene attend lagi kut...

6. bakal suami - alhamdulilah dah ada. Tak hensem macam Sung Kang, tapi manis ada.Aku terima dia seadanya sebagaimana dia menerima aku seadanya.Selama 7 tahun ni, baru kelmarin aku bagitau dia,,dia lelaki terbaik yang aku pernah jumpa..

Ya Allah, Jika benar dia adalah untuk KU! kau tunjukkan lah jalan...Amin..


Kan aku dah kata..sipi-sipi pun tak de macam Sung kang! he is my SUPERMAN!

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan kali ini...

Bagi mereka yang berumur 40 tahun,sekurang-kurangnya dah 30 tahun dia sudah berpuasa. Bagi aku sendiri yang dah berumur 31 tahun, lebih kurang 21 tahun da berpuasa(termasuk tahun yang aku suka minum air masa ambil wuduk).

setelah 21 tahun berpuasa...persoalan nya....adakah ibadah puasa selama ini...
meninggalkan bekas?adakah aku semakin insaf?sabar dgn ujianNya? semakin reda dgn ketentuanNya? semakin ikhlas beibadat?semakin yakin kepadaNya? semakin ingin dekat kepadaNya? semakin takut berbuat dosa?

ataupun...semakin lama puasa aku semakin...
jauh dengan NYA? pemarah?pendengki? boros? tidak sabar? ego? culas solat?suka berbohong? semakin menurut hawa nafsu? tak tutup aurat? jarang mengaji? suka mengumpat? begosip hal orang?

Hati yang jujur ini sedang menggeletar!!!

Semoga Ramadhan kali ini memberi inspirasi untuk aku berubah..Amin.

Monday, July 11, 2011

cuti vs kerja

da lama off tulis something kat blog,,nothing to share..

but lately, rasa nak menulis benda bodoh2 dlm blog...

welcome back achik ani!

1st things,,pilih layout blog yang tak bosan aku sendiri nak baca..